SUKARELA DAN BERKEMPEN
29 November 2007
“Fiza, macammana sekarang….rasa ok tak duduk di RS ni?” k.ros tanya kepada salah seorang pelatih baru RS. “OK ummi cumanya saya rasa macam kelas kat sini pack sangat la…tak boleh nak fokus.” Satu jawapan yang menggelikan hati k.ros. Manakan tidak, anak ni masuk ke RS atas nasihat kaunselor IPTA yang didudukkinya. Entah apalah yang dibuatnya dalam universiti selama ni…. Beginilah antara telatah anak-anak yang dibimbing di RS. Dengan kehadiran sukarelawan yang tak jemu-jemu beri pengisian kepada mereka, kros yakin anak-anak ini akan terus mendapat bimbingan terbaik demi masa depan mereka.
Dengan adanya sahabat-sahabat ini yang boleh lapangkan masa dan sanggup mengharung jalanan yang panjang untuk sampai ke RS, kros terasa sangat betapa semakin ringannya tanggungjawab yang dapat dikongsi membimbing anak-anak yang pernah tersasar ini. Allah saja yang dapat membalas jasa kalian! Terkenang juga pada awal proses mendapatkan sukarelawan atau tenaga pembimbing untuk memulihkan anak-anak di RS, sangat-sangatlah mencabar kesabaran kami. Macam-macam jawapan yang boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat membantu kami. Tapi yang paling bisa ialah persoalan-persoalan “ Kenapa kita kena tolong anak-anak macam ni?”……”Kami bukan tak nak tolong tapi tak reti la macam mana nak berdepan dengan mereka ni”…..“Buat apa susah-susah bukak tempat macam ni?” dan
“Kenapa kita tolong budak-budak jahat ni..
kan banyak lagi benda yang boleh dibuat?”. Kecewa…memang kecewa. Tak terkata apa-apa pun sebenarnya ketika tu…..
Saat ini, kalau berlaku lagi persoalan yang menikam kalbu macam tu, akan terjawab dengan sentuhan-sentuhan kasih sayang dari kami di RS. Kata orang, lagi lama hidup ni lagi banyak pengalaman untuk pandai menepis/menjawab karenah persoalan….. Memang susah la kiranya nak bagi alasan untuk tidak tolong kami sekarang. Macam tu jugak bila kita
handle mak ayah pelatih RS ni. Masa nakkan kita, bukan main lagi lembut segala tulang lidah mereka. Tapi bila rasa dah terselamat dari umpatan orang, macam-macam alasan akan diberi untuk
keluarkan cepat-cepat anak mereka dari RS …tak kira dah perjanjian yang setahun tu! Macam ni punya orang pun ada lagi dalam dunia ni….tu yang bertambah-tambah kerja kita nak menghijrahkan seluruh isi keluarga, bukan setakat anak yang bawak masalah tu saja. Tapi yang seronok tu, jawapan-jawapan kita telah tersedia untuk mengkebumikan kehendak mengarut mak ayah sebegini. Rasa satu kepuasan dapat menzahirkan pengislahan depan mata!
Semasa kita masuk dalam gerak kerja mengislah masyarakat terutamanya sektor-sektor korporat dan agensi kerajaan untuk pasarkan kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) sekitar bulan Mei dan Jun tahun ni, macam-macam
gaya respon yang kami terima. Ramai yang kata “
ok let us see what we can do to help you…” tapi macam terhenti setakat itu saja .
Ada jugak yang tanya “kenapa guna perkataan zina?
Kan lebih baik tukar yang lembut sikit? “ Entah apalah yang nak dilembutkan … Tapi kami redah je. Setkan semua appointment jumpa ketua-ketua pengarah atau pun pegawai
corporate communication atau pun
chief executive officer ataupun mana-mana yang lebih besar jawatannya di syarikat/jabatan yang kami dah target. Sediakan semua
power presentation supaya tak lenggang kangkung je bila berjumpa nanti. Suspen tu memang suspen la
kan….tapi kami kuatkan hati (rasa kecik betul bila kena jumpa orang besar-besar), cekalkan perasaan yang berdegup deras dan kuatkan semangat supaya tak putus asa atau rasa kecewa kalau ada yang tak kisahkan kempen kita.. Guna semua saluran halal
untuk dapat bertemu dengan mereka. Subhanallah…Alhamdulillah…dengan izinNya dan berkat usaha gigih semua ahli jawatankuasa Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS), banyak syarikat yang dapat kami ketemui.
Mengharungi kesesakan lalu lintas di
Kuala Lumpur tak menjadi hal kalau hati dah semakin membara untuk memasarkan kempen ABJZ kepada sesiapa saja yang sanggup bertemu dengan kami. …
no turning back for us! Yang paling terkesan apabila bertemu dengan Ketua Pengarah DBKL. Sukanya dia dengan kerja-kerja dan kempen yang kita buat sehinggakan kita dapat permit menggantungkan
bunting ABJZ dan promosi Malam Amal RS di sekitar bandaraya
Kuala Lumpur sebanyak 200 buah! Sudahlah dikecualikan bayaran untuk dapatkan lesen penggantungan ni, siap tanya lagi apa yang kita mahu supaya program dapat berjalan lancar. Wahhh….berbunga-bunga hati kami semua! Bayangkan betapa meriahnya
bunting ANDA BIJAK JAUHI ZINA di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan jalan-jalan menghala ke Cheras sepanjang bulan Julai 2007!
Ada syarikat yang memang nak bagi duit-duit zakat perolehan anak-anak syarikat mereka… yang penting kerja-kerja kita ni selari dengan tuntutan syariat dan berada dalam asnaf.
Ada pengarah urusan yang nak tolong lebih lagi…dia nak tolong hebahkan kepada kawan-kawannya yang lain. MasyaAllah….bahagianya rasa bila ramai yang nak membantu begini. Ramai dari kalangan yang kita tak pernah kenal pun sebelum ni. Bukan setakat dapat kenalan baru malah hampir semua institusi dalam JIM ni kami hebahkan kepada masyarakat….terlantiklah kami ni dengan sendirinya menjadi Duta JIM!
Tabik spring betul dengan semua yang terlibat untuk MARS 2007! Mana ada seorang pun ahli jawatankuasa yang boleh lelap mata tanpa memikirkan macammana dan kepada siapa nak dijual produk kempen ABJZ ni.
Kata-kata perangsang selalu kros sebutkan.. “u all jangan susah hati…mungkin target kita ialah mengumpulkan dana sebanyak yang mungkin untuk membangunkan semua RS..tapi kalau mereka tak nak melabur saham akhirat bersama kita di sini, insyaAllah bahagian kita menyeru yang ma’aruf dan mencegah yang mungkar sudah terlaksana….kempen Anda Bijak Jauhi Zina sudah pun kita sebarkan…dan yang paling utama ialah kita dah berani menyatakan yang hak! Kita nak orang lain/masyarakat tolong kita…bantu kita didik insan lain tentang bahaya zina ni.” Bahayanya bukan setakat musnah di dunia, bahkan punah jugak di akhirat!
Hasilnya, macam-macam jenis masalah lagi yang sampai kepada kami tak kira waktu. Maklumlah terpampang nombor-nombor talian untuk dihubungi….bermakna mereka
dah sedar yang ada sekelompok insan yang nak tolong mengembalikan masyarakat kepada cara hidup Islam yang sebenarnya. Mereka mahu bersama kita…mereka mahu bantu kita……. Ikhwah wal akhowat semua, ramai yang mahukan Islam tertegak di muka bumi ini. Di mana kita tatkala mereka sangat-sangat memerlukan khidmat kita dalam membina generasi pewaris kepimpinan negara kita? Kita tak mampu buat pilihan kerja mana yang kita suka nak buat saja…atau menolak kerja-kerja yang tak
matching dengan kehendak diri kita.
Gejala sosial semakin rancak merobek diri anak-anak remaja di luar
sana. Patutkah kita hanya mengepong anak-anak yang lahir dari rahim kita saja?
nukilan
ummiroses @ rosmawati zainal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan