Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Ahad, Ogos 23, 2009

RAMADHAN ALMUBARAK TO YOU!

To all my friends and children all over the world....

The Call to Remember - Trailer Made by Bro Aimran bin Rohani from Alkaff Youth Enjoy!




Ramadhan.....datangmu sentiasa dirindui, malammu bercahaya dengan kebaikan dan pahala. siangmu sarat dengan kesedaran, pagimu subur dengan keinsafan, soremu begitu syahdu, pergimu ditangisi oleh orang yang soleh, padamu sejuta rahmat dan pengampunan Allah...ya Rahman Ya Ghaffuur Ya Rahiim...terimalah ibadah kami ini dan jadikanlah kami ini hambaMu yang makin tegar beramar ma'ruf nahi mungkar demi membangunkan ummah! Amiiin ya rabbal'aalamiiin.

Sabtu, Ogos 22, 2009

NIKMAT SAKIT

Sana sini khabar tentang wabak H1N1 menyesakkan dada membuat kita semua jadi risau tak menentu. Program yang diaturkan sudah banyak yang tertunda dek kebanyakan universiti terpaksa ditutup. Dengan jerebu yang tebal, ummi hampir pasti ramai yang demam dan diserang lelah. Di antara sahabat-sahabat pun ramai yang silih berganti demamnya.

Baru-baru ini ayah ummi jatuh di kebun. Mak pulak bagitau lewat petang bila ayah dah balik rumah dan siap dirawat di hospital...taknak anak-anak semua bimbang katanya. Dengar pulak tangan ayah sampai bersimen...haih! Kira dah teruklah tu kan? Esoknya, ummi dan suami bersiap balik kampung selepas urusan di sini dibereskan.


Kalau ditengokkan rupa memang la sedih...bersimen tangan kiri, kesan luka di dahi dan kaki kanan yang bengkak tapi bila dengar suara ayah, terus ucap alhamdulillah... ayahku OK. Ikutkan umurnya yang melewati 82 tahun, macam tak percaya je dia masih gagah untuk mengerjakan kebun sawitnya. Ayah ni bekas polis, memang bab-bab disiplin sangat diutamakan terutama pokok tanaman yang dah menjadi tumpuannya kini. Kebunnya tu bisa saja menjadi tempat anak-anak bermain...begitu lapang dan bersih sekali!



Dalam pada tu, ummi sendiri pun kurang sihat. Akhir-akhir ini banyak program di sekolah-sekolah dan bersama masyarakat. Minum pun boleh jadi kurang...mulalah badan menjadi dehydrated. Terasa gusi mula berdenyut dan blisters mula merebak. Hah...sakit banget nih! Nak makan memang sakit sebab tak dapat mengunyah dengan betul. Dah mula makan bubur nasi dan rendam roti dalam air...selera pun jadi kurang. Ummi ni jenis kalau sakit, tak kuasa nak bercakap-cakap sangat. Lebih banyak diam. Tau-tau dah berairmata je....seingat ummi dari kecik macam tu.

Lepas solat maghrib, ummi dah rasa suhu badan meningkat. Kepala mula sakit bukan kepalang....adeh~ Denyutan terasa sampai ke muka. Alhamdulillah boleh kongsi ubat dengan ayah..Semua bunyi yang kuat dikira menbingitkan telinga. Tak boleh fikir lain melainkan melayan setiap denyutan dengan bacaan zikrullah....Ya Rabb, aku redha dengan apa pun pemberianMu...

Mak datang masuk bilik untuk ajak makan, ummi gelengkan kepala siap dengan isyarat tangan. Mak terus letakkan tangannya di tengkuk ummi....”kau demam ye ros? Dah makan ubat?” Ummi jawab dah dan airmata terus-terusan je mengalir. Kemudian ayah pulak ajak makan. Mak yang tolong jawabkan. Ummi berhempas pulas memejamkan mata untuk redakan sakit kepala yang kian unbearable. Sambil berdoa dan mula mencari ada tak ruang untuk ummi bertawassul kepada Allah.......rasa malu denganNya atas usaha-usaha yang kerdil selama ini....

Di saat pencarian ini, kepala ummi mula terasa ringan dan kurang berdenyut. Bahagian blister yang membengkak di hujung geraham lelangit mula surut. Terus ummi bangun dan tunjukkan kepada ayah. Ayah kata, ”A’ah dah pecah...kau telan airnya ros?” Hehe...di kala sakit pun sempat lagi buat lawak tu. Ayah ambik krim bonjela dan sapukan di tempat yang sakit dalam mulut ummi.

Sekarang ni kiranya dah bertukar tempat antara ummi dengan ayah. Kelakar pun ada. Rupanya balik kampung dapat dua manafaat besar. Pertama, dapat ziarah ayah yang sakit dan seronokkan mak yang selalu tunggu anak-anak dan cucu-cucunya balik. Kedua, dapat sentuhan mak ayah yang sangat prihatin tatkala sakit.




Ummi suka sangat nak mengingatkan sahabat-sahabat dan anak-anak semua. Kadang-kadang bila kita nampak seseorang tu berdikari, tinggal sendiri pun dia masih boleh survive, kita rasa dia akan OK bila berhadapan dengan segalanya. Namun ramai yang tak sedar bahawa mereka ini juga manusia biasa Cuma yang lebihnya, mereka ini sangat berusaha apabila diperlukan. Bersungguh-sungguh pada setiap kewajipan.. Komited pada setiap urusan yang dipertanggungjawabkan.Dan mereka juga punya perasaan. Mahu berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Namun yang paling kurang disedari mereka juga mahu dimanjakan...terutamanya di waktu kesihatan tidak mengizinkan untuk mereka menyiapkan tugasan yang dijanjikan. Sangat penting di kala ini ada sokongan daripada setiap ahli keluarga terutama suami dan anak-anak bagi yang sudah berumahtangga serta sahabat-sahabat dari kalangan fikrah yang sewaktu. Berilah kesempatan untuk mereka merasakan kelazatan berukhuwah sementara kita semua masih punya kehidupan di dunia ini....

Gambar : Peserta MISI sedang mempersembahkan nasyid perjuangan....Uzair (tengah sekali) sebelum kemalangan....namun tetap tersenyum di katil hospital walaupun patah tangan dan kaki.....Subhanallah! Pasti ada hikmahNya untuk kita semua....

Untuk sahabat-sahabat yang sedang melalui ujian kesakitan di saat ini, ummi doakan moga Allah ringankan kesakitan, kembalikan segera kesihatan serta perhebatkan kesabaran kalian...mudah-mudahan nikmat sakit ini menjadikan kita semua lebih tegar menemukan cinta dan redha Allah SWT.


Nukilan
ummiroses

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS