Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)
Memaparkan catatan dengan label pandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pandangan. Papar semua catatan

Isnin, Februari 01, 2010

Provokasi melampau: Islam semakin dicabar!

Provokasi melampau: Islam semakin dicabar!

(sedutan dari http://www.malaysiaharmoni.com/)

a

SHAH ALAM, 29 Januari - Belum pun reda isu kalimah Allah, umat Islam di negara ini diasak lagi dengan promosi jijik apabila anak-anak gadis di institusi pengajian tinggi diajak meraikan Hari Kekasih pada pertengahan bulan hadapan dalam keadaan aib dan memualkan.

Promosi yang dikenali sebagai "no-panties promotion" ini dilaporkan oleh sebuah media utama berbahasa Inggeris dan dikatakan mendapat sambutan hangat daripada para siswi. Budaya tidak senonoh yang hendak diadakan buat pertama kali ini menghendaki pelajar-pelajar wanita terbabit tidak memakai seluar dalam pada hari berkenaan bagi membuktikan cinta sejati kepada teman lelaki mereka. Menurut laporan itu lagi, beberapa orang pelajar wanita yang ditemu bual tidak sedikit pun menunjukkan rasa terkejut, bahkan menganggap perkara tersebut isu peribadi dan mereka bebas melakukannya.

aPengarah Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal (gambar) ketika dihubungi berasa amat kesal dengan perkembangan tidak sihat ini.

"Sedih apabila membaca nama-nama pelajar yang ditemu bual itu nama Melayu dan Islam. Apa sebenarnya yang anak-anak ini mahukan? Apa yang hendak dibuktikan? Sambutan Hari Kekasih bukanlah budaya kita, malah kita tidak dituntut pun untuk menyambutnya," ujarnya.

Beliau berpendapat anak-anak gadis sekarang tidak tahu menilai erti cinta yang sebenarnya. Kekeliruan dalam mendefinisikan nilai hidup menyebabkan mereka mudah menyamakan cinta dengan seks. Justeru, mereka tidak berasa bersalah walaupun terlibat dalam aktiviti yang tidak sopan dan biadap.

"Bayangkan, mahkota atau perisai yang sepatutnya dijaga elok-elok, bolehkah kita ambil mudah dan biarkan begitu? Bila-bila masa sahaja orang boleh mengambilnya. Ini adalah sesuatu yang sangat hina."

Apa yang dilaporkan ini, menurut Rosmawati lagi, mendedahkan bahawa anak-anak ini perlu dibimbing untuk menghargai nilai-nilai diri yang sebenarnya. Mereka juga harus diajar bagaimana hendak menguruskan cinta, dan lebih penting mengenal dahulu Pencipta yang menerbitkan rasa cinta itu dalam jiwa manusia.

Raudhatus Sakinah merupakan sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja puteri. Sejak tahun 2007, pusat ini telah menjalankan kempen “Anda Bijak Jauhi Zina” yang menjadikan para pelajar sekolah-sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi sebagai golongan sasaran.

Rosmawati berharap kempen seperti ini tidak dilakukan oleh pihak Raudhatus Sakinah sahaja, tetapi oleh semua pihak, termasuk agensi kerajaan dan swasta, bagi mengelakkan golongan remaja dan belia daripada terus terjerumus ke lembah dosa dan noda.

a

Sabtu, Mei 09, 2009

IBU OH IBU....

Bersempena sambutan Hari Ibu sedunia esok 10 Mei, ummi mengambil kesempatan mendoakan kebahagiaan dan kedamaian bagi semua ibu yang berusaha tanpa kenal erti lelah mengembalikan anak-anak beramal dan menghayati Islam secara total dalam kehidupan. Dan walaupun kami tidak melahirkan semuanya tapi mereka juga adalah anak-anak kami. Moga Jannah tersedia menanti buat ibu-ibu yang sentiasa berusaha, bersabar dan tabah serta redha dengan apa pun ujian dan nikmat dariMu Ya Rabb...


Dipaparkan kenyataan media WJIM untuk dimanafaatkan bersama.



KENYATAAN MEDIA

Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Sempena Sambutan Hari Ibu 2009

8 Mei 2009


PERANAN IBU MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BEBAS JENAYAH DAN GEJALA SOSIAL

Perutusan media Wanita JIM sempena Hari Ibu 2009 didahulukan dengan rakaman ucapan takziah kepada keluarga ketiga-tiga orang ibu yang menjadi korban jenayah ragut dalam minggu ini, iaitu arwah Jamilah Selamat, 31 tahun dari Air Hitam Johor, Saripah Mohd. Nor, 33 tahun dari Ketereh Kelantan dan ibu warga emas, Tom Salleh yang berusia 86 tahun dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Mereka bertiga menjadi mangsa peragut bermotosikal yang kejam dan tidak mempunyai pertimbangan perikemanusiaan. Apa yang lebih menyayatkan hati, kedua ibu muda tersebut juga didapati sedang hamil. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Ilahi, sementara keluarga terbabit didoakan terus tabah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi pemergian bonda mereka yang selama ini menjadi tonggak kasih sayang keluarga.


Apa yang nyata, jenayah ragut semakin menjadi-jadi di seluruh pelusuk tanahair. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bulan lalu, jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Statistik mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes pada bulan Januari hingga April, berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu. 50% dari kes ragut ini dikatakan dilakukan oleh penagih dadah yang perlu mendapatkan wang untuk bekalan dadah harian mereka, di samping faktor pengangguran akibat kemelesetan ekonomi.


Dalam masa yang sama, ribuan para ibu di Malaysia hari ini, sebenarnya telah, sedang dan akan terus menumpahkan airmata kesedihan, menangisi anak-anak kesayangan mereka yang terbabit secara langsung dalam jenayah dan gejala sosial yang melambangkan keruntuhan akhlak, nilai dan moral segelintir generasi muda hari ini. Masyarakat amnya hanya cenderung menuding jari menyalahkan ibu dan bapa yang dikatakan gagal mendidik anak-anak menjadi manusia berguna. Para ibu yang malang ini juga sentiasa tertanya-tanya, di manakah kesilapan mereka mendidik anak-anak ini, yang asalnya ibarat kain yang putih bersih. Entah bila dan bagaimana anak yang dibesarkan itu berubah menjadi agen perosak masyarakat yang mengancam ketenteraman dan kesejahteraan orang lain!


Wanita JIM akur sesungguhnya tiada penyelesaian simplistik dan jawapan yang mudah kepada permasalahan yang kompleks ini, yang dicetuskan oleh pelbagai faktor yang saling berkaitan. Namun hakikatnya, perubahan struktur keluarga moden dan pegangan nilai yang menjadi batu asas institusi kekeluargaan hari ini, sememangnya mempunyai kesan yang amat ketara kepada perkembangan anak-anak generasi muda Malaysia. Tidak dapat dinafikan, pembabitan ibu ke dalam sektor kerjaya di luar rumah sebenarnya mengurangkan peruntukan masa, tenaga dan emosi para ibu untuk menguruskan keluarga dan rumahtangganya. Dari menjadi ibu yang sepenuh masa berada di rumah memberikan tumpuan kepada keluarga, ibu bekerjaya kini perlu pintar mencari ruangan masa berkualiti untuk dihabiskan bersama keluarga. Walaupun kebanyakan ibu bekerjaya begitu komited terhadap keperluan dan tuntutan keluarganya, mahu tidak mahu tanggungjawab memikul amanah di tempat kerja sering men`curi’ tumpuan dan me`misah’kan wanita dari keluarganya. Anak-anak di pelbagai peringkat usia pula sentiasa memerlukan bimbingan yang khusus untuk menjamin pertumbuhan jasmani, minda, emosi dan spiritual yang sihat.


Perkembangan mutakhir mengenai gejala sosial dan jenayah yang membabitkan khususnya generasi muda hari ini, menjadi pencetus kepada lima (5) penegasan Wanita JIM seperti yang disenaraikan di bawah :


1. Ibu bekerjaya mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran tinggi menguruskan keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Keutamaan mestilah diberikan kepada pembangunan jatidiri setiap ahli keluarga terutamanya dalam membuat keputusan yang bijak mengenai kehidupan. Kerjaya tidak boleh dijadikan liabiliti, malahan mesti menjadi kekuatan utama ibu (dan juga bapa) dalam mendapatkan pengetahuan, pengalaman dan kepintaran menguruskan kepelbagaian dalam menempuh cabaran hidup berkeluarga.


2. Ibu bekerjaya mestilah mendapat sokongan dan dokongan utama dari suami yang tidak lagi sepatutnya berada di takuk peranan sterotaip yang tradisional. Suami kepada seorang isteri yang bekerjaya harus mampu memainkan peranan aktif dan berkesan dalam membangunkan keluarga bersama-sama. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Bagi ibu tunggal yang bekerjaya, sokongan ahli keluarga dan jiran tetangga mestilah mampu dijana bagi menjamin pertumbuhan keluarga yang sihat.


3. Ibu dan bapa digesa memberikan sepenuh penekanan ke atas pembinaan sahsiah dalaman anak-anak melalui penerapan nilai spiritual yang tinggi dan mantap, bermula dari dalam rahim sehinggalah mereka mencecah usia muda belia. Kecerdasan emosi dan kekuatan rohani telah terbukti menjadi perisai paling kukuh untuk membentengi manusia dari terjerumus ke lembah kehinaan dan kemusnahan.


4. Para majikan mestilah sentiasa peka dan responsif terhadap tanggungjawab yang perlu dipikul oleh para ibu dalam membangunkan keluarga mereka, bukan semata-mata memberikan penekanan kepada produktiviti organisasi sahaja. Majikan yang menjaga kebajikan pekerja mereka, khususnya yang berkaitan dengan keluarga, akan diganjari dengan komitmen dan kesetiaan yang tinggi di kalangan pekerja yang seterusnya membuahkan produktiviti dan daya saing yang tinggi.


5. Barisan kepimpinan yang baru mengambil alih pucuk pimpinan negara, diseru memberikan keutamaan paling tinggi kepada usaha menangani gejala sosial dan jenayah yang semakin meruncing. Usaha yang serius, bersepadu dan konsisten membenteras permasalahan kronik ini hingga ke akar umbinya, mestilah dimulakan di peringkat tertinggi dalam pentadbiran negara, agar segala polisi dan peraturan yang dibentuk selaras dan sejajar dengan nilai kepentingan institusi kekeluargaan. Pendek kata, sebarang polisi yang menyumbang kepada penghakisan nilai dan moral, serta boleh memberikan pengaruh negatif kepada keluarga mestilah digantikan dengan polisi yang lebih bersifat mengawal dan mengekalkan keutuhan keluarga.


Ayuh segera letakkan keutamaan kepada institusi kekeluargaan sebelum terlambat! Sudah terlalu banyak indikator atau petunjuk dalam masyarakat kita hari ini yang membayangkan institusi kekeluargaan sebenarnya berada di ambang bahaya dan terancam.


Sempena Hari Ibu 2009, ayuh pastikan keluarga tidak akan kehilangan wanitanya dan wanita juga tidak akan mensia-siakan penghormatan menjadi tonggak keluarganya sebagai satu anugerah yang amat berharga dari Allah SWT!


Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj

Ketua Wanita JIM Pusat 2007-2009

Jumaat, Mac 14, 2008

Jumaat, Februari 22, 2008

BICARA UMMIROSES DI KOSMO....

KOSMO!
22 Februari 2008 - Jumaat

Ruangan FAMILI

Elakkan berpakaian seksi

Pakaian seksi merupakan salah satu faktor mendorong gejala rogol dan zina di kalangan remaja.

"SAYA berasa kecewa dan sedih, melihat anak-anak remaja yang masih mentah dan belum matang, diabaikan dan tidak mendapat kasih sayang kedua ibu bapa.

"Tanpa kasih sayang, ia akan mendorong anak-anak mencari dan mendapatkan kasih sayang di luar rumah. Seperti yang kita ketahui, kasih sayang di luar rumah kebanyakannya hanya pura-pura dan membawa ke kancah negatif," luah Pengarah Raudhatus Sakinah (RS), Rosmawati Zainal mengenai segelintir remaja yang rosak akhlak kerana tidak dilimpahi dengan kasih sayang dan tumpuan keluarga.

Rosmawati atau lebih mesra dengan panggilan Ummi Rose, meluahkannya dalam bukunya, Ku Temui Jalan Pulang. Buku itu mengisahkan tentang kehidupan remaja yang dipenuhi dengan pelbagai persoalan, pergelutan dan cabaran dalam mencari identiti.

Remaja perlu bijak memilih rakan. Sekiranya mereka tersilap mendapat kawan, kebarangkalian mereka untuk tergelincir, tersasar dan menjadi mangsa kealpaan duniawi yang 'kotor' sangat besar.

Antara masalah sosial yang sering dicetuskan oleh remaja ialah terjebak dengan pengambilan pil khayal, dadah dan pergaulan bebas. Malah lebih parah lagi apabila anak-anak muda ini bergelumang dengan perbuatan zina sekali gus melakukan pengguguran atau membuang bayi.

Mengulas lebih lanjut mengenai masalah sosial remaja, Ummi Rose melahirkan kegusaran terhadap masalah zina dan kes rogol.

"Pengalaman dan sentiasa mendekati anak-anak remaja di RS, membuatkan saya lebih mengetahui dan memahami, mengapa mereka boleh terjebak dan terlanjur dengan pasangan masing-masing.

"Selain daripada pengaruh dadah dan alkohol, jenayah zina ini juga boleh berlaku disebabkan cara pemakaian remaja itu sendiri. Memiliki susuk tubuh menarik, liuk-lentok yang manja dan menyarung baju yang seksi boleh menimbulkan rasa giur dan membuatkan nafsu lelaki tidak terkawal," ujarnya yang menegaskan pakaian seksi turut mendorong ke arah seks dan rogol.

Mengulas dakwaan banyak pihak yang berkata sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa rogol tanpa mengira gaya penampilannya, Ummi Rose menjawab:

"Saya akui perkara itu. Memang sesiapa sahaja berisiko, tetapi melalui pengalaman saya bersama gadis-gadis malang ini, pakaian seksi meningkatkan lagi risiko dirogol.

"Analoginya mudah, sesiapa sahaja berisiko untuk diserang penyakit jantung, tetapi apabila dia mengambil banyak makanan berlemak dan tidak bersenam, risiko itu lebih tinggi." Ummi Rose yang telah terlibat dengan aktiviti membantu gadis kurang bernasib baik sejak 10 tahun lalu, berkata, remaja hari ini, sering salah sangka apabila diminta berpakaian sopan dan menutup aurat.

"Setiap kali berbicara mengenai pakaian sopan, fikiran mereka hanya membayangkan baju kurung, kebaya dan jubah.

"Tidak salah anak-anak muda bergaya dengan rekaan dan koleksi pakaian terkini seperti seluar jean dan blaus tetapi ia haruslah mengikut garis panduan yang telah ditetap dalam syariat Islam," katanya.

Antara etika pemakaian yang sopan dan berlandaskan syariat adalah pakaian yang tidak jarang, tidak ketat dan tidak menampakkan susuk badan. Dalam pemilihan seluar, sarungkan seluar yang agak longgar dan besar sedikit.

"Begitu juga dengan pemilihan baju. Kita masih boleh kelihatan bergaya dan ranggi, asalkan anak-anak memakai baju yang tidak singkat, nipis dan menutupi bahagian punggung.

"Elakkan pakaian seperti tube atau singlet tali halus yang boleh menampakkan 'lurah' buah dada dan ketat. Ini bertujuan supaya apabila berjalan atau melakukan aktiviti seharian, pergerakan wanita tidak akan menarik perhatian dan meningkat nafsu lelaki," tegas Rosmawati ketika ditemui KOSMO!.

Perlu diketahui apabila lelaki mula tergoda dan bernafsu dengan penampilan seksi yang ditonjolkan oleh golongan wanita, fikiran dan hati mereka mula 'meronta-ronta' untuk menyentuh tubuh wanita itu.

Tetapi, sekiranya gagal untuk mendampingi dan memiliki wanita seksi tersebut, maka nafsu seks mereka akan beralih kepada golongan yang tidak bersalah seperti kanak-kanak atau wanita yang berpakaian sopan.

"Kesannya, kita akan mendengar dan membaca berita bahawa wanita bertudung atau yang berpakaian juga menjadi mangsa rogol oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Kepada kaum wanita, hindari cara pemakaian yang boleh meningkatkan kes rogol dan zina secara berleluasa.

"Elak bertemu di kawasan sunyi, bilik hotel atau membincangkan perkara-perkara berbaur seks," nasihat Ummi Rose yang berharap supaya ibu bapa dan masyarakat bersama-sama membendung masalah sosial remaja.

Mendidik dan membentuk anak-anak haruslah bermula dari rumah. Memiliki keluarga yang bahagia dan institusi kekeluargaan yang sentiasa diceriakan dengan kasih sayang, gelak tawa dan kegembiraan dapat melahirkan anak-anak dan suami isteri yang baik.

Ibu bapa perlu memberikan contoh yang baik dan meluangkan masa bersama anak-anak. Peruntukkan atau cari masa supaya anda dapat mendengar masalah atau cerita menyeronokkan oleh anak-anak. Waktu makan dan menonton televisyen merupakan waktu yang sesuai untuk bersama seisi keluarga.

"Kepada masyarakat, sekiranya terlihat remaja berkelakuan kurang sopan seperti membuat bising di tempat awam, bercium di khalayak ramai, ponteng sekolah dan sebagainya, jangan berat mulut untuk menegur.

"Biasanya, mereka tidak akan cepat melatah atau melenting apabila ditegur, jika teguran tersebut menggunakan nada yang lembut dan berunsurkan nasihat," luah Rosmawati sebelum mengakhiri bicara.

petikan boleh diakses di Kosmo online
http://www.kosmo.com.my

Isnin, Disember 17, 2007

JELATANG???



Salah...Teguran...Kerja Sape??

Jelatang...apa kebenda tu ye?...kalau yg biasa tgk tv mesti pernah dgr word ni or pernah tgk iklan cerita ni...n sape yg ikut cerita ni sahla tahu sgt jalan cerita nye...cerita sumbang mahram antara Suria dengan ayah tirinya (Razlan yang 20 tahun lebih muda dari ibu Suria)...bg yg takde masa nk tgk cerita ni blh baca sinopsis cerita ni dlm tv3 show ni ...jelatang kalau dalam kamus bahasa bermaksud sejenis tumbuhan (type of plant covered with hairs that cause a painful rash if touched)...tapi ada beberapa maksud lain iaitu penggangu/pengacau...

Kat sini bukanla nk mengkritik cerita or jalan cerita ni...sbb of course Malaysian punye cerita ni dah ada trade mark sendiri...mcm cerita2 yg lain dlm Samarinda, Natasya, Air mata maria & so on...cuma cerita ni yang rasanya byk pengajarannnya juga mungkin atau sememangnya menggambarkan senario masa kini yg mungkin blh dikaitkan sikit dgn RS ni...kalau dulu org marah bila dgr sumbang mahram ni (skrg pun kalau yg masih sensitif dgn agama of course marah)...tp bila tgk cerita ni, otak kena mula berjalan pikir apa dah berlaku dan bakal berlaku...cerita dimana mula-mula permasalahan sumbang mahram, kemudian hamil, gugurkan kandungan n so forth so on...dan bagi sesetangah orang x perlu tgk cerita ni pun sbb tapi dah ada depan mata kepala sendiri...masalah yg kronik berlaku dalam masyarakat kita (br semalam belajar ttg projection dlm bab population dynamic)...apa yang pentingnya dalam projection our population is to ensure that we have enough needs, resource service and other thing to give to our population dan kalau dlm kesihatan, population projection ni sgt penting utk lihat apa masalah kesihatan yang akan terjadi dan apa prevention kita untuk itu...

Dan dalam dakwah of course kita juga perlu ada projection sebegini untuk melihat apa lagi masalah yang akan timbul dgn populasi yg bertambah dr segi migrasinya dan kadar kelahiran (malah lebih teruk dgn kelahiran anak luar nikah skrg) yang kalau dibayangkan memang menakutkan...nauzubillah...adakah our dai' yang ada sekarang cukup untuk melakukan kerja-kerja Islam ni...kita bukan setakat nak projection tapi bagaimana kita sebagai dai' akan bergerak dan take action to prevent and protect our ummah dari masalah seumpama ini...

Berbalik pada cerita jelatang tadi, adakah suatu hari nnti senario itu akan jadi biasa...kt RS sekarang ni kalau tak silap tak ada lagi kes seperti cerita jelatang ni (kalau salah minta cikros perbetulkan)...tapi adakah mungkin cikros dan tenaga kerja RS yang lain akan berhadapan dgn ibu yang hantar anak remajanye sbb anak dia 'bercinta' dgn ayah tiri atau mungkin ayah sendiri (nauzubillah)...fikir-fikir kan la...

Ada satu slot (episod 19 part 3) dlm cerita jelatang yang rsnye blh kita pikir-pikirkan bersama...ttg teguran, bagaimana caranya untuk kita tegur golongan seperti ini dan bagaimana nak beri pengajaran pada yang bersalah ni...kerja sape semua ni??...kerja mereka atau kerja ustaz-ustaz je atau kerja orang jabatan agama je...mcmana cara kita nak tegur masyarakat @ mungkin saudara mara kita sendiri @ kawan-kawan kita @ jiran tetangga kita...adakah dgn cara yg mcm adik Suria ni buat...heret Suria ni g kubur n campak dlm liang lahad...atau terus menerus menghina mereka??...dan bagaimana pulak pemikiran orang seperti Suria ni yg perlu diperbetulkan....alang-alang dah buat dosa, buat jela habis-habisan...inila kerja-kerja yang RS duk buat skrg...tapi bak kata cikros mmg tak menang tgnla org2 RS ni nk buat semua tu...so anda yang tgh baca blog ni la yang kena bekerja...kita kena buat kerja bkn setakat tengok je...sama-sama bekerja untuk Islam...xleh lengah dah kita ni sbb banyak kerja kita ni...!!!Allahuakbar...InsyaAllah sama-sama kita fikirkan....wassalam

Yang salah harap diperbetulkan...Salam eiduladha...

Tulisan
Jauharee...

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS