Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Jumaat, November 30, 2007

Ku Temui Jalan Pulang (4)


AKUJANJI DAN HIJRAH

1 November 2007 - Khamis

“Ros, masih ada kosong ke lagi di RS tu? Ada budak U ni datang buat check up kat sini….dah mengandung 5 bulan! “ panggilan dari Klinik Kohilal di Melawati. “Dia datang sendiri ke? Mak ayahnya tahu? “ Jawapan kros dengan pertanyaan. Dijawab pulak, “Ada mak ayahnya kat sini…baik nampaknya…orang kita ni ha….kesian betul.” “Takpe…bagi je nombor ros, mintak diaorang buat appointment…insyaAllah nanti ros jumpa diaorang.” Begitulah selalunya jawapan kami bila ada yang pohon untuk kemasukan ke RS.


Tiba masa berjumpa, setelah ditemubual secara berasingan mak ayah dan anak tersebut, memang la kadang-kadang rasa sangat-sangat kesian melihat mak ayah yang cuba berbuat sebaik mungkin tapi masih diselaputi oleh masalah anak yang kian membingungkan dan membimbangkan mereka. Si anak, yang sedang berbadan dua tak pulak nampak ada kekesalan di wajahnya. “Puan, kami dah berhentikan pengajiannya, biar dia duduk sini belajar jadi elok sikit, setahun lebih pun takpe… saya serahkan anak saya ni pada puan…puan buatlah apa yang puan nak buat…nak rotan pun saya izinkan. Dia bukannya dengar cakap saya, degil budak ni!.” Kros terus jawab dengan senyum, “ Encik, kita tengok dulu macam mane perubahannya nanti insyaAllah, yang penting encik dan isteri terus berdoa untuknya. Penghijrahan ni bukan dia sorang je yang kena buat, encik dan isteri pun kena jugak berubah bersamanya.” Beginilah biasanya pengakuan yang kami terima bila dah terdesak sangat nak masuk RS. Yang utamanya ialah keluarga menerima syarat-syarat kemasukan serta mahu mematuhi disiplin yang kami senaraikan.


Nak bimbing anak-anak yang macam masih tak sedar diri ni bukannya kerja mudah. Masing-masing ikut kepala sendiri. Dalam kelas bimbingan, muka selamba je….macam tak paham….boleh pulak senyum sendiri bila kita tengah bagi kelas…. tu tentulah tengah berangan lagi tu….Macam mane nak tarik perhatian anak-anak ni ye? Alhamdulillah, kebanyakan dari sukarelawan RS memang mengikuti kursus asas kaunseling supaya senang nak tahu yang mana cakap yang betul dan yang mana pulak sedang berlakon. Memang pelakon handalan tu! Nak pulak yang baru masuk RS.. lagi kreatif. Namun tu semua menjadikan kami lebih matang dan berpengalaman meneliti dan memahami percakapan dan pergerakan tubuh (body language) setiap anak-anak RS.


Pernah satu ketika, selepas melahirkan, mak ayah kepada pelatih RS ini cepat-cepat nak keluarkan anaknya dari RS. Aik! Masa nak masuk dulu beriya berjanji, siap tandatangan borang akujanji untuk anaknya dibimbing selama 1 tahun atau lebih di RS. “Puan, anak saya ada masa depannya. Susah saya nak dapatkan kerja ni untuknya.Saya masukkan dia ke RS ni pun sebab dah takde tempat lain lagi dah” kata si ayah. “Encik, selama dia berada di kolej tu, encik memang tahu dia ada boyfriend tapi encik tak pernah cakap atau buat apa-apa. Encik biarkan saja anak encik begitu sampai kena buang kolej sebab mengandung. Apa masa depan yang dia ada sedangkan dah lama dia tinggalkan solat….mengaji pun masih merangkak. Encik tolong bagi ruang dan peluang untuk dia berubah. InsyaAllah, saya janji dengan encik, cukup 1 tahun saya serahkan semula anak encik ni. Saya yakin jika anak encik mahu dibimbing dan betul-betul bertaubat, insyaAllah Allah akan sediakan peluang hidup yang lebih baik untuknya ” panjang lebar jawapan kros. Cakap terus terang je….tak kuasa nak cari gaduh dengan ayah macam ni.


Allah Maha Adil. Anak RS ni memang anak yang kental semangatnya. Menangis bila kita mempertahankan nasibnya untuk berada terus di RS. Dia sangat-sangat mahu berubah dan dia tahu kalau di rumah dia takkan dapat berhijrah dengan sebaiknya. Dia bangun bermunajat hampir setiap malam, berusaha keras memperbaiki bacaan quran. Hari-harinya terus terisi dengan bacaan buku-buku di rak dan pertanyaan demi pertanyaan dalam kelas-kelas bimbingan. MasyaAllah…Subhanallah…Allah izinkan sebaik dia keluar bila cukup tempoh bimbingan di RS, rayuannya untuk kembali mengikuti final semester telah diterima oleh pihak kolej. Alhamdulillahi rabbil’aalamiiin. Dia menghabiskan ~6 bulan semester akhir di kolej sama tapi di negeri lain. Setelah garaduasinya, dia menalipon sambil menangis “ummi….saya dah grad ummi…. Saya tahu ummi dan kawan-kawan semua sentiasa mendoakan saya….terima kasih ummi…terima kasih ummi…” Tak boleh nak keluar banyak ayat dari kerongkong k.ros ni melainkan menangis bersamanya……


Ikhwah dan akhawat semua, teruslah mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita, anak-anak sahabat kita dan anak-anak saudara seislam kita. Tegurlah kesilapan mereka, nasihatlah mereka dan bimbinglah mereka. Merekalah yang bakal membawa kita bersama dalam jejak mereka menuju Jannah insyaAllah…

nukilan
ummiroses@rosmawati zainal


1 ulasan:

pharie berkata...

lovely and smashing RS stories.saye sokong sgt about this RS whole thing.keep it up the good work! =)

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS