Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Jumaat, Februari 22, 2008

BICARA UMMIROSES DI KOSMO....

KOSMO!
22 Februari 2008 - Jumaat

Ruangan FAMILI

Elakkan berpakaian seksi

Pakaian seksi merupakan salah satu faktor mendorong gejala rogol dan zina di kalangan remaja.

"SAYA berasa kecewa dan sedih, melihat anak-anak remaja yang masih mentah dan belum matang, diabaikan dan tidak mendapat kasih sayang kedua ibu bapa.

"Tanpa kasih sayang, ia akan mendorong anak-anak mencari dan mendapatkan kasih sayang di luar rumah. Seperti yang kita ketahui, kasih sayang di luar rumah kebanyakannya hanya pura-pura dan membawa ke kancah negatif," luah Pengarah Raudhatus Sakinah (RS), Rosmawati Zainal mengenai segelintir remaja yang rosak akhlak kerana tidak dilimpahi dengan kasih sayang dan tumpuan keluarga.

Rosmawati atau lebih mesra dengan panggilan Ummi Rose, meluahkannya dalam bukunya, Ku Temui Jalan Pulang. Buku itu mengisahkan tentang kehidupan remaja yang dipenuhi dengan pelbagai persoalan, pergelutan dan cabaran dalam mencari identiti.

Remaja perlu bijak memilih rakan. Sekiranya mereka tersilap mendapat kawan, kebarangkalian mereka untuk tergelincir, tersasar dan menjadi mangsa kealpaan duniawi yang 'kotor' sangat besar.

Antara masalah sosial yang sering dicetuskan oleh remaja ialah terjebak dengan pengambilan pil khayal, dadah dan pergaulan bebas. Malah lebih parah lagi apabila anak-anak muda ini bergelumang dengan perbuatan zina sekali gus melakukan pengguguran atau membuang bayi.

Mengulas lebih lanjut mengenai masalah sosial remaja, Ummi Rose melahirkan kegusaran terhadap masalah zina dan kes rogol.

"Pengalaman dan sentiasa mendekati anak-anak remaja di RS, membuatkan saya lebih mengetahui dan memahami, mengapa mereka boleh terjebak dan terlanjur dengan pasangan masing-masing.

"Selain daripada pengaruh dadah dan alkohol, jenayah zina ini juga boleh berlaku disebabkan cara pemakaian remaja itu sendiri. Memiliki susuk tubuh menarik, liuk-lentok yang manja dan menyarung baju yang seksi boleh menimbulkan rasa giur dan membuatkan nafsu lelaki tidak terkawal," ujarnya yang menegaskan pakaian seksi turut mendorong ke arah seks dan rogol.

Mengulas dakwaan banyak pihak yang berkata sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa rogol tanpa mengira gaya penampilannya, Ummi Rose menjawab:

"Saya akui perkara itu. Memang sesiapa sahaja berisiko, tetapi melalui pengalaman saya bersama gadis-gadis malang ini, pakaian seksi meningkatkan lagi risiko dirogol.

"Analoginya mudah, sesiapa sahaja berisiko untuk diserang penyakit jantung, tetapi apabila dia mengambil banyak makanan berlemak dan tidak bersenam, risiko itu lebih tinggi." Ummi Rose yang telah terlibat dengan aktiviti membantu gadis kurang bernasib baik sejak 10 tahun lalu, berkata, remaja hari ini, sering salah sangka apabila diminta berpakaian sopan dan menutup aurat.

"Setiap kali berbicara mengenai pakaian sopan, fikiran mereka hanya membayangkan baju kurung, kebaya dan jubah.

"Tidak salah anak-anak muda bergaya dengan rekaan dan koleksi pakaian terkini seperti seluar jean dan blaus tetapi ia haruslah mengikut garis panduan yang telah ditetap dalam syariat Islam," katanya.

Antara etika pemakaian yang sopan dan berlandaskan syariat adalah pakaian yang tidak jarang, tidak ketat dan tidak menampakkan susuk badan. Dalam pemilihan seluar, sarungkan seluar yang agak longgar dan besar sedikit.

"Begitu juga dengan pemilihan baju. Kita masih boleh kelihatan bergaya dan ranggi, asalkan anak-anak memakai baju yang tidak singkat, nipis dan menutupi bahagian punggung.

"Elakkan pakaian seperti tube atau singlet tali halus yang boleh menampakkan 'lurah' buah dada dan ketat. Ini bertujuan supaya apabila berjalan atau melakukan aktiviti seharian, pergerakan wanita tidak akan menarik perhatian dan meningkat nafsu lelaki," tegas Rosmawati ketika ditemui KOSMO!.

Perlu diketahui apabila lelaki mula tergoda dan bernafsu dengan penampilan seksi yang ditonjolkan oleh golongan wanita, fikiran dan hati mereka mula 'meronta-ronta' untuk menyentuh tubuh wanita itu.

Tetapi, sekiranya gagal untuk mendampingi dan memiliki wanita seksi tersebut, maka nafsu seks mereka akan beralih kepada golongan yang tidak bersalah seperti kanak-kanak atau wanita yang berpakaian sopan.

"Kesannya, kita akan mendengar dan membaca berita bahawa wanita bertudung atau yang berpakaian juga menjadi mangsa rogol oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Kepada kaum wanita, hindari cara pemakaian yang boleh meningkatkan kes rogol dan zina secara berleluasa.

"Elak bertemu di kawasan sunyi, bilik hotel atau membincangkan perkara-perkara berbaur seks," nasihat Ummi Rose yang berharap supaya ibu bapa dan masyarakat bersama-sama membendung masalah sosial remaja.

Mendidik dan membentuk anak-anak haruslah bermula dari rumah. Memiliki keluarga yang bahagia dan institusi kekeluargaan yang sentiasa diceriakan dengan kasih sayang, gelak tawa dan kegembiraan dapat melahirkan anak-anak dan suami isteri yang baik.

Ibu bapa perlu memberikan contoh yang baik dan meluangkan masa bersama anak-anak. Peruntukkan atau cari masa supaya anda dapat mendengar masalah atau cerita menyeronokkan oleh anak-anak. Waktu makan dan menonton televisyen merupakan waktu yang sesuai untuk bersama seisi keluarga.

"Kepada masyarakat, sekiranya terlihat remaja berkelakuan kurang sopan seperti membuat bising di tempat awam, bercium di khalayak ramai, ponteng sekolah dan sebagainya, jangan berat mulut untuk menegur.

"Biasanya, mereka tidak akan cepat melatah atau melenting apabila ditegur, jika teguran tersebut menggunakan nada yang lembut dan berunsurkan nasihat," luah Rosmawati sebelum mengakhiri bicara.

petikan boleh diakses di Kosmo online
http://www.kosmo.com.my

Selasa, Februari 19, 2008

LERAIKANLAH JIWA YANG TERBELENGGU



“Alahai…tak dapat la nak tolong u...u know la my work ni bertimbun. Kalau I tolong u, nanti apa pulak kata kawan-kawan I kat ofis tu...”

“Saya ni memang tak mampu nak lebih ke depan macam awak. Awak dah terkenal, takpe lah. Saya ni orang kecik-kecik je...orang pun tak perasan, ada ke takde sama je.."

“Apa la bos kita ni…sikit-sikit tanye. Dia ingat kita ni ape? Susah kita nak buat kerja…semuanya nak tahu…macamla kita ni tak pandai.”

“Eh..awak perasan tak kenape dia tanye macam tu? Tentu dia tak percayakan kita. Lepas ni jangan lagi bagitau dia kalau kita nak buat apa-apa”.

“Jangan harap la nak buat kenduri kat rumah ni…berkancah nanti rumah aku!Barang-barang ni semuanya imported tau, kalau pecah siapa nak bayar ganti rugi?”.

“Tak payahlah engkau nak susah-susah layan dia tu…bukannya dia paham. Engkau buat je la hal engkau, pedulikan orang macam tu!"

“Teruknya! Boleh dia buat perangai tak senonoh tu depan kita! Malas aku nak tegur…macam la dia tak tahu apa dia buat. Sekolah tinggi-tinggi tapi tak pandai jaga diri!”

Beginilah antara sketsa kehidupan yang kita lalui sekarang…. Kita mungkin tak termasuk dalam lakunan tersebut tetapi kita adalah di antara yang suka memberikan alasan yang berbagai-bagai untuk melepaskan diri kita dari berbuat sesuatu.

Hidup akan jadi sukar bila kita tidak merasakan ada perkara yang perlu ditukar…perlu dipercantikkan…perlu diperhebatkan…perlu diperbaiki…perlu dicanangkan…perlu diupgradekan…perlu diperhalusi…perlu ditegur dan dinasihati…dan macam-macam lagi. Tak boleh ke kita buat hal kita sendiri? Perlukah orang lain campur tangan dalam urusan kita? Suka hati kita la nak buat apa...Dan kita tentu akan rasa lebih susah bila kita yang terpaksa masuk campur urusan orang lain pulak…

Macam-macam persepsi kita terhadap orang lain menjadikan kita menghadkan tindakan memulihkan keadaan atau membaiki masyarakat. Perasaan takut dihamun, dicaci, dimarahi, dipukul, dibelasah, tidak dipedulikan, diberhentikan, dibuang…Mungkin jugak kita menjadi antara hamba Allah yang tidak cukup yakin bahawa rezeki datang daripadaNya…takut menyatakan yang haq apabila kemungkaran berada di depan mata atau terus menutup mata apabila kejahatan melintasi pandangan seolah-olah kita adalah orang yang tak pernah tahu apa-apa, asal jangan diusik kemewahan yang meliputi diri dan keluarganya...semuanya menjadi permainan alasan untuk tidak meneruskan usaha amar ma’aruf dan nahi mungkar!

Nowadays people seem to care less about others. Bagaimanalah agaknya kehidupan yang nafsi-nafsi ini? Hanya memikirkan diri atau keluarga sendiri sahaja…Yang penting kepuasan itu tercapai dengan anggapan “asal tidak mencerobohi/mengacau kehidupan orang lain” dikira cukup selesa dan membahagiakan. Kita lupa bahawa semua yang kita jumpa atau lalui adalah dengan izinNya tentu ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi yang akan menjadikan kita lebih diuji demi mencapai kemantapan iman…kita hanya tahu menyalahkan suasana dan insan lain yang terlibat…Sampai bila kita akan terus bersikap begini?

Daripada surah Ali ‘Imran : 104 “…Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung.”

Kita sebenarnya tidak cukup yakin dengan janji Allah. Keberuntungan yang bakal memberatkan timbangan menuju Jannah rupanya tidak cukup menjanjikan kita untuk terus istiqomah berbuat islah dan dakwah. Kita masih nampak kebahagiaan dunia lagi…


Kita hadkan pandangan jauh untuk bertemu dengan Allah nanti. Bukankah persoalan akan tiba bertanyakan usaha kita dalam menyebarkan syiar Islam? Cuba kita tanya kembali kepada diri…Belenggu apa lagi yang masih tinggal berbaki di dalam jiwa sehingga kita masih lagi belum benar-benar mahu menghayati Islam?




Nukilan
Ummiroses @ rosmawati zainal

Khamis, Februari 14, 2008

Munajat Bersama....



Ya Allah Ya Fattah Ya Aliim...
bebaskan dada kami daripada rasa yang menghimpit,
daripada ketakutan berbuat baik dan benar.
Lepaskan kami daripada kebingungan dunia,
dengan memberikan cahaya petunjuk kepada hati
kemana arah yang perlu kami tuju...

Ya Allah Ya Muiiz Ya Mudzill...
hapuskan rasa sedih yang bersemayam di hati kami,
hilangkanlah keraguan daripada hati kami,
berikan kami rasa sedih jika tidak mengikut hukummMu,
tanamkan rasa sedih di benak kami
jika tidak mampu berjihad di jalanMu.
Semaikan rasa sedih dalam jiwa kami
jika kami tidak dapat mampu menyeru umat kepada jalanMu yang lurus...

Kami berlindung dengan Engkau Ya Allah,
daripada kelemahan yang menyemputkan nafas kami
sehingga kami tidak mampu berlari dalam
perjuangan membela agamaMu.
Lepaskan belenggu kemalasan dalam setiap langkah kami...

Berilah kami kekuatan Ya Allah Ya Qahhar...
Tambahkan kekuatan Mu dalam kekuatan kami Ya Allah

Ya Allah Ya Muhaimin yang Maha Memelihara,
bebaskan kami daripada kejahatan golongan
yang menghalang kami daripada melakukan ketaatan kepadaMu.
Bebaskan kami daripada kekuasaan
golongan yang menyekat agamamu.
Bebaskan kami daripada penjajahan,
penjajahan sesama manusia,
penjajahan pemikiran batil dan
juga daripada belenggu syaitan yang direjam...

Ya Allah Ya Malikul Qudus...
jadikan kami penolong kepada mereka yang ditindas.
Jadikan kami hambaMu yang mampu menguasai dunia
dan menegakkan kedaulatan Islam dengan ilmuMu.
Kumpulkan kami daripada kalangan para nabi,
orang yang membenarkan agamaMu,
orang yang mati syahid dan
orang yang beramal soleh...

Amin Ya Rabbal Alamin...

Jumaat, Februari 08, 2008

KUHULURKAN KASIH...

Salam...selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...
Untuk perkongsian kali ini, ingin kubawakan beberapa sedutan kisah adik-adik remaja yang boleh menjadi pengajaran untuk kita semua...sedutan ini diambil oleh Dr Hishamudin Alham untuk bahan motivasi (juga boleh dilihat dalam youtube)...semoga ini semua boleh menjadi pengajaran kepada semua...

apa yang ingin kubawakan bukanlah tentang kesalahan yang mereka pernah lakukan tetapi keadaan mereka yang ingin dibantu dan sangat-sangat memerlukan kita... walau sejauh mana kesilapan, mereka ini sebenarnya mahu kembali ke jalan yang benar sebab fitrah manusia inginkan ketenangan, kedamaian...namun mereka ini tersalah pilih jalan dalam pencarian menemui suara hati mereka...mudah-mudahan sebagai insan yang dipilih Allah, kita seharusnya mempunyai empati dan tidak terus menghukum mereka...berusahalah kita sedaya mungkin membawa mereka bersama menuju jalan yang diredhai...

mereka ini perlukan kasih sayang dari kita semua yang akan membawa cinta dan kasih kepada Allah (insyaAllah)...teringat semasa aku mula mengenali mereka (adik-adik di RS) sekaligus membawa aku terlibat secara langsung dalam pengoperasian RS (di Kelantan), terasa sangat aku diperlukan disitu sebagai teman berbicara dan teman berkongsi...kekuasaan Allah jualah dan Dialah Allah Yang Maha Mengatur, aku begitu terpanggil untuk mencurah tenaga 4 kerat ini dan bersama merasai susah payah mereka untuk bangkit menjadi insan yang baru...walaupun masa itu aku sendiri tak tahu, mampukah aku menolong mereka semua? mampukah aku berdepan dengan macam-macam dugaan untuk membantu mereka? aku sebelum ini tak pernah berdepan dengan remaja bermasalah, aku bukan insan hebat, aku bukan seorang ibu yang tahu camana caranya berdepan dengan seorang anak. Aku juga seperti mereka, baru menginjak usia dewasa, aku masih belajar mengenal erti hidup, tetapi aku merasakan hatiku sangat dekat dengan mereka, dekat untuk membantu mereka...dengan zero mind jugalah, aku melangkah dan membantu dengan satu harapan adik-adik ini akan menjadi lebih baik dariku nanti...InsyaAllah...setahun dalam pengoperasian RS secara langsung itu banyak mengajarku tentang kehidupan dan sekarang walaupun berada di balik tabir sahaja, namun usahaku takkan berhenti...malah hatiku sudah pun melekat disana dan akan terus membantu, takkan ku berpatah...

untuk kawan-kawan di luar sana, teruslah berbuat baik, sebab manusia ini akan sentiasa belajar dan mahu memperbaiki diri, tidak ada yang sempurna...membantu orang akan lebih membantu kita mengenal diri, insyaAllah...untuk ibu ayah, keluarga dan special ummi tersayang serta semua yang terlibat dalam RS, terima kasih kerana banyak menyokongku semasa keterlibatanku dulu dan juga sekarang ini untuk menyambung cita-citaku...insyaAllah, mungkin kamilah pula yang akan meneruskan usaha ummi dan doakan kami dan teman-teman yang lain terus berada dalam jalan ini...

sama-samalah kita doakan semoga adik-adik di RS ini terus mendapat hidayah Allah, komited dengan perubahan dan menjadi insan terbaik malah lebih baik untuk membangun tamadun Islam nanti...insyaAllah...







nukilan
Jauharee

Rabu, Februari 06, 2008

MENEMUKAN SUARA HATI

Keterlibatanku menangani permasalahan gejala sosial dalam masyarakat sejak awal tahun 2000 rupanya telah mengundangku untuk terus menadah tangan menerima pelbagai ragam manusia yang ketandusan kasih, sayang dan kepedulian dari insan lain. Aku mula belajar menjadi lebih sabar, lebih redha dan yang lebih penting belajar mengikhlaskan diriku memenuhi amanah dan tanggungjawab. Namun, sebagai insan biasa tentunya aku tidak dapat lari dari menerima pelbagai fitnah dan pancaroba kehidupan yang kadangkala sangat menyedihkan dan hampir saja aku terkandas dalam meneruskan tugasan dakwah ini. Aku amat memerlukan pautan bahu untuk mendengar luahan resah hatiku…biar hatiku merasa lega dan mainan mindaku menjadi ringan… Pun begitu, aku memerlukan sahabat yang benar-benar memahami tugasanku supaya tidak terdorong salahfaham apabila aku memerlukan telinganya hanya untuk mendengar tangisanku dan bukan untuk membicarakannya di mana-mana….



Bertahun aku belajar mengkoreksi diri…Hatiku sentiasa dihambat perasaan inginkan yang lebih baik dari yang telah ku perbuat sebelumnya. Kegundahan kadang-kadang memuncak dan aku akan mula mencari kedamaian hati. Alhamdulillah…Allah kurniakan aku lewat umur ini perkenalan demi perkenalan yang memanjangkan silaturrahim juga mengeratkan ukhuwah dengan orang-orang yang sebelum ini tidakku jangka bakal menjadi sahabat-sahabat dan juga anak-anak yang aku kagumi kebolehan mereka baik dari segi intelektualnya mahupun ketinggian akhlaknya…Namun yang lebih aku terkesan apabila mereka ini antara yang sangat menghayati tugasanku dalam dakwah… Subhanallah..Alhamdulillah!

Sahabat-sahabat inilah yang membantu melegakan perasaan dan emosiku dan acapkali menjadi
pendorong semangat membangkitkan spiritualku. Mereka akan mengasakku dengan ayat-ayat Allah dan seerah Ar Rasul. Kerana inilah aku amat merindui mereka ..dan kasihku hanya dapat berbalas dengan setiap kali terjaga malam bermunajat kepada Allah, mendahului permohonanku kepada Allah dengan mengingati satu persatu nama-nama mereka supaya jangan nanti ada yang tertinggal. Aku bersujud panjang….Ya Allah, Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasehani …perkenankanlah doaku Ya Rabbul Jalil.

Kerja-kerja yang sentiasa menghambat tidak lagi menjadikan aku mudah penat atau tewas separuh jalan. Alhamdulillah…inilah kehidupanku sebenarnya. Aku tidak ingin matiku kosong….cita-citaku mahu mencapai mardhatillah dan dapat bertemu Allah ‘azza wajalla nanti. Misiku kali ini biar tercapai…akan ku usahakan sungguh-sungguh insyaAllah. Berapa banyak dugaan dan ujian yang harus ku lalui untuk capai visiku selama ini…berapa banyak airmata yang ku tangiskan demi menjaga keaiban anak-anak Raudhatus Sakinah….apa pun selepas ini aku telah dapat menghalakan hatiku.. …aku akan terus belajar mengukuhkan diriku untuk sampai tahap paling maksima…. kebergantungan aku yang total terhadap Allah SWT…bantulah diri ini Ya Baa’its Ya Syahiid.

Apa yang terjadi pada diri kita setiap saat semuanya bukanlah kebetulan seperti yang
kita biasa sebut-sebutkan. Tanpa izin Allah takkan ada yang berani membantah kehendakNya. Terkenangkan akhir-akhir ini apa yang berlaku dalam hidup yang semakin singkat, bertemu dengan orang-orang yang terus menjadi sahabat yang sangat prihatin dengan tugasan dakwah yang diceburi, memberanikan diri ketemu syarikat-syarikat yang dirasakan dapat membina jambatan demi membantu melancarkan pengislahan terhadap gejala sosial dan semakin mendalami perihal remaja malah menerima begitu ramai anak-anak yang mahu menjadikan diriku ummi mereka… Terasa diri ini sangat beruntung…dan yang paling teristimewa Allah menganugerahkan aku seorang suami yang sangat mementingkan tugasan dakwah terlaksana baik olehku mahupun anak-anakku…..sujud syukur ku hadiahkan kepadaMu Ya Ghafuur Ya Syakuur.

Tatkala mana kesempatan yang ada, aku ingin saja memenuhi ruang pemikiranku dengan ilmu supaya tidak terus ketinggalan mengukuhkan harapan bertemu Allah nanti. Aku rasa sangat bersyukur bila diberi kesempatan mengikuti ESQ Training Disember lepas. Aku lebih mengenali siapa diriku kini. Apa yang Allah anugerahkan rupanya tidak nampak dek mataku…namun bukan mataku yang buta tapi hatiku di dalam dada…Ya Allah..Ya Rahman…Ya Rahim..moga dengan permohonan taubatku kepadaMu , aku akan terus menerima hidayahMu dan menemukan suara hatiku…

Teringat kata-kata dari seorang sahabat……Jadikan hidup ini sebagai air yang mengalir dan bukannya air yang bertakung. Air yang bertakung biasanya berkeladak dan berbau. Siapa yang boleh tahan! Air yang mengalir tentu kelihatan sangat jernih, sangat cantik deruan airnya dan sangat sejuk mata yang memandangnya. Bahkan ianya boleh menyucikan apa saja…. MasyaAllah….Subhanallah…Alhamdulillah..


nukilan
ummiroses @ rosmawati zainal

POHONLAH PADA-NYA



Selasa, Februari 05, 2008

Isnin, Februari 04, 2008

Salam Juang 165



SATU MUHARRAMKU DI AMERIKA

Aku memasuki benteng Romawi itu
Apakah aku bisa memasuki Tembok itu?
Aku mendengar jeritan menyayat di balik jerijinya
Namun aku percaya mereka didalamnya
berhak mendapatkan cahaya

Aku melihat bentangan fatamorgana
yang nyata
Jutaan orang sedang sujud khusyu'
ke arah kiblat
Yaitu Hollywood dan Las Vegas

Aku menyaksikan
Patung yg dibuat ayahnya Ibrahim
Patung yg indah dan menyilaukan
Patung2 Namrud itu bukan di Las Vegas
atau Hollywood
Tapi di hati manusia, dihati bangsaku

Kini aku sedang berada didalam Ka'abah mereka
Pintu Multazamnya adalah Hollywood
Hajar Aswadnya Beverly Hill
Zam-zamnya adalah emas permata
Semua orang berebut mencium Hajar Aswadnya

Aku baca Surah Ar-Rahmanmu di musolla kecil
sunyi dan dingin di Seattle
Aku bayangkan syurga yang Engkau kisahkan
Sungai indah mengalir yang Engkau janjikan
Mata air jernih yg Engkau ceritakan

Selamat tahun baru Hijriyah wahai Amerika
Kini kuajak engkau berhijrah

Muharram 2008, Los Angeles -Ary Ginanjar Agustian-
Kenang Kami Dalam Doamu
Salam Juang 165
FKA Malaysia

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yg ada pada suatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yg ada pada diri mereka" Surah Ar Raad:11

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS