Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Rabu, Disember 26, 2007

KU TEMUI JALAN PULANG (9)



TEGURAN KASIH

27hb Disember 2007

“Assalamualaikum dik….dah kawin ye?"

“Isy…belum la makcik! Dia ni sekolah lagi …”sambil menunjukkan kepada makwenye yang memakai uniform lengkap sekolah. “Saya dah keje.” Sambungnya lagi.

“Laaaa…tu tangan adik ni dok meraba-raba peha ni …semua orang kat sini tengok tau. Elok benar la kalau adik keje elok-elok dan kumpul duit untuk kawin dengan dia ni…dah kawin nanti nak raba, raba la …dah halal. OK dik.”

Suasana seating yang rapat di medan selera menjadikan kebanyakan mata memandang ke arah adegan panas anak-anak remaja ni. Namun seorang pun tak bangun untuk membantah. Mata k.ros kebetulan sedang memerhati tingkah laku mereka yang sedang menikmati makanan waktu tengahari yang begitu menyelerakan….. tiba-tiba nampak ramai yang menolehkan kepala ke arah pasangan ini. Ada dua kemungkinan je tu…sama ada tumpang seronok menikmati keghairahan ini atau rasa meluat tapi hanya boleh terucap di dalam hati mereka sahaja….namun mata mereka terus memandang-mandang…

Kes lain pulak satu hari, k.ros sekeluarga memenuhi tuntutan nahi mungkar dengan mengedarkan booklet Dari Mata Turun Ke Hati di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang penuh dengan ragam manusia berbagai warna dan rupa. Dalam keseronokan tu, ada pulak sahabat baru kenal di situ bersemangat mahu turut serta mengedarkan booklet ..siap target anak-anak gadis yang pakaiannya sangat menggetarkan iman kaum lelaki.. jadi riuh rendah suasana ketika itu sebab ramai pulak yang sebegitu rupa yang perlu ditegur untuk diberikan booklet ini.. Sebaik lepas solat asar, mata k.ros tertumpu ke arah sekumpulan manusia yang sedang mendengar celoteh penjual ubat. Ada dua couple yang sangat muda berpelukan berada bersama kumpulan tersebut. Sebaik selesai penjual ubat itu berceloteh, perhimpunan tersebut mula usai. Kelihatan jelas sang lelaki muda dari sepasang couple tersebut memberikan ciumannya kepada sang gadis yang begitu merelakan! K.ros tak mampu bertahan lagi. Terus k.ros bergerak menuju ke arah mereka…”aslmk dik…dah kawin ye? Biasa la ayat K.ros sebagai membuka bicara. Sambil tersengeh mereka menjawab “eh… belum la makcik”. “Laaa…tadi makcik nampak adik ni cium dia” sambil tunjuk kepada anak gadis bertudung yang semakin menjauhkan dirinya dari pemuda tersebut.. “isy…mana ade!” Membela diri nampaknya anak lelaki ni. “ eehhh….makcik nampak la tadi, depan mata makcik ni”..jawab k.ros selamba. Terdiam sang lelaki ni kejap…. “eemm tak sengaja la makcik…” What an answer! Rasa pijar kepala menahan kemarahan melihat perbuatan tak bermoral mereka tu! Namun dgn lembut, K.ros pun bagi la tazkirah pendek sebagai halwa telinga petang tu supaya dia akan terus berhati-hati mempamerkan akhlak Islam bila dia betul-betul memilih Islam sebagai cara hidupnya. Cubalah bayangkan….jika ciuman boleh dibuat di khalayak ramai, apa lagi yang sebenarnya boleh dilakukan di luar dari penglihatan mata kita….tak kira la siang atau malam…..

Dalam satu kunjungan kasih yang dilakukan oleh alumni pelajar Kolej Islam atau ALKIS (KIM/KIK/KISAS) ke RS baru-baru ni, mereka telah didedahkan dengan pelbagai gejala sosial yang melanda di dalam negara kita sekarang. Masing-masing terkedu dengan apa yang telah dilalui oleh anak-anak remaja RS. Tak sangka begitu banyak pancaroba dunia yang begitu memainkan peranannya dengan sungguh berkesan sehingga anak-anak ini telah berjaya diperdayakan hanya dengan sekelumit janji. Janji untuk dapatkan top-up /reload prepaid pun boleh sampai kepada menyerahkan diri…..apa nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang?

Isy…isy…anak siapa tu ye? Acapkali soalan begini akan ditanya oleh orang lain pulak kepada kita. Bagaimana kita nak menjawabnya pulak tu. Cukup ke kalau menjawab .. “bukannya anak aku tu…entah anak sape entah” Bolehkah kita beroleh kepuasan dengan jawapan begini yang macam tak ada kena mengena dengan kita? Tergamak ke kita menuding jari kepada anak-anak remaja seolah-olah kesalahan yang total memang atas batu jemala mereka. Sendiri buat sendiri tanggung la! Emmmm…cuba kita check balik diri kita..

Salah seorang pelatih RS telah berkongsi suka duka ketika tenggelam dan lemas mengharungi perilaku sumbang yang akhirnya telah memesongkan aqidahnya. Sungguh –sungguh beliau mengakui kesilapannya sehingga sanggup mengenepikan ibu yang melalui jerih perih melahirkannya dan ayah yang bersusah payah mencari rezeki halal untuk membesarkannya. Bersekedudukan bersama lelaki bukan Islam yang menjanjikan pelbagai keseronokan dan wang ringgit menjadikan dia terus hanyut dibuai kepalsuan dunia. Namun, bila diminta menyatakan harapannya terhadap masyarakat… “saya sebenarnya rasa sedih, kenapa semasa melakukan semua kejahatan dan kemungkaran ni, takde satu pun suara teguran atau cuba menasihati saya sehingga saya langsung hanyut dibawak arus meninggalkan agama yang telah menjadi pegangan hidup saya dahulu. Kenapa semua orang tengok saja?” Pilu rasa hati bila terpaksa mendengar keluhan anak-anak yang telah tersasar akibat kita yang tak memainkan peranan menyeru yang ma’aruf dan mencegah kemungkaran…apatah lagi bila kemungkaran telah berada di depan mata!

Kebanyakan kita rasa macam tak mampu nak merubah dengan lisan…tak tau apa ayat paling elok dimulakan. Dek terlampau berhati-hati dan berkira-kira apa nak cakap dulu akhirnya langsung tak keluar apa-apa pun…. Agaknya apa penyebab utama yang menjadikan kita terkedu untuk mengeluarkan kata-kata teguran atau nasihat ye? Takut atau betul-betul tak tahu nak ucapkan apa-apa? Tentu ramai yang pernah rasa perasaan ini…. Mula-mula memang libang libu (cakap orang Perak tu.) perut dibuatnya…sejuk kakitangan sebab tak tau risiko apa yang bakal diterima….kena jerkah ke?.....kena penampar ke?....kena pukul ke?...paling tidak pun, dia nak dengar nasihat kita ke? Semua persoalan ni yang mengehadkan perjalanan kita untuk mengislahkan mereka yang sangat memerlukan bimbingan. Kita yang membataskan diri kita sendiri sedangkan janji-janji Allah adalah benar dalam surah Ali Imran:104 “..Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar dan merekalah orang-orang yang beruntung.” Takut yang kita bina dalam diri…takutnya tu lebih kepada manusia…bukannya takut macam mana nak menjawab di hadapan Allah nanti. Mudahnya kita lupa perhitungan Allah ni kan..

Ikhwah dan akhawat sekalian….. bagaimana perjanjian yang kita bina setiap kali kita menunaikan solat? Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Bukan sekadar menjadi hamba yang taat kepada perintah dan laranganNya malah kita juga wajib taat memenuhi segala tuntutanNya dalam amar ma’ruf dan nahi mungkar. Tepuk dada tanyalah iman.... Sehingga berjumpa lagi dalam siri yg lain insyaAllah

Nukilan

ummiroses@Rosmawati Binti Zainal

Tiada ulasan:

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS