Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Isnin, Januari 26, 2009

DARI RS KE US...



Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiiin. Kembali ke tanahair tanggal 1 Jan 2009 bila kapal terbang Emirates mendarat dengan selamatnya pada jam 1.55 tengahari. Kali ini 10 hari ummi berada jauh dari keluarga dan teman-teman seperjuangan di sini. Sms bertubi masuk ke handphone..masing-masing menzahirkan kerinduan untuk ketemu. MasyaAllah…Subhanallah…beginilah nikmat ukhuwwah yang terjalin.

Teringat akhir tahun 2007, ummi memasang niat dan azam baru. Tahun 2008 akan menyaksikan RS ke persada antarabangsa! Adik junior lepasan Kolej Islam, Fatkuradzi sentiasa meniupkan semangat kepada ummi. Go Go RS International! Kadang-kadang ummi ketawa dengan telatahnya. But deep in my heart, this dream is for real! Itu tekad ummi. Subhanallah…AllahuAkbar! Kita merancang, Allah jua merancang. Namun perancangan Allah jualah yang terbaik. Bermula dengan mengekori Ketua Wanita JIM, Dr Harlina yang juga adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Induk RS, ke Singapura pada awal tahun 2008, maka RS terus mengorak langkah mencari peluang memajukan diri dan pembangunannya di serata pelusuk bumi Allah ini. Alhamdulillah! Inilah yang menjadikan ummi bertambah yakin dengan janji Allah.

Dan hendaklah ada di antara segolongan ummat yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan merekalah orang-orang yang beruntung. (Surah Ali Imran : 104)


Sebaik sampai di daratan lapangan terbang George Bush Houston, Texas ummi dan kak Roha merafakkan syukur lillahi Taala. Enam belas jam perjalanan dari Dubai International Airport ..aduh repot banget deh! Seperti melalui kastam di Dubai untuk ke Houston, begitu jugaklah prosedurnya bila dah pun menjejakkan kaki di Houston sendiri. Very, very tight security. Alhamdulillah surat jemputan dari MISG (Malaysian Islamic Study Group) dan IMSA (Indonesian Muslim Society in America) ada ummi bawak sebagai bukti mengapa kami sampai ke Houston tu. Tak tahu la kenapa begitu sekali pemeriksaannya sedangkan untuk memohon visa di kedutaan Amerika, Kuala Lumpur ini telah pun melalui sesi temubualnya. Alhamdulillah, sahabat baru ummi di kedutaan, Tina membantu memberi sokongan(recommendation) yang tinggi terhadap usaha kami untuk bertemu pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Amerika. Anyway, many thanks to Tina and Bill from the US Embassy in KL for helping us in the application for visa. Really love to see you again Tina..and hope you can speak bahasa melayu fluently by now.



Semasa beratur di pemerikasaan kastam, ummi sms Zabidi (ex junior di KIK) bagitau dah sampai. Zabidi called dan maklumkan ada students akan ambil kami di airport. Jenuh Ammar dan Alia menunggu rupanya. Kesian anak-anak ini… Masing-masing dah keletihan agaknya tapi yang pasti kami semua lapar! Ummi betul-betul rasa terharu atas hospitality yang diberikan oleh Ammar dan Alia…memastikan ummi dan kak roha cukup segalanya. I’m deeply touched….yang terbaik pasti menanti kalian insyaAllah..

Tiga sesi perkongsian dari kami dalam 3 hari. Nostalgia betul bila mengenangkan kehidupan ummi dan suami di Melbourne, Florida dan seterusnya berpindah ke Hartford, Connecticut di antara tahun 1985-88. Pergi berdua dan kemudian dikurniakan dua anak di sana…Subhanallah…Alhamdulillah…memang setiap langkah yang ditempuh semakin mendewasakan dan mematangkan kehidupan kami. Ada ummi kongsikan sedikit cerita suka duka membina keluarga dan membesarkan anak-anak semasa slot ‘Di sini kita bermula…’ Walaupun banyak kepayahan dan kesulitan yang terpaksa dilalui namun tak pernah sedetik pun ummi dan suami merasa terancam dan menyesal dengan apa yang telah Allah izinkan berlaku. Malah kami terpanggil untuk membantu sahabat-sahabat yang kami rasakan lebih memerlukan dari kami. MasyaAllah…di ketika itu ummi belum banyak mengerti soal rahmat Allah. Hanya tahu dan faham di sudut hati namun belum dapat merasakan sentuhan nikmatNya…AllahuAkbar…setiap apa yang dikeluarkan hasil titik peluh bagi saraan seisi keluarga kami diperuntukkan kepada mereka yang lebih memerlukan, rupanya Allah gantikan dengan rezeki dari sumber yang tidak kami sangka-sangkakan…Subhanallah…Alhamdulillah! Bahagianya menangisi waktu pemberian ini, syahdunya sampai terus ke dalam hati….terasa sungguh manisnya nikmat anugerah Allah SWT. Kadang-kadang kita lupa bahawa apa yang ada dan diberi kepada kita bukanlah hak milik total kita. Kita ingat kesusahan kita dan kita lupa bahawa ada lagi yang lebih tersiksa kehidupannya dari kita. Astaghfirullahal ‘Adzim… janganlah diambil nikmat sedar dari diri kita ini…Ya Rabb, jika kami di antara yang alpa, Engkau kejutkanlah kami, insafkanlah kami atas setiap kurniaanMu…Ya Ghafuur Ya Syakuur, jika kami di antara yang masih lupa, janganlah Engkau biarkan kami terus berseorangan… datangkanlah kepada kami sahabat-sahabat yang menginsafkan kami, ampunkanlah kami dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberianMu…

Slot bengkel bersama anak-anak perempuan (MISG) menambahkan keyakinan ummi bahawa suatu hari nanti anak-anak ini pasti menjadi pemimpin yang hebat..insyaallah! Kekuatan, keberanian dan kekreatifan mereka sangat teruja. Jika langkah baik ini terhenti disebabkan kesibukan belajar, ummi akan rasa kecewa. Sayang kalau kita tak menafaatkan kesungguhan yang telah berbunga di sini. Langkah mengislah dan berdakwah ini telah bermula! Di mana-mana pun boleh dilaksanakan tanggungjawab ini…semasa belajar mahupun bekerja nanti. Yang penting amal ini berterusan dan menjadi satu komitmen dalam diri untuk menegakkan yang haq. Tanamlah sifat berani, tawadhu’, rasa kasih dan prihatin serta sentiasa berlapang dada atas apapun senario yang kita hadapi. Pamerkan diri yang sangat welcoming …perindahkan diri dengan akhlaq Islam…insyaAllah ummi yakin ramai yang akan tertarik untuk bersama mendaulatkan Islam!

Sesi ummi berakhir dengan perkongsian dari RS. Memang berazam untuk bagi satu kelainan kepada anak-anak di sana. Not just about RS…I want them to to feel the urgency to do amar ma’ruf nahi mungkar wherever they are. At this time, ummi dah pun mula sakit tekak dan batuk-batuk. Maklumlah cuaca sejuk yang terasa hingga ke tulang. Makanan yang masuk ke perut pun sejuk macam baru keluar peti ais. Agaknya badan yang dah terbiasa dengan makanan panas dan cuaca panas, mulalah menjejaskan kesihatan ummi. Namun izin Allah, suara ummi yang serak berperanan pulak menzahirkan citarasa yang hiba dan terharu bila ummi membawa cerita-cerita dari Rasulullah SAW. Bukan ada maksud ummi untuk menyedihkan anak-anak dan sahabat semua cuma ummi perlukan sentuhan hati kalian demi mengembalikan perjanjian kita dengan Allah. Ummi ingin hidupkan panggilan-panggilan jihad dalam diri anak-anak. Ruang dan peluang merebut pahala yang sangat ummi harapkan untuk menjadi kenyataan dalam setiap kehidupan kalian. Kita punya misi utama untuk mendapatkan Jannah dan bertemu dengan Allah. Namun sudah tentu kita perlu tunaikan misi membangunkan tamaddun terlebih dahulu demi memartabatkan syiar Islam. Kita semua kena bersatu untuk membina peradaban ini. Dan, untuk saling mengukuhkan di antara kita, perlulah setiap dari kita menjadi yang terbaik pada setiap ketika dan waktu. Menjadi muslim yang mukmin. Menjadi ummat yang Rasulullah rindukan untuk bertemu…

Ramai anak-anak dari MISG dan sahabat-sahabat baru dari IMSA yang sempat ummi jumpa dan berkenalan di muktamar. Ummi jugak diberi kesempatan berkenalan dengan beberapa orang speakers lain yang jugak dari Malaysia…saudara Azman Hussain, YB Nik Nazmi, Dr Azly Rahman dan Fazrul . MasyaAllah..mereka semuanya hebat! Berpeluang juga ketemu sahabat-sahabat yang selama ini hanya berkomunikasi melalui emel. Zabidi dan Amir Razelan. Syukur Alhamdulillah. Khas untuk Nazirah Mohd Khairi yang kini mantan ameerah MISG, ummi ucapkan jutaan terima kasih kerana membantu menjadikan impian ummi menjadi kenyataan. Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua. We would never have made it without all of you …pasti dengan izinNya… Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiiin.



Untuk Abdul Hakim dan anak-anak semua….ummi sudah mula merindukan kalian. Terus doakan kami diberi kekuatan dan ketabahan dalam memenuhi amanah Allah ini. Moga kalian terus disuntik semangat juang yang tinggi.

Nukilan
ummiroses

Jumaat, Januari 23, 2009

CINTA:ANTARA FITNAH DAN FITRAH...



for more klik http://www.youtube.com klik cinta:antara fitnah dan fitrah

Rabu, Januari 21, 2009

GANDINGAN HEBAT...

"Mah, tengok tv3, ada ummi mah dalam al-kulliyah"...lebih kurang gitula mesej yang masuk ke my phone petang jumaat yang lalu - from my sister nun jauh di Pahang ...masa tu ada di program daurah murabbi..mula2 berkerut juga bila baca, ummi mana plk ni?...tp alhamdulillah my memory still not effect much with the thyroid disease, boleh agakla kan ummi mana lagi yang selalu masuk tv ni kalau bukan ummiroses (hehehe, my family tak tahu nama glamor ummiroses, just know ummi as I called and they never see ummi lagi depan-depan, ermmm...bila ummi nak dtg ke teratak buruk saya ni yer?)...

5 hari berlalu, kesibukan kerja menyebabkan saya tak sempat pun nak tengok rakaman al-kulliyah tersebut dalam web...maklumla sekarang kalau tertinggal rancangan dalam tv, tak perlu risau sebab dah ada tv3.com.my, tv9.com.my dan sebagainya...dan hari ni sambil-sambil buat kerja, menyempatkan juga untuk tengok...wah! rupanya ummi digandingkan dengan orang yang cukup hebat, ustaz idola...so rupanya al-kulliyah 16 januari 2009 menampilkan dua orang tokoh dari ALKIS...dan sememangnye topik yang dibincangkan sangat panas...AKIBAT CINTA...akibat cinta ni boleh membawa kepada redha Allah seperti mana rakyat terutama pemuda Palestin sekarang yang berjuang demi cinta mereka kepada agama Allah, namun akibat cinta juga boleh membawa kepada kehancuran diri, agama, bangsa dan negara jika cinta itu tidak diletakkan pada yang hak seperti mana pemuda yang ada di depan mata kita hari ini dibumi Malaysia yang penuh mewah ni...ayuh sama-sama kita renungkan...moga kupasan tajuk itu memenuhi kehendak semasa yang mana perlunya lebih banyak lagi kerja amar maaruf nahi mungkar, mengislahkan semula remaja-remaja yang menjadi harapan kita semua...

kepada yang masih belum tengok rakaman ini boleh la ke www.tv3.com.my, klik pada catch up tv then klik al-kulliyah


Al Kuliyyah January 16 2009 from prince_87 on Vimeo.

-jauharee-

Ahad, Januari 11, 2009

DUBAI oh DUBAI....

Pemergian ummi dan seorang lagi sahabat baik ummi, kak roha ke KLIA malam 21 Disember 2008 telah dihantar oleh ahli keluarga dan jugak sekumpulan anak muda yang berjiwa kental, penuh semangat juang dan sentiasa mengukir senyuman di wajah mereka. Tak heranlah anak-anak muda ni menjadi idaman calon suami pilihan oleh kebanyakan anak-anak gadis…hehe…(mesti menyeringai la diaorang nih!) Paling mengharukan ummi, hampir kesemuanya adalah anak-anak muda yang duduk dalam kepimpinan pelajar…begitu sekali pengorbanan mereka. Makasih anak-anak!


Dah lama tak berjaulah jauh dari keluarga dan sahabat-sahabat. Masuk je kapalterbang hati ummi dah pun mulai sayu. Apa lagi mendengar suara anak yang mendoakan perjalanan umminya melalui rakaman di handphone. Enam jam perjalanan ke Dubai melalui Emirates Airline terasa singkat bila mata tertutup lena tanpa paksa. Letih sangat agaknya beberapa minggu sebelum berlepas. Macam-macam yang dikejar untuk disiapkan supaya perjalanan dan tugasan mencapai target misi.

Sampai lebih kurang jam 3 pagi Dubai melegakan ummi dan kak roha. Belum lagi masuk subuhnya…kesempatan terbaik untuk bermunajat. Kagum dengan prasarana yang sangat hebat di sana. Selesai solat kami pun bergerak menuju hentian teksi. Dingin cuaca di luar sambil membantu satu keluarga yang sarat tangannya dengan beberapa beg besar dan anak kecil sedang isterinya ke restroom sebentar. Heran agaknya dia tapi kemudian memberikan senyuman kepada ummi…agaknya kurang wanita yang sebegitu gelagatnya di sana…maklumlah wanita arab dan wanita melayu tentulah berbeza penampilan dan gerak keperihatinannya kot….hehe



Naik teksi terus kedengaran bacaan AlQuran dari peti suaranya. Sejuknya perut…Dengan susasan nyaman pagi serta belum kelihatan kesesakan lalu lintas, terdetik dalam hati… “alangkah damainya jiwaku ini…” Tak sampai pun setengah jam, dah pun tiba apartment yang kami mintak dihantar…penginapan sementara kami berada di Dubai. Tengok di meter teksi, 73 dirham…maka ummi pun terus bayar 80 kepadanya. Pemandu teksi mengambilnya dan terus bagitau kami “no change”. Takda inisiatif pun nak cari wang pulangan. Aduh! Terus hilang rasa nikmat damai tadi… Fikir ummi, jika pun tak ada wang kecik untuk dipulangkan sekurang-kurangnya boleh mohon maaf atau menunggu kami menukarnya dengan sahabat yang dah sampai dulu di sana. Itu saja ayatnya dari tadi dan terus pergi. Sangat tidak memberangsangkan semangat kami. Kalaulah begini gayanya hidup seorang muslim di negara yang menjadi kebanggaan orang Arab, maka punahlah akhlak Islam yang diterapkan oleh Ar Rasul kepada ummatnya. Contoh apa yang boleh diikut oleh non muslim jika terpedaya begini? Kemana menghilangnya nilai kejujuran…

Bertemu tuan rumah yang ingin ditumpang terasa malu pulak…hehe…rupanya kami menumpang rumah anak-anak teruna bujang (confirmed bujang tapi tak available kot…hehe). Dapat pulak bersarapan bihun goreng masakan airtangan tuan rumah…tengah kelaparan ni apa pun masuk tapi sebenarnya tuan rumah memang pandai masak. Kemudian mulalah kelihatan seorang demi seorang keluar dari bilik untuk makan pagi dan ke tempat kerja. Uisy! Rupanya 11 orang duduk serumah tu! Satu dari bilik mereka telah dikorbankan untuk kami berlapan…tiga dari kami berlepas ke Yemen menunaikan misi utama untuk International Islamic Fair (IIF) yang pada awal sepatutnya diadakan di Dubai. Inilah jugak antara sebab kenapa kami singgah tiga hari di sana. Memang niat dan tugasannya diagihkan bersama. Nampaknya kali ni tak kesampaian. Bila IIF ini ditukarkan penempatannya pada saat akhir, ummi dan kak roha memang kesuntukan masa untuk mengubah perjalanan. Namun semuanya adalah dengan kehendak dan izinNya….Akhirnya persinggahan ummi dan kak roha di Dubai menjadi acara meraikan anak-anak yang kami tumpang rumahnya. Bergilir menjadi tukang masak dengan menu yang membangkitkan selera sehingga ada yang membawa bekal ke tempat kerja….hehehe…betul-betul menikmati masakan dari Malaysia yang sudah lama tidak dikecapi. Kesempatan itu juga kami manfaatkan dengan bertaaruf dan berkongsi beberapa makanan rohani bersama mereka sebagai tanda kenangan untuk mereka pahatkan di dalam hati langsung dihayati dalam kehidupan mereka seterusnya insyaAllah. Anak-anak ini mungkin tak biasa terkumpul sebegini tapi ummi yakin they will treasure this moment deep in their hearts…


“Apa ni kak?”…persoalan yang keluar bila ummi bukakan Baklava untuk semua orang rasa. “Laa…nilah dia halawa Arab. Kalau balik Malaysia, buah tangan ini yang biasanya dibawak balik. Tak pernah makan ke? Pelik ni….kan dah lama korang duduk sini?” balas ummi. “Tak pernah tau pun makcik. Sedapla!”, beberapa anak-anak bujang rumah tu bagi respon. Agaknya sebab Baklava tu ummi pilih sendiri yang mana ummi suka, sekelip mata je ummi dah tak nampak rupanya atas meja…hehehe…tuan yang membeli pun tak merasa. Alhamdulillah…peluang untuk membeli lagi la kan… Dan inilah namanya rezeki. Kesempatan terbuka untuk membawa buah tangan ke Houston, ummi buat beberapa pilihan Baklava yang enak mewakili sahabat-sahabat yang ke Yemen jugak. Alhamdulillah, Baklava ini menjadi habuan untuk anak2 yang telah bersusah payah mengambil ummi dan kak roha di Houston. Untuk Ammar dan Alia. Mudah-mudahan buah tangan kecil ini menjadi penghubung ukhuwwah yang baru bermula.



Kepada Dr Azma, Fudhail dan family serta Hasnul dan Ani serta family yang baru kami kenali, walaupun telah berkali berhubung melalui emel dan talian telefon, ucapan ribuan terima kasih kerana sanggup berjumpa, memudahkan, meringankan dan melayan kerenah kami semua. Harap takada lah yang serik untuk menerima kami lagi jika kami ke sana lagi. Balik sini, hubungilah kami...insyaAllah kita makan-makan di sini pulak ye. Khas untuk anak-anak bujang di No 2204, Bahar 5, Jumeira Beach Residence, Dubai Marina, Dubai, ummi ucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira di atas segala kebaikan dan bantuan kepada kami semua. Moga Allah tambahkan rahmat dan keberkatanNya kepada kalian…dan semoga kalian beroleh isteri-isteri yang solehah, membina keluarga yang di redhai Allah serta melahirkan zuriat pejuang yang sentiasa berusaha keras memartabatkan syariat di muka bumi Allah ini. Pesan ummi, bergeraklah menujuNya walau di mana pun jua kalian berada kerana hidup mati kita adalah dengan izin kekuasaan Allah yang empunya kerajaan langit dan bumi. Sedang kita hanyalah hambaNya yang sentiasa mengharapkan maghfirah dariNya dan mendambakan cintaNya yang satu…..biarlah kita dijemput hanya keranaNya….Teruslah berjuang hingga bertemu syahid!

Nukilan
ummiroses

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS