Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Selasa, Oktober 28, 2008

DIJEMPUT ALLAH



15 Oktober - Awal pagi terima sms Pak Amin dalam keadaan kritikal…aduh…baru saja berhajat untuk menziarahi beliau petang nanti. Temujanji yang semakin bertambah sebaik habis Ramadhan ini menjadikan masa ummi semakin terhad. Memikirkan pulak keadaan lalu lintas yang sesak selepas waktu kerja menangguhkan niat untuk ke hospital serdang sejak mendengar Pak Amin masuk wad. Tapi ini semua bukan alasan yang terbaik untuk tidak menziarahi beliau langsung. Menyesal datang apabila ummi buka emel yang tiba dua minit kemudian…Pak Amin telah kembali menemui Allah….rasa kehilangan mendatang!

Pak Amin yang ummi kenal memang sangat suka berdebat..he’s got a very critical thinking… I like that! But at times I really have to admit that his words got on my nerves…hehehe. Pak Amin was a very committed man. Bayangkan umurnya sudah melampaui 70an tapi tak pernah merungut untuk berhenti dari menjalankan amanah dan tanggungjawabnya kepada Allah. Malu jugak kita orang muda ni (consider muda la kan…) yang selalu bagi banyak alasan untuk berlepas tangan dari memenuhi tuntutan…

Baru je pegang handphone nak call isterinya kak zainab, tup tup terbaca emel terkini Pak Amin telah dijemput Allah. Innalillahi wainna ilaihi raaji’uuun. Moga rohnya termasuk dalam golongan yang abrar dan para solehin. Terus ummi call kak zainab and got the news straight away. Ummi terus bagitau setiausaha JIM Gombak dan mohon dimasukkan ke dalam yahoogroup JG net sebagai pemberitahuan kepada sahabat-sahabat yang lain. Ummi sms suami yang berada jauh di Saudi memberitahu berita terkini ini.

Pak Amin was his good friend..emmm…not just good but very good. He knows what’s his likes and dislikes.He got Pak Amin some orchids when he’s in Sarawak. Pak Amin was very delighted and gave me some of his rare species. Wow! This is what I like most about Pak Amin. He shared many good things with us. Not just things…I mean we shared the ideas walaupun kadang-kadang terpaksa bertekak-tekak dulu..hehehe…bunyi macam nak gaduh but that was what made us more close together. My husband is sure to miss him most…I know.

Ummi terus ke tanah perkuburan since dah terlewat masa. Hujan lebat di ketika itu. Masuk je ke kawasan perkuburan, kelihatan ramai sahabat-sahabat dari ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s) pun hadir. Subhanallah..Alhamdulillah. He’s a great man and a great loss to JIM too. Bila kak zainab ternampak ummi, dia datang dan peluk ummi dan membisik, “ros, maafkanlah Pak Amin ye for what he has done before…” Alahai..rasa nak nangis betul masa tu...he has done nothing wrong to me or others…I really admired his commitment towards da’wah and I pray no other except Jannatul Firdaus for him insyaAllah! Moga Allah berikan kekuatan kepada kami sepertimana kekuatan yang ada pada Pak Amin selama dia berjuang memartabatkan syariat semasa hayatnya.

21 Oktober – Terima panggilan dari Mazidah, anak saudara yang duduk di Petaling Jaya. “maksu…ayah dah tak ada. Dah panggil ambulan sebenarnya untuk bawak ayah ke hospital sebab nampak ayah macam teruk sikit. Tak sempat rupanya....” Jam dah hampir pukul 7 malam. Sebak rasanya bila dengar…. Dah jadi yatim piatu anak-anak seramai 5 orang ni. Terus sms suami ummi. Abang iparnya yang meninggal ni. Kakaknya dah pun meninggalkan dunia 4 tahun yang lepas.

Ummi ke PJ bersama anak-anak lepas tunaikan solat maghrib. Sesampai di sana kelihatan jiran-jiran dah pun memenuhi rumah. MasyaAllah…taman perumahan yang ummi nampak punyai semangat kejiranannya yang tinggi. Arwah kakak ipar sangat peramah dan sangat disenangi jiran-jiran dan rakan-rakan setugas. Perginya 4 tahun lepas tak sikit pun meleraikan ikatan ukhuwah di kalangan jiran-jiran ini. Ummi kenal mereka ni sebab selalu kelihatan bersama kakak ipar semasa hayatnya yang sangat aktif dalam NCWO…dan kakak ipar tak pernah lokek berkongsi cerita dan berita terkini. So, bila berjumpa mereka ni ummi dah tahu yang mana satu orangnya mengikut cerita kakak ipar. Yang paling ummi senangi, jiran-jiran ini sangat-sangat prihatin dan bercakap dengan penuh rendah diri. Taklah kita rasa canggung berada bersama mereka…they are a lot older than me but I really feel comfortable to be among them.

Di perkuburan Bukit Kiara, ummi duduk hampir dengan anak-anak yatim ini. Jarang dapat dengar talkin. Kali ni memang jelas. Imam ini yang ummi nampak memandikan dan mengapankan jenazah. Imam ini jugaklah yang mentalkinkan di perkuburan. Memang lain dari yang lain imam ni. Talkinnya bukan dibaca malah seperti memberi tazkeerah di masjid. Sangat teruja mendengar ayat-ayat yang keluar dari peringatannya. Menusuk kalbu yang hadir untuk mendengar sama. Tetiba saja airmata ummi mencurah-curah keluar…teringat amal apa yang dah dikumpulkan untuk melepaskan kita dari azab siksa di akhirat nanti… rayuan imam kepada Allah untuk si mati diampunkan dosanya dan diringankan siksaan untuk kesalahannya…menyeru yang mendengar untuk terus berada di jalanNya dan menanyakan persiapan untuk bakal dipanggil menghadap Pencipta yang terunggul…apa yang menjadi habuan si mati…mengingatkan anak-anak tentang tanggungjawab yang mesti dipenuhi demi meringankan azab si mati serta memudahkannya bertemu Allah nanti…Subhanallah! Terasa insaf betul….

Malam akhir kenduri arwah dan tahlil, ummi dan anak-anak hadir bersama. Seketika sebelum ummi naik kenderaan untuk berlepas pulang, anak bongsunya datang berjumpa ummi dan bertanya, “maksu, nak mintak tolong sikit boleh?”. “Kami ni dah takde mak dan ayah..boleh ke maksu tolong bagi nasihat dan tegur kami kalau kami ada buat silap..tolong betulkan kami ye.” Ummi jawab sambil memeluknya…”Ma, u still have me. InsyaAllah selagi maksu dan paksu ada, kita akan terus bersama susah dan senang. Just let us know”. Dia terus menangis dalam pelukan ummi…..and I loss for words there….Moga Allah terus lindungi anak-anak yatim ini dan berikan kehidupan yang terbaik untuk mereka dan kita semua insyaAllah. Amiiin ya Rabbal’aalamiiin.

nukilan
ummiroses

Rabu, Oktober 15, 2008

IKATAN MAHABBAH...

Kenduri Kawin Anak-anak


11 Oktober….mencongak dan memikirkan yang mana patut pergi dulu….kenduri Mujahid & Nihlah atau Abdullah & pasangan serta Kakaknya Fatimah & pasangan… Alhamdulillah kedua-dua kenduri ini berdekatan. Taklah terkejar. Dalam majlis Abdullah yang sebaya umurnya dengan anakanda sulong ummi (Abdul Hakim), ramailah kawan-kawan Hakim yang hadir. Rupanya ummi ni pun dah layak menjadi ibu mertua…hehehe…(pikir dalam hati je nih..) Tahniah kepada Abdullah yang akan meneruskan studynya di Mesir dan kakaknya Fatimah yang juga akan terus kembali menyambung pelajarannya di Indonesia. Di Bukit Antarabangsa di mana berlangsungnya majlis perkahwinan Mujahid, kawan-kawannya sibuk nak menjadi pengapit…akhirnya menjadi pengapit secara shift…hahaha! Bukan main kacak lagi masing-masing. Tak tahu la pulak kalau ada yang terjumpa calon dalam majlis kenduri tu. Mujahid dan Nihlah ni pulak sebaya dengan anakanda kedua ummi, Maisarah. Semua mereka ni masih belajar di UIAM. Perkahwinan muda yang digalakkan apabila dah sampai masanya… Alhamdulillah! Moga terus terjalin mawaddah wa rahmah dan terbina keluarga solehah yang diredhai Allah SWT.



Beraya Sana Sini…

Selagi tak habis Syawal, selagi tu la tak sudah beraya..emm… hebat...hebat orang Malaysia! Alhamdulillah raya kali ni menampakkkan beberapa perbedaan. Bukan setakat juadah raya saja diambil kira malah siapa yang patut hadir dihitung-hitung supaya jangan ada nama yang tertinggal! Maklumlah dah makin ramai kenalan. Inilah yang kita namakan ikatan ukhuwwah. Dalam pada itu, kenalan baru dan lama diajak duduk bersama agar masing-masing dapat melebarkan persahabatan dan elok sangat untuk business matching. Wah! Serampang bermata-mata nih! Paling cantik kunjungan raya ini juga dapat menyebarluaskan islah dan dakwah…baru terasa lazat dan ni’mat santapan rohani dan jasmani!

11 Oktober...sebaik habis memenuhi undangan perkahwinan anak-anak muda, bekejar pulak ke rumah baru sahabat baik, Mas Ahmah di Bandar Country Homes, Rawang. Agaknya menyambut sekali house warming....Walaupun agak jauh, namun ikatan kasih sayang ini terus membawa kami ke sana....yang bestnya tu, kami memang dah simpan perut untuk makan di sini! Apa lagi.....yummy3x...first time makan laksa pahang yang memang power nih! TQVM Mas dan Khalil!



12 Oktober 9 pagi hingga 1 tengahari….Majlis Hari Raya JIM Pusat. Bertempat di ruang legar pejabat Ahli Parlimen Gombak, ummi dan beberapa sahabat menjadi penyambut tetamu. Mula-mula buat round la dulu kan…tengok-tengok apa makanan yang patut kita makan dan tak patut kita tinggalkan…hehehe.Jangan tak tahu...kambing golek pun ada! Tengok gambar je pun dah cukup menggiurkan...(betul ke ayat tuh?)..hehehe...kambing golek ni ditaja oleh JIM Selangor...makasih!



Seronok kerja menyambut tetamu ni….kemudian baru sedar diri bila kaki dah tak mengaku kalah. Bila dah agak berumur ni memang cepatla terasa sakit sana sini…urat je nampak macam besi stainless steel tapi rupanya besi biasa yang dah lama …cepatla karatnya. (Terpaksa mohon maaf kepada Presiden Majlis Peguam Syarie Malaysia kerana tak dapat menyambut ketibaannya...Tn Hj Zainul Rijal ini adalah junior ummi di Kolej Islam Kelang suatu ketika dulu...)

Di samping seronok bertemu sahabat-sahabat baru dan lama, ummi berkesempatan menemubual dua tetamu dari DEMA (Malaysia Youth & Students Democratic Movement), Aw Yong dan Jing Cheng . Tertarik dengan kebolehan Jing Cheng berbahasa Arab, ummi terus tanya mereka dari mana….jawapan best “kami dari DEMA, rakan KARISMA”. Syabas Amirul selaku Presiden KARISMA! Melihat kad nama mereka, terserlah kesungguhan dan keberanian anak-anak muda ini. Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people. Jika ada kesempatan, bolehlah ziarah mereka di http://demamalaysia.wordpress.com.


Ummi terpaksa mohon diri awal kerana berjanji untuk bersama sepupu yang ramai bertemu adik bongsu ayah ummi di Banting. Rupanya kali ini Pak Ancu telah menyiapkan seorang imam untuk membacakan doa selamat….untuk semua anak saudara, cucu2 dan cicit2 yang sedang mengharungi kehidupan dan tumpang gembira di atas kejayaan yang telah dicapai masing-masing. Terharunya........Memang dari dulu lagi Pak Ancu suami isteri sangat digemari di kalangan kami…Mak Ancu pulak memang terer betul memasak…memang tak rugi menjemput anak-anak sedara yang pandai-pandai makan nih! Apa-apa pun, ummi terkenangkan apakah Ramadhan dan Syawal akan datang kita akan dapat bertemu lagi seperti ini….Ummi doakan mereka terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa memperhebatkan amalan sebagai pemberat timbangan di sana nanti insyaAllah…



Allahumma Ya Allah....
Ilhamkan kami kesyukuran menerima ni'matMu
Terlalu sedikit syukur kami berbanding rahmatMu
Terlalu sedikit doa kami berbanding berkahMu
Redhailah amal ibadah kami
Tunjukkilah kami cara bersyukur yang benar
Ya Allah....
Limpahkanlah
hati yang penuh kesyukuran
ucapan yang penuh kesyukuran
sikap yang penuh kesyukuran
langkah yang penuh kesyukuran
Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.....amiiin ya Rabb

nukilan
ummiroses

Isnin, Oktober 06, 2008

SALAM KASIH DAN RINDU...

Sekilas Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre

Alhamdulillahi rabbil’aalamiiin…segala puji bagi Allah yang memilikki sekelian alam, dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya sekali lagi kami dapat mengumpulkan saudara-saudara baru kita dari pelbagai bangsa dan anutan agama sebelumnya di Dewan Persidangan Utama, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 20 Ramadhan 1429 H bersamaan 20 September 2008.

Menyambut kedatangan mereka sahaja sudah cukup menghiburkan apatah lagi menyaksikan wajah-wajah yang penuh harapan terhadap kita sebagai saudara baru mereka… Ada yang ummi mohon bantuan menjadi penyambut tetamu…sangat komited dengan tugasannya sehingga gelagatnya itu menghiburkan teman-teman ummi. Begitu terharu bila mereka datang bertemu ummi dengan pertanyaan “ya ustazah..apa yang saya boleh saya bantu ustazah?”..ayat yang sepatutnya kita yang utarakan kepada mereka…

Namun, ummi yakin saudara baru ini mahu terus bersama kita…mahu kita didik dan bimbing mereka…. mahu belajar banyak dari kita…perlukan bantuan apa pun jua bentuk sumbangannya…dan paling penting mereka mahu silaturrahim terbina…mereka mahu jadi saudara kita….

Eid Mubarak untuk semua!

Ummi mengambil kesempatan memohon ribuan kemaafaan di atas segala kesilapan yang tidak ummi sengajakan selama ini. Terutamanya bila ummi berada di kalangan anak-anak, takut-takut lupa diri…maklumlah bila dah join hal ehwal anak muda ni kadang-kadang bahasa dan gaya menjadi ranggi dan brutal…tapi selagi prinsip agama tidak tercemar, insyaAllah ummi dan kawan-kawan di RS akan terus menjadi wanita yang fundamental, professional dan kontemporari!

Alhamdulillah raya kali ini, walaupun akem (anak sulung ummi) tak dapat bersama kami semua di kampung (Taiping, Perak), kegembiraan jelas kelihatan di wajah opah dan atok (mak ayah ummi) sebab adik-adik dan sepupu sepapat akem ini banyak meringankan tugasan mereka. Dulu tu memang akem la harapan atok opah…namun alhamdulillah kali ni akem telah meninggalkan pewaris yang agak mantap…sejuk perut opah ngan atok..hehehe….(kiranya akem ni menjadi idola mereka!)


Untuk anak-anak ummi yang ramai di luar sana ….ummi tau ramai yang mahu menemani ummi…share kegembiraan dengan ummi….rasa susah hati kalau ummi sedih-sedih… selalu telefon ummi bertanyakan kabar…selalu menceriakan ummi dengan sms yang menyentuh hati ummi…well, thank you very3x much….. I really love and miss u all!

Ziarah Raya

Seronok dapat berkumpul di hari raya kedua bersama ahli JIM keluaran negeri Perak. Tak sangka pulak ramai yang pandai nyembang loghat perak…tapi yang bestnya tu masing-masing tak menjangka walaupun kenal gitu-gitu, rupanya rakyat jelata negeri Perak…ate namenye bunyi jawa, duduk pulak kat johor…manekan idak sinonim ngan tempatnye tu…rupanye ase Perak weh! Masa berjumpe memang sedap beno le nyembang telo Peraknye…anak-anak hagham tak pornah tahu bahase mak ayahnye..apeke lagi belajo….adoi…make koghang le dapat menghayati dan menjiwai loghat Perak yang indah ni…. Ada pulak yang hagham tak tau oghang Perak ni pande mbuat lemang jagung…fuuuuhhhh smemang le sedap weh! Terima kasih le bebanyak kepada sahabat (YDP Perak- Yahanis) yang beghempeh puleh membuatnya…hilang kempunan teman..


Balik Gombak seawal hari Jumaat…masih lengang KL ni. Menyiapkan keperluan suami ummi yang berlepas ke Saudi sabtu…sehari selepas tu. Anakanda Abdul Muhaimin pun balik Maahad Al Manar pagi yang sama. Sempat la kami ziarah kakak ipar di Kelang dan biras di PJ. Alhamdulillah, anak-anak saudara sentiasa tertunggu-tunggu kehadiran kami. Tahun ni, anak-anak saudara yang di PJ beraya tanpa ibu mereka dan anak saudara di Gombak (Adam) beraya tanpa ibu dan ayah…sayu hati ummi setiap kali menatap wajah mereka.

“Maksu…Adam called banyak kali tak berjawab hp tuh….Adam nak tau maksu ada kat mane…takut nanti Adam pegi maksu takde plak…”

“Alahai Adam….sori3x….maksu tertinggal hp dalam handbag…lupe plak”

“Adam ingat nanti Adam belikan maksu bluetooth la….senang nanti maksu tau ada orang call maksu…takde la sampai orang tercari-cari dan call berkali-kali….”

Ummi dah jadi emak untuk Adam juga…..

Sabtu petang….rumah dah makin lengang.. Tinggal anak-anak perempuan dan Fattah yang bongsu. Tetiba dapat panggilan dari Aizuddin…seorang alumni KISAS 2006 (ALKIS). Aizuddin, Syamel dan Muzakkir buat pertama kali bertemu dan beraya di rumah ummi. Waahhh…bagus jugak dapat ketemu anak-anak muda yang sedang tinggi semangat juangnya nih! Alhamdulillah…mudah2an pertemuan singkat ini dapat menjalinkan ukhuwah dan menarik lebih ramai lagi untuk berprogram bersama ALKIS.

Sabtu malam…ummi seronok sangat menerima kunjungan keluarga Abdullah Omar… anak yang selalu menjadi personal assistant dan bodyguard ummi di waktu susah dan senang…menggantikan akem dan muhaimin. Alhamdulillah… lama dapat berbual dengan ummi Abdullah dan adik-adiknya. Dulu, ummi memang suka betul baca dan dengar tentang abati Abdullah (IR Hj Mohd Fuad Yeoh)…sekarang keluarga ni dah menjadi sebahagian dari keluarga ummi…alhamdulillah.

Syahdu Ramadhan

Ramadhan yang berakhir kali ni tidak menjanjikan kita akan bertemu lagi…untuk sahabat-sahabat yang jauh di perantauan…jika tak kesampaian berjumpa di hari ini, kita pasti akan berjumpa di sana nanti insyaAllah…ampun maaf zahir dan batin.

“Ya Allah…rahmatilah sahabat kami seperti mana Engkau merahmati para kekasihMu, Ya Allah…andai tiada kesempatan untuk kami bertemu di dunia, maka berikan kami kesempatan bertemu di Syurga. Ya Allah…naungilah kami dengan arasyMu, kerana sesungguhnya kami telah bertemu dan berpisah keranaMu…”

Moga Ramadhan kali ini telah dapat mendidik jiwa kental untuk terus berjuang dengan sabar dan ikhlas kerana Allah SWT. Lawan tetap lawan! Menang@Syahid!

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS