Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Jumaat, November 30, 2007

Ku Temui Jalan Pulang (3)


LUAHAN PERASAAN
25 Oktober 2007-Khamis

Teringat ketika mula-mula menceburkan diri dalam Raudhatus Sakinah, pelatih-pelatih yang ada masa tu tak adalah yang lebih ‘brutal’ daripada sekarang. Kebanyakannya dari IPTA/IPTS yang ‘terlanjur ‘ dengan tunang dan teman lelaki masing-masing, mereka yang teraniaya, ditipu oleh kawan lelaki dan mereka yang dah mula merasai nikmat memegang duit di tangan sendiri…boleh enjoy suka-suka hati mereka.

Semasa warden baru, Siti Mariam mula mengambil tugasan ketika tu, kros nampak dia duduk terkedu melihat pelatih-pelatih ini…..dan esoknya kros menyaksikan dia masih lagi dalam kehairanan duduk di kerusi yang sama…macam langsung tak beralih tempat! Semasa kak misah pulak yang menjadi warden, rupanya hampir sama juga terkedunya cuma kak misah kena ambik sedikit masa untuk stabilkan dirinya dulu. Agaknya apalah bayangan kita semua sebelum bertemu dengan pelatih-pelatih RS ini…..

Rupanya mengislah kemungkaran ni sangat-sangatlah mencabar. Lihat sahaja anak-anak di RS. Setiap kali kros atau kaunselor seperti Rozalli datang, masing-masing berebut nak jumpa. Macam-macam nak tanya… macam-macam nak luahkan…macam-macam nak cerita dengan kami… Kalau kita datang dan membekukan diri saja, anak-anak ini akan terus menyepi dan menyingkirkan diri mereka dari kita.. Diaorang dah rasa semua tu di rumah….takde hal punya kalau setakat kita yang takde kena mengena dengan diaorang berlagak dingin.

Di RS kini, ada macam-macam kriteria kemasukan pelatih….black metal, sumbang mahram, liar, seks bebas (bertukar pasangan) dan paling ramai hamil tanpa nikah…..waduh! Sangat-sangat mencabar keimanan kami. Banyak lakunan yang kami kena saksikan pada awal-awal kemasukan anak-anak ini. Namun alhamdulillah, memang dah Allah takdirkan yang kami ini punya lebih kewarasan, kematangan dalam mengendalikan masalah anak-anak sebelum ni dan paling penting lebih sabar untuk bersedia menerima apa jua kerenah mereka. Kalau nak diikutkan hati boleh je kita nak berkasar dan berkeras dengan anak-anak ni….tapi bukan kah ini semua yang telah mereka lalui di luar sana …dah penat kena leteran dan rotan oleh mak ayah mereka…apa lagi kena maki hamun dan dihina…semua ni dah lali dengan mereka. Takkan kita pun nak ulang perkara yang sama di sini? Tapi taklah pulak sampai memanjakan diaorang hingga boleh buat apa yang diaorang nak. Setiap kes anak-anak ni adalah berlainan…..begitu jugak dengan mak ayah dan keluarga mereka. Kami di RS ni kena ‘handle’ kesemuanya… Kita hanya mampu membimbing selama lebih kurang 1 tahun, selebihnya keluarga yang akan teruskan. Bila anak-anak ni dihantar ke RS, bukan anak-anak ini sahaja yang kena berhijrah….mak, ayah dan keluarga kena berhijrah bersama.

Kerja penat tu… penat sangat…..tapi bila tengok muka anak-anak ni, sampai ke hati kita nak membiarkan mereka kebingungan, ketidakpastian, kesakitan, kekecewaan dan kesedihan menanggung segala keperitan hidup? Sanggup ke kita membiarkan mereka terus duduk dalam kejahilan ni? Sama je bila kita tak kata apa-apa pun bila bertemu dengan anak-anak remaja yang berpelukan atau meraba-raba atau bercium dengan pasangan masing2, yang melondehkan sebahagian tubuh mereka dan macam-macam lagi…..kenapa kita tiba-tiba boleh membisu seribu bahasa?

Pagi semalam ketika sesi taaruf dan nasihat kepada pelatih yang baru masuk, kros mendengar tangisan anak-anak RS. Bukan kena pukul atau kena belasah oleh warden (nurul)….nurul tengah duduk di kerusi jauh dari anak-anak yang sedang menangis tu……. senyum bila nampak kros masuk. Dengan sedu sedan, seorang demi seorang cuba menghabiskan ayatnya….“saya menyesal sangat …...saya tahu saya dah banyak menyusahkan emak ayah saya……saya tak nak jadi macam ni….saya pun tak tau kenapa saya boleh lakukan semua ni…..saya bersyukur sangat dapat masuk RS…..baru sekarang saya tau nikmat kasih sayang……saya ingat Islam tu susah…ini tak boleh, itu tak boleh….tapi rupanya Islam sangat memudahkan kita, memang patut Islam tu jadi cara hidup kita…..tak sepatutnya saya dibalas begini….saya sepatutnya dimarah cukup-cukup sebab dah menyusahkan semua orang….dengan kesilapan yang saya buat ni sepatutnya saya dapat hukuman yang lebih keras tapi kenapa semua orang kat RS ni cakap baik-baik dengan saya……..saya sungguh-sungguh insaf……terima kasih banyak-banyak kawan-kawan sebab bagi sokongan, tegur masa saya buat silap, bagi nasihat kat saya ……banyak saya belajar kat sini……kalau boleh biarlah saya terus duduk di sini…..tolong ummi, tolong kak misah, tolong kak nurul…..saya tak nak balik kampong……saya malu sangat!”

Ikhwah dan akhawat semua, apa lagi yang boleh kita bantu anak-anak remaja di luar sana? Mereka mungkin tidak lahir dari rahim ibu atau isteri kita tapi bukankah mereka ini sama keturunan dengan kita…keturunan nabi Adam…sanggupkah kita melihat mereka terus hanyut dengan kemaksiatan yang makin menggila dan membuas di luar sana? Tepuk dada tanyalah iman …. Terus doakan kami di RS ni ye….


Nukilan
ummiroses@Rosmawati Binti Zainal

Tiada ulasan:

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS