Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Jumaat, November 30, 2007

Ku Temui Jalan Pulang (6)



NILAI CINTA

15 November 2007 - Khamis

Baru-baru ni ada kawan emel tanyakan apa kesudahannya anak2 RS ni kalau lelaki dalang yang terlibat ni terlepas begitu sahaja…. Nada yang sangat prihatin terhadap masa depan anak-anak remaja perempuan kita. Kali ni kita akan cerita tentang lelaki-lelaki harapan anak-anak RS dulu.. tetapi kini….tidak lagi!


Ada beberapa kali kami terima panggilan dari ‘pakwe-pakwe’ anak-anak RS ni dalam keadaan terdesak ingin membantu kekasih mereka yang ‘termengandung’ ni. Namun untuk menyatakan atau mengaku bahawa mereka terlibat dalam hal tak bermaruah ni TAKKAN SEKALI-KALI! “Kami ni kawan je..dia mintak tolong ngan saya jadi saya tolong la..” Tolong tanyakan… sebab mak dan ayah budak perempuan ni langsung tak tau cerita. Nak gugurkan tak berduit. Kena jugaklah cari tempat berlindung. Budak perempuan ni dah tentu la hilang punca…sebab hari-hari tanya macam mana nak buat…orang laki-laki pulak kalau ditanya selalu langsung menjadikan mereka tersangat pressured….mahu tak mahu kena jugak cari jalan untuk selamatkan diri. Mujur sangat ada tempat macam RS ni agaknya….


Sangat jarang sekali ada teman lelaki yang mahu membantu dan bawak kawan-kawan perempuan yang malang ni berjumpa dengan kami. Kalau yang datang tu dikira sebagai ‘macho’ habis! Bagi lelaki seperti ni yang rasa bersalah atas apa yang berlaku biasanya kita akan cadangkan dan bantu mereka untuk berkahwin. Alhamdulillah, walaupun kadang-kadang terpaksa berdepan dengan suasana panas mak dan ayah mereka, perkahwinan di pejabat agama dapat dilangsungkan dengan baik di hadapan tuan qadhi. Yang selebihnya bila ditanya kemana lelaki yang terlibat, jawab budak perempuan tu “dah jenuh call…cari sana sini, kat rumah sewa, kat tempat kawan-kawannya lepak…kawan-kawan dia kata dah lama tak balik atau dia dah pindah…” Senang betul hidup macam tu…meninggalkan benihnya di sana sini dan kemudian menghilangkan diri….malangnya manusia macam tu lah yang banyak hidup bebas di pentas dunia ni..


Namun, macam mana la kita nak salahkan semuanya kepada sang lelaki. Banyak kes terjadi di rumah sewa sang lelaki…alamak! Apa dah jadi ni? Memang sangat memalukan…anak-anak perempuan kita yang cari pasal in the first place. Ajak berhenti kejap di rumah sewa sementara nak hantar ‘makwe’nya balik ke rumah tu adalah cerita biasa…dah tak hangat dah. Kemudian minum-minum, lepas tu sembang-sembang, lepas tu rehat-rehat, lepas tu dah tak sedar…. Macam mana dalam satu rumah duduk ramai-ramai, kawan-kawan lain tu hanya mendiamkan saja perlakuan ni? Lebih teruk, mereka pun tumpang sekaki!


Diukur dari penampilan diri anak-anak RS ni tentu kita tertanya-tanya benar ke diaorang semua pernah buat kerja macam ni…..tak pernah ke mereka terpikir yang segala penyakit kelamin termasuk HIV akan tersebar dengan cara ni? Rata-rata akan jawab sama ada tak tahu atau pernah dengar tapi tak kisah pun. Yang sedih tu anak-anak remaja perempuan kita bila dah suka, takkan nampak lagi dah mana cacat celanya teman lelaki mereka. Kalau dah sekali sentuh mereka akan terus setia pada yang satu ni dengan harapan teman lelaki ini akan mengahwininya….suatu hari nanti. Hanya ada beberapa kes sahaja bermula dengan paksaan tapi tak sampai ke tahap dirogol sebab memang anak-anak perempuan kita tak dapat membendung perasaan kasih yang mendalam hingga sanggup korbankan maruah diri dan agama. Erti cinta bagi mereka adalah sama dengan rela hati menyerahkan mahkota diri atau kata lain memberi seks!


Di satu ketika dulu pernah satu hari k.ros dihubungi oleh dua orang lelaki yang mahu mendapatkan calon isteri di RS. Maka bertemulah kami dalam satu sesi temubual yang agak panjang dan mendebarkan k.ros…apa tidaknya, macam-macam perkara bermain di kepala…”apasal dia cari di RS ni…dia nak jual ke budak-budak ni…dia nak lepaskan diri dari kene deport ke sebab bunyi macam orang indon…” sampai ke tahap tu pemikiran k.ros menerajah. Lega k.ros bila mereka berdua mengeluarkan kad pengenalan apabila k.ros tak berapa yakin dengan umur yang mereka nyatakan. Sah bukan orang indon! Kebetulan rumah RS nak kena dibaiki dan mereka pulak tukang rumah, jadi k.ros mulakan langkah dengan menguji mereka dulu di sini. Dengan pekerja seramai 5 orang mereka mulakan pembaikan. Setiap kali tiba waktu solat mereka akan berhenti dan solat berjamaah. Mereka mintak k.ros yang dapatkan pasangan sebab diaorang ni tak berani nak pandang-pandang sangat…malu agaknya. Mintak upah pun ala kadar sebab k.ros dah cerita habis tentang penubuhan RS dan mereka pulak tanya apa yang mereka boleh bantu.


Dipendekkan cerita, kami telah dapat menyatukan 2 pasangan ini dengan urusan akhirnya dijalankan oleh mak ayah anak-anak RS masing-masing. Alhamdulillahi rabbil’aalamiiin.


Sebenarnya yang paling menyentuh perasaan k.ros ialah bila k.ros bertanya “kenapa pilih perempuan di RS untuk jadikan isteri? Kan ramai perempuan-perempuan lain lagi di luar sana tu?” Jawapan mereka “ Betul kak….memang ada ramai perempuan kalau nak dijadikan isteri tapi macam-macam sangat rupa dan kelakuan mereka…menakutkan! Kalau ambik di RS sekurang-kurangnya mereka ni dah bertaubat kak. Kami dah tanya ustaz dalam kelas di surau kami. Ustaz kata kalau nak ambik isteri di luar alhamdulillah, tapi kalau nak ambik isteri di RS, tafaddhal...insy kamu adalah rijaalun kareem”. Subhanallah….AllahuAkbar….moga Allah terus pelihara mereka dan lindungi anak-anak kita.


Ikhwah dan akhawat, pamerkan dan zahirkanlah kasih sayang kepada anak-anak kita. Mereka juga adalah manusia yang Allah fitrahkan naluri bermanja dan sangat beremosi. Kalau bukan kita yang salutkan nilai kecintaan maka anak-anak remaja akan mula memohon curahan kasih sayang daripada orang-orang yang mungkin akan mengambil kesempatan terhadap diri mereka. Tolonglah selamatkan anak-anak remaja kita semua…


Nukilan
ummiroses@Rosmawati Zainal

Ku Temui Jalan Pulang (5)

SAAT KELAHIRAN

7 November 2007 - Rabu


“Sakit perut la kak misah…..sakit sangat ni….” Mengadu seorang pelatih RS. “Ada dalam lima minit sekali rasa sakitnya tu?” tanya kak misah selamba je…tak menunjukkan terkejut atau cemas pun. Maklumlah ..dah biasa sangat dengan rungutan dan aduan pelatih yang ramai di sini. Macam-macam penyakit ada. Ada yang betul-betul sakit dan ada jugak yang buat-buat sakit. Sikit-sikit pengsan…apa pulak halnya tu. Bila dibawak ke klinik berdekatan, doktor baru je bawak keluar jarum tiba-tiba dah boleh sedar sendiri….tak menghairankan ke tu?


Di RS ni, kalau dibuat perkiraan setiap seorang yang tamat tempoh bimbingan dan layak digraduasikan, kita akan terima panggilan untuk sepuluh permohonan untuk masuk dalam satu hari! Macam mana nak buat tu? Permintaan untuk memenuhi kuota di RS tersangatlah tinggi! Bila semua cawangan RS penuh, kita terpaksa merujuk ke tempat-tempat lain…tapi ada di kalangan keluarga yang tak mahu ke tempat lain…nak RS jugak. Aduh! Apalah daya kita kalau permintaan sebegini makin galak? Kenalah kita lebih proaktif berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha pencegahan ini….sebelum mereka semua pakat mintak nak masuk RS.


Seketika dulu, anak-anak RS yang mahu melahirkan kita akan bawak ke Klinik Kohilal (paling berdekatan dengan RS di Melawati ketika itu) atau pun ke Hospital KL. Beranak ni pun ada musimnya…tengok masa bila musim mengawannya….(haru betul bila guna ayat macam ni). Yang paling biasa terjadi perkara terkutuk ni ialah valentine’s day, sambutan merdeka dan tahun baru. Masa bersalinnya ada la kawan-kawan yang sama ‘due date’. Emmmm…..jenuh jugak nak handle ramai-ramai tu. Ada dua kali insiden kena duduk sama dalam labor room… “Apa buat duduk di kepala dia tu ros? Mari berdiri kat sini…” panggil Dr. Lo’Lo’. “Alamak kak Lo’Lo’! Rasa tak boleh nak bernafaslah ros ni ha…suspennya nak bersalin lepas ni”…sambil membaca doa supaya Allah permudahkan urusan kelahiran ini. K.ros pikir kalau berada bersama anak RS ni masa dia melahirkan tentu dapat mententeramkan hatinya dan kesakitannya…orang lain bersalin ada suami di sisi tapi anak-anak macam ni takde sape2 melainkan doktor dan nurse sahaja. …kesian sungguh.


Kalau terpaksa dibawak ke Hospital KL, kenalah kami ni tunggu berjam-jam untuk settlekan satu-satu kes . Tunggu nurse, lepas tu tunggu doktor, kemudian tunggu nurse semula lepas tu kalau nasib baik, nurse tak merungut banyak, dapatlah dimasukkan ke wad…..kira-kira kalau pergi lepas isya’ insyaAllah lepas jam 1 pagi baru boleh selesai. Kadang-kadang ada pulak tambahan ayat-ayat power dari nurse di wad…tempiasnya sampai kepada kami yang mengiringi anak RS ni. Sekali tu, kak Yus (pengurus RS ketika tu) terus jumpa nurse yang berkenaan dan tanyakan apa masalahnya…(bukan nurse tu tanya masalah kami). “Tak paham ke saya ada masalah kat rumah?!” kata nurse tersebut. “Kalau ada masalah kat rumah tak payah datang keje sini dan marah-marah semua orang” jawab kak yus tenang dan selamba je. Memang ternyata ayat kak Yus lah yang lebih power sebab habis je cakap, nurse tersebut terus masuk bilik and slammed the door. Nurses yang lebih muda semua berterima kasih kepada kak Yus Thumbs up to you kak Yus!


Kemudian apabila berpindah ke Sg Buloh, anak-anak RS yang mahu melahirkan dibawak ke Putra Medical Centre (10 minit dari RS). K.ros sendiri berjumpa dengan doktor tuan punya klinik ni, Dr Zarul Izham untuk memaklumkan kondisi kita di RS. Alhamdulillah beliau adalah seorang doktor yang sangat memahami dan memberi kerjasama (siap bagi diskaun sekali) kepada kami semua. Pernah terjadi satu ketika, k.ros pergi melawat anak RS yang baru melahirkan dan mohon bantuan pekerja lelaki di situ untuk mengazankan bayi tersebut. Bermulalah persoalan demi persoalan timbul dari lelaki tersebut…k.ros menjawabnya satu persatu dengan niat supaya dia lebih memahami tugasan kita yang lebih berat ini. Sangat mendukacitakan bila dia mula bagi alasan yang pelbagai untuk tidak menyahut permohonan k.ros tadi sehinggalah terdengar kepada nurse yang baru tiba di kaunter. “Takpe kak….doktor dah azankan tadi…” sahutan dari nurse yang sangat menyentuh perasaan k.ros ketika kita sangat-sangat memerlukan bantuan. I then went into the car and I cried and cried and cried…alone. Terasa begitu dihinakan. K.ros paham sangat persepsi masyarakat terhadap anak-anak kelahiran sebegini. Mereka pikir betapa kotornya bayi-bayi seperti ni disebabkan dosa yang dikendong oleh maknya. Many of us feel awkward to help single mothers because of their sins tapi tak pikir yang bayi-bayi ini adalah suci dari dosa. I had to be strong…this children cannot see me crying. They need me more.


Ikhwah wl akhawat semua,hidup anak-anak remaja kita sangat rapuh. They needed us then and they still need us now! Bimbinglah mereka….jangan sekali-kali putus asa.


Nukilan
ummiroses@Rosmawati Zainal

Ku Temui Jalan Pulang (4)


AKUJANJI DAN HIJRAH

1 November 2007 - Khamis

“Ros, masih ada kosong ke lagi di RS tu? Ada budak U ni datang buat check up kat sini….dah mengandung 5 bulan! “ panggilan dari Klinik Kohilal di Melawati. “Dia datang sendiri ke? Mak ayahnya tahu? “ Jawapan kros dengan pertanyaan. Dijawab pulak, “Ada mak ayahnya kat sini…baik nampaknya…orang kita ni ha….kesian betul.” “Takpe…bagi je nombor ros, mintak diaorang buat appointment…insyaAllah nanti ros jumpa diaorang.” Begitulah selalunya jawapan kami bila ada yang pohon untuk kemasukan ke RS.


Tiba masa berjumpa, setelah ditemubual secara berasingan mak ayah dan anak tersebut, memang la kadang-kadang rasa sangat-sangat kesian melihat mak ayah yang cuba berbuat sebaik mungkin tapi masih diselaputi oleh masalah anak yang kian membingungkan dan membimbangkan mereka. Si anak, yang sedang berbadan dua tak pulak nampak ada kekesalan di wajahnya. “Puan, kami dah berhentikan pengajiannya, biar dia duduk sini belajar jadi elok sikit, setahun lebih pun takpe… saya serahkan anak saya ni pada puan…puan buatlah apa yang puan nak buat…nak rotan pun saya izinkan. Dia bukannya dengar cakap saya, degil budak ni!.” Kros terus jawab dengan senyum, “ Encik, kita tengok dulu macam mane perubahannya nanti insyaAllah, yang penting encik dan isteri terus berdoa untuknya. Penghijrahan ni bukan dia sorang je yang kena buat, encik dan isteri pun kena jugak berubah bersamanya.” Beginilah biasanya pengakuan yang kami terima bila dah terdesak sangat nak masuk RS. Yang utamanya ialah keluarga menerima syarat-syarat kemasukan serta mahu mematuhi disiplin yang kami senaraikan.


Nak bimbing anak-anak yang macam masih tak sedar diri ni bukannya kerja mudah. Masing-masing ikut kepala sendiri. Dalam kelas bimbingan, muka selamba je….macam tak paham….boleh pulak senyum sendiri bila kita tengah bagi kelas…. tu tentulah tengah berangan lagi tu….Macam mane nak tarik perhatian anak-anak ni ye? Alhamdulillah, kebanyakan dari sukarelawan RS memang mengikuti kursus asas kaunseling supaya senang nak tahu yang mana cakap yang betul dan yang mana pulak sedang berlakon. Memang pelakon handalan tu! Nak pulak yang baru masuk RS.. lagi kreatif. Namun tu semua menjadikan kami lebih matang dan berpengalaman meneliti dan memahami percakapan dan pergerakan tubuh (body language) setiap anak-anak RS.


Pernah satu ketika, selepas melahirkan, mak ayah kepada pelatih RS ini cepat-cepat nak keluarkan anaknya dari RS. Aik! Masa nak masuk dulu beriya berjanji, siap tandatangan borang akujanji untuk anaknya dibimbing selama 1 tahun atau lebih di RS. “Puan, anak saya ada masa depannya. Susah saya nak dapatkan kerja ni untuknya.Saya masukkan dia ke RS ni pun sebab dah takde tempat lain lagi dah” kata si ayah. “Encik, selama dia berada di kolej tu, encik memang tahu dia ada boyfriend tapi encik tak pernah cakap atau buat apa-apa. Encik biarkan saja anak encik begitu sampai kena buang kolej sebab mengandung. Apa masa depan yang dia ada sedangkan dah lama dia tinggalkan solat….mengaji pun masih merangkak. Encik tolong bagi ruang dan peluang untuk dia berubah. InsyaAllah, saya janji dengan encik, cukup 1 tahun saya serahkan semula anak encik ni. Saya yakin jika anak encik mahu dibimbing dan betul-betul bertaubat, insyaAllah Allah akan sediakan peluang hidup yang lebih baik untuknya ” panjang lebar jawapan kros. Cakap terus terang je….tak kuasa nak cari gaduh dengan ayah macam ni.


Allah Maha Adil. Anak RS ni memang anak yang kental semangatnya. Menangis bila kita mempertahankan nasibnya untuk berada terus di RS. Dia sangat-sangat mahu berubah dan dia tahu kalau di rumah dia takkan dapat berhijrah dengan sebaiknya. Dia bangun bermunajat hampir setiap malam, berusaha keras memperbaiki bacaan quran. Hari-harinya terus terisi dengan bacaan buku-buku di rak dan pertanyaan demi pertanyaan dalam kelas-kelas bimbingan. MasyaAllah…Subhanallah…Allah izinkan sebaik dia keluar bila cukup tempoh bimbingan di RS, rayuannya untuk kembali mengikuti final semester telah diterima oleh pihak kolej. Alhamdulillahi rabbil’aalamiiin. Dia menghabiskan ~6 bulan semester akhir di kolej sama tapi di negeri lain. Setelah garaduasinya, dia menalipon sambil menangis “ummi….saya dah grad ummi…. Saya tahu ummi dan kawan-kawan semua sentiasa mendoakan saya….terima kasih ummi…terima kasih ummi…” Tak boleh nak keluar banyak ayat dari kerongkong k.ros ni melainkan menangis bersamanya……


Ikhwah dan akhawat semua, teruslah mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita, anak-anak sahabat kita dan anak-anak saudara seislam kita. Tegurlah kesilapan mereka, nasihatlah mereka dan bimbinglah mereka. Merekalah yang bakal membawa kita bersama dalam jejak mereka menuju Jannah insyaAllah…

nukilan
ummiroses@rosmawati zainal


Ku Temui Jalan Pulang (3)


LUAHAN PERASAAN
25 Oktober 2007-Khamis

Teringat ketika mula-mula menceburkan diri dalam Raudhatus Sakinah, pelatih-pelatih yang ada masa tu tak adalah yang lebih ‘brutal’ daripada sekarang. Kebanyakannya dari IPTA/IPTS yang ‘terlanjur ‘ dengan tunang dan teman lelaki masing-masing, mereka yang teraniaya, ditipu oleh kawan lelaki dan mereka yang dah mula merasai nikmat memegang duit di tangan sendiri…boleh enjoy suka-suka hati mereka.

Semasa warden baru, Siti Mariam mula mengambil tugasan ketika tu, kros nampak dia duduk terkedu melihat pelatih-pelatih ini…..dan esoknya kros menyaksikan dia masih lagi dalam kehairanan duduk di kerusi yang sama…macam langsung tak beralih tempat! Semasa kak misah pulak yang menjadi warden, rupanya hampir sama juga terkedunya cuma kak misah kena ambik sedikit masa untuk stabilkan dirinya dulu. Agaknya apalah bayangan kita semua sebelum bertemu dengan pelatih-pelatih RS ini…..

Rupanya mengislah kemungkaran ni sangat-sangatlah mencabar. Lihat sahaja anak-anak di RS. Setiap kali kros atau kaunselor seperti Rozalli datang, masing-masing berebut nak jumpa. Macam-macam nak tanya… macam-macam nak luahkan…macam-macam nak cerita dengan kami… Kalau kita datang dan membekukan diri saja, anak-anak ini akan terus menyepi dan menyingkirkan diri mereka dari kita.. Diaorang dah rasa semua tu di rumah….takde hal punya kalau setakat kita yang takde kena mengena dengan diaorang berlagak dingin.

Di RS kini, ada macam-macam kriteria kemasukan pelatih….black metal, sumbang mahram, liar, seks bebas (bertukar pasangan) dan paling ramai hamil tanpa nikah…..waduh! Sangat-sangat mencabar keimanan kami. Banyak lakunan yang kami kena saksikan pada awal-awal kemasukan anak-anak ini. Namun alhamdulillah, memang dah Allah takdirkan yang kami ini punya lebih kewarasan, kematangan dalam mengendalikan masalah anak-anak sebelum ni dan paling penting lebih sabar untuk bersedia menerima apa jua kerenah mereka. Kalau nak diikutkan hati boleh je kita nak berkasar dan berkeras dengan anak-anak ni….tapi bukan kah ini semua yang telah mereka lalui di luar sana …dah penat kena leteran dan rotan oleh mak ayah mereka…apa lagi kena maki hamun dan dihina…semua ni dah lali dengan mereka. Takkan kita pun nak ulang perkara yang sama di sini? Tapi taklah pulak sampai memanjakan diaorang hingga boleh buat apa yang diaorang nak. Setiap kes anak-anak ni adalah berlainan…..begitu jugak dengan mak ayah dan keluarga mereka. Kami di RS ni kena ‘handle’ kesemuanya… Kita hanya mampu membimbing selama lebih kurang 1 tahun, selebihnya keluarga yang akan teruskan. Bila anak-anak ni dihantar ke RS, bukan anak-anak ini sahaja yang kena berhijrah….mak, ayah dan keluarga kena berhijrah bersama.

Kerja penat tu… penat sangat…..tapi bila tengok muka anak-anak ni, sampai ke hati kita nak membiarkan mereka kebingungan, ketidakpastian, kesakitan, kekecewaan dan kesedihan menanggung segala keperitan hidup? Sanggup ke kita membiarkan mereka terus duduk dalam kejahilan ni? Sama je bila kita tak kata apa-apa pun bila bertemu dengan anak-anak remaja yang berpelukan atau meraba-raba atau bercium dengan pasangan masing2, yang melondehkan sebahagian tubuh mereka dan macam-macam lagi…..kenapa kita tiba-tiba boleh membisu seribu bahasa?

Pagi semalam ketika sesi taaruf dan nasihat kepada pelatih yang baru masuk, kros mendengar tangisan anak-anak RS. Bukan kena pukul atau kena belasah oleh warden (nurul)….nurul tengah duduk di kerusi jauh dari anak-anak yang sedang menangis tu……. senyum bila nampak kros masuk. Dengan sedu sedan, seorang demi seorang cuba menghabiskan ayatnya….“saya menyesal sangat …...saya tahu saya dah banyak menyusahkan emak ayah saya……saya tak nak jadi macam ni….saya pun tak tau kenapa saya boleh lakukan semua ni…..saya bersyukur sangat dapat masuk RS…..baru sekarang saya tau nikmat kasih sayang……saya ingat Islam tu susah…ini tak boleh, itu tak boleh….tapi rupanya Islam sangat memudahkan kita, memang patut Islam tu jadi cara hidup kita…..tak sepatutnya saya dibalas begini….saya sepatutnya dimarah cukup-cukup sebab dah menyusahkan semua orang….dengan kesilapan yang saya buat ni sepatutnya saya dapat hukuman yang lebih keras tapi kenapa semua orang kat RS ni cakap baik-baik dengan saya……..saya sungguh-sungguh insaf……terima kasih banyak-banyak kawan-kawan sebab bagi sokongan, tegur masa saya buat silap, bagi nasihat kat saya ……banyak saya belajar kat sini……kalau boleh biarlah saya terus duduk di sini…..tolong ummi, tolong kak misah, tolong kak nurul…..saya tak nak balik kampong……saya malu sangat!”

Ikhwah dan akhawat semua, apa lagi yang boleh kita bantu anak-anak remaja di luar sana? Mereka mungkin tidak lahir dari rahim ibu atau isteri kita tapi bukankah mereka ini sama keturunan dengan kita…keturunan nabi Adam…sanggupkah kita melihat mereka terus hanyut dengan kemaksiatan yang makin menggila dan membuas di luar sana? Tepuk dada tanyalah iman …. Terus doakan kami di RS ni ye….


Nukilan
ummiroses@Rosmawati Binti Zainal

Khamis, November 29, 2007

Ku Temui Jalan Pulang (2)


MEDIA DAN KUNJUNGAN RAYA
19 Oktober 2007 - Jumaat

Pagi jumaat sedang bersiap-siap sebelum berlepas pulang ke kampong, terima sms dari wartawan , Izyan….’ Aslkm umi, cerita RS keluar dalam KOSMO hari ni’ . Apa lagi, terus sms kepada kawan-kawan mengucapkan Eid Mubarak sambil menghebahkan belian akhbar KOSMO…laku agaknya akhbar KOSMO hari tu. Anak-anak RS dapat membacanya pada hari raya…bukan main seronok lagi diaorang. Bukan setakat dapat makan macam-macam juadah dibawak oleh 7 – 9 buah keluarga malah ‘famous’ pulak la pada raya kali ni…


Selasa 4 Syawal ,dalam perjalanan pulang dari kampung di Changkat Jering, Taiping terima pulak panggilan dari Anita TV3….”Assalamulaikom kak ros, kembara ramadhan dengan RS keluar esok pagi di MHI ye kak ros.” “Alhamdulillah…terima kasih Anita, insy kak ros bagitau anak2 di RS”. Bukan setakat anak-anak RS, hampir semua senarai nama-nama yang ada dalam handphone ni kak ros kirimkan sms mengajak ramai-ramai tengok MHI pagi rabu 17/10…entah melonjak naik pulak la rating MHI pagi tu agaknya…

Terima kasih di atas respon-respon yang diterima terutamanya dari Dr Har yang begitu semangat sekali nak memulihkan, memperbaiki dan mencantikkan kediaman anak-anak kita semua di Sg Buloh tu….nampak dalam TV tu macam dah usang la sangat…tapi memang betul pun.

Dalam pada tu terima pulak panggilan-panggilan orang jauh-jauh yang terbaca (baca dan terpandang kot) Berita Harian pagi rabu tu jugak tentang anak-anak di RS. Wah! Kali ni RS betul-betul jadi tumpuan. Dalam hati, inilah bahagian saham untuk anak-anak di RS…bila ramai yang membaca, ramai yang melihat di kaca TV, insyaAllah ramai lah yang akan mendoakan kebaikan untuk anak-anak ni …mudah-mudahan amiiin ya rabbal ‘aalamiiin

Hari ni 19/10 bersamaan 7 Syawal, sampai je kros di RS, anak-anak semua tegur “ummi beraya dengan kami hari ni ye..” Hati tetiba jadi hiba…tapi mana boleh menangis kan. “A’ah…sebab tu hari ni ummi tak puasa, nak rasa kek dan biskut raya yang u all dah buat”….”eeeee bestnyer! Ummi..ummi..kita tengok TV3 hari tu tapi kita sedih dengar ummi cakap…begitu menyentuh perasaan kita…” (I felt like crying there and then)…kros senyum tapi anak-anak ni dah nampak mata kros yang berkaca-kaca…”yang penting apa yang kita cakap from our heart insyaAllah akan sampai kepada hati-hati yang mendengar dan melihat kita …insyaAllah” Sahutan “Amiiin….” dari anak-anak RS.

Pagi ni kami menerima kunjungan raya dari Datin Rahimah, isteri Exco Negeri Selangor. Biasanya beliau akan melawat anak-anak RS semasa Ramadhan tapi beliau telah berangkat menunaikan umrah di awal Ramadhan jadi tak sempat ziarah. Kali ni AJK Wanita UMNO Kg Kubu Gajah bersama AJK Wanita Parlimen Subang turut menantinya di RS….tu dia punya ramai yang datang! Kami memang tak menjangka kedatangan sebegini sebab biasanya Datin datang bersama anaknya sahaja. Apa-apa pun kami rasa sangat bersyukur kerana dapat menafaatkan masa bertemubual dengan mereka sementara menunggu Datin tiba.

Alhamdulillah…rupanya banyak lagi ruang untuk kita mengislah dan berdakwah di sini…dan Allah pilih kita….alhamdulillah!

Datin tiba, bersalam dengan semua ajknya tapi tangan kros jugak yang digenggamnya sampai naik rumah RS. Hamisah bagi ucapan aluan dan kemudian Datin menyerahkan sumbangan kain batik dan goodies serta duit raya kepada setiap anak-anak RS….tak terkecuali Hamisah dan kros…first time ever terima macam ni ha! Malu la pulak rasanya…. Kemudian, anak-anak RS menghidangkan kek dan biskut yang dibuat sendiri oleh air tangan mereka. Suka betul rombongan yang datang ni…siap ada yang berkenan dengan anak-anak ni….”cantik-cantiknya diaorang ni…bersih muka diaorang ni kan” kata mereka. Kros maklumkan yang anak-anak ni bangun solat malam untuk munajat kepada Allah…”kita hanya boleh bantu bimbing diaorang ni, selebihnya kena la diaorang memohon taubat kepada Allah untuk bersihkan hati dan diri masing-masing “.“Di Kubu Gajah ni pun ramai budak-budak yang teruk, kita pulak terima orang jauh-jauh untuk bimbing ye?” Kros jawab, “Kita tak boleh la pulak nak main ambik je anak-anak tu bawak ke RS ni”. Dan semasa bersalaman untuk balik, kros sebut tentang mak ayah yang kena berubah bersama anak-anak ni supaya bimbingan dapat diteruskan di rumah nanti.

Selesai solat zohor, kros mohon untuk balik. Anak-anak ajak makan tengahari bersama tapi kros terpaksa menolak sebab masing-masing dah menyuapkan biskut-biskut untuk umminya rasa…. Begitu sekali harapan anak-anak ni untuk bermanja dan mendapatkan perhatian dan kasih sayang …Ikhwah dan akhawat semua, teruslah doakan anak-anak RS ini dilindungi dari kejahatan yang berulang kali….doakan mereka dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah…amiiin ya rabbal’aalamiiin


nukilan

ummiroses@rosmawati zainal

Ku Temui Jalan Pulang (1)


KEMBARA RAMADHAN MENJELANG EIDULFITRI
11 Oktober 2007 - Khamis

Salam perjuangan..

Kelmarin 9 Oktober, kami di RS sekali lagi dihadapkan dengan kehangatan cahaya kamera. Sampai je di RS, kros terus naik dan anak2 terus tanya..."kenapa kena pakai elok2 hari ni ummi?" Kros senyum je...."kan biasa kita pakai macam ni masa kelas and all of u look marvellous today!". Tersipu-sipu anak2 ni. Agaknya masing2 pikir 'betapa cantiknya aku hari ni sampai ummi tegur camtu'...he he seronok dapat menarik perhatian anak2 ni seketika. Mereka membuka AlQuran dan menyambung taddarus semula petang itu. Kros masuk bilik warden dan siapkan sampul saguhati duit raya yang kami dapat hasil sumbangan sebuah syarikat swasta bersama bungkusan2 kain dan tudung untuk diberi kepada anak2 RS ni. Wah! Cukup menyeronokkan buat kerja macam ni sekali sekala...

Minggu lepas kros, kak misah (pengurus RS Selangor) dan kak yus (mantan pengurus RS) berusaha cari pakaian yang dah siap untuk anak2 ni sebab dah lewat sangat untuk mereka menjahit...tapi semuanya melebihi rm50. Duitnya ada rm50 untuk tampung baju dan tudung. Jadi, kami sepakat membeli kain sebanyak 25 pasang untuk mereka semua. Waduh! Kerja membeli belah ni memang payah dan sangat meletihkan. Sebelum tu dah buat 3 / 4 pusingan mencari baju siap dan sekarang kena pulak memilih warna2 kain yang sesuai untuk setiap anak2 ni. Boleh berbuih perut dibuatnya...

Lebih kurang jam 3 petang, krew TV3 sampai dan mintak bertemu dengan kros. Cantik sekali perawakan orang2 TV3 ni...Anita, Ezah Aziz dan Azian... caption pertama ialah menyambut ketibaan mereka. Shooting ni adalah untuk slot Kembara Ramadhan TV3. Kros peringatkan sekali lagi, "tolong lindungi wajah anak2 RS...mereka mungkin buat kesilapan/dosa besar tapi ini bukan pengakhiran kehidupan mereka. Bila kita menjaga aib mereka insy Allah akan pelihara aib kita dan mereka akan terus dilindingi selagi mana mereka memohon kepada Allah...mudah2 an Allah terima taubat mereka"

Pengambaran sekitar aktiviti dalam kelas, menjahit, angkat dan sidai kain, gambar baby dan paling geli hati....menerima wang sumbangan dari kutipan BersamaMu sebagai saguhati hari raya anak2 RS. Alamak ai....sah2 la kena ada caption tu....kalau tak nanti kena soal oleh orang ramai terutamanya auditors ke mana plak perginya duit2 kutipan tersebut.

Sebaik pulang krew TV3, kami solat asar berjemaah. Kami berkumpul selepas tu untuk pengagihan sumbangan. Kak Nurul (warden) keluarkan kain2 yang kami bungkus elok bersama sampul duit hari raya. Waaaahhh! Menjerit anak2 ni...masing2 sebelum tu asyik tanya...."bila boleh balik raya? saya dapat tak balik raya, ummi? "Ummi, saya ni kiranya kali kedua raya kat sini tau."Ummi, saya nak balik raya dengan mak ayah."Saya nak tolong mak masak untuk hari raya la ummi...." Semua soalan ni dijawab oleh kak misah...dan mereka terkedu seketika merenung diri. Baru dapat menilai kasih sayang mak ayah dan keluarga ketika ni.

Seorang demi seorang dipanggil untuk terima...."cantiknya kain ni ummi..."alhamdulill ah ummi, terima kaseh kak misah, kak nurul..." haaa sesuainya kain ni dengan saya ye ummi..." dan sibuk masing2 mengira jumlah duit yang dapat untuk disimpan oleh warden...Lupa dah mereka bab nak balik berhari raya dengan keluarga masing2...

Ingat nak berbuka bersama anak2 ni tapi teringat pulak ada hutang yang mesti dilangsaikan malam tu, jadi kena jugak balik rumah walau dah lewat petang. Masing2 nampak kecewa sebab 'umminya' terpaksa pergi. Sebelum keluar kros ucapkan "anak2, i love u with all my heart, tolong doakan ummi sebagaimana ummi mendoakan anak2 semua dalam setiap solat ummi".....and everyone of them said " i love u too ummi"....and it really saddened me to leave them here sedangkan kita semua akan balik berhari raya di kampung. Tiap tahun kami bergilir bercuti untuk menjaga dan berhari raya bersama mereka....kali ni giliran kak misah. Bersolat sunat eidul fitri bersama, makan apa yang dimasak oleh anak2 ni...sedap tak sedap lain cerita.

Menjelang hari terakhir ramadhan ini, sebagaimana kami mendoakan semua anak2 di setiap RS, kami memohon kawan2 semua mendoakan agar Allah menerima taubat anak2 ini....doakan juga kami terus diberi kekuatan dan kesabaran.Moga Allah terima amalan kita semua.Selamat Hari Raya Eidul Fitri dan Maaf Zahir dan Batin dari kami semua di Raudhatus Sakinah.


nukilan
ummiroses @ rosmawati zainal

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS