Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Isnin, Februari 01, 2010

Provokasi melampau: Islam semakin dicabar!

Provokasi melampau: Islam semakin dicabar!

(sedutan dari http://www.malaysiaharmoni.com/)

a

SHAH ALAM, 29 Januari - Belum pun reda isu kalimah Allah, umat Islam di negara ini diasak lagi dengan promosi jijik apabila anak-anak gadis di institusi pengajian tinggi diajak meraikan Hari Kekasih pada pertengahan bulan hadapan dalam keadaan aib dan memualkan.

Promosi yang dikenali sebagai "no-panties promotion" ini dilaporkan oleh sebuah media utama berbahasa Inggeris dan dikatakan mendapat sambutan hangat daripada para siswi. Budaya tidak senonoh yang hendak diadakan buat pertama kali ini menghendaki pelajar-pelajar wanita terbabit tidak memakai seluar dalam pada hari berkenaan bagi membuktikan cinta sejati kepada teman lelaki mereka. Menurut laporan itu lagi, beberapa orang pelajar wanita yang ditemu bual tidak sedikit pun menunjukkan rasa terkejut, bahkan menganggap perkara tersebut isu peribadi dan mereka bebas melakukannya.

aPengarah Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal (gambar) ketika dihubungi berasa amat kesal dengan perkembangan tidak sihat ini.

"Sedih apabila membaca nama-nama pelajar yang ditemu bual itu nama Melayu dan Islam. Apa sebenarnya yang anak-anak ini mahukan? Apa yang hendak dibuktikan? Sambutan Hari Kekasih bukanlah budaya kita, malah kita tidak dituntut pun untuk menyambutnya," ujarnya.

Beliau berpendapat anak-anak gadis sekarang tidak tahu menilai erti cinta yang sebenarnya. Kekeliruan dalam mendefinisikan nilai hidup menyebabkan mereka mudah menyamakan cinta dengan seks. Justeru, mereka tidak berasa bersalah walaupun terlibat dalam aktiviti yang tidak sopan dan biadap.

"Bayangkan, mahkota atau perisai yang sepatutnya dijaga elok-elok, bolehkah kita ambil mudah dan biarkan begitu? Bila-bila masa sahaja orang boleh mengambilnya. Ini adalah sesuatu yang sangat hina."

Apa yang dilaporkan ini, menurut Rosmawati lagi, mendedahkan bahawa anak-anak ini perlu dibimbing untuk menghargai nilai-nilai diri yang sebenarnya. Mereka juga harus diajar bagaimana hendak menguruskan cinta, dan lebih penting mengenal dahulu Pencipta yang menerbitkan rasa cinta itu dalam jiwa manusia.

Raudhatus Sakinah merupakan sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja puteri. Sejak tahun 2007, pusat ini telah menjalankan kempen “Anda Bijak Jauhi Zina” yang menjadikan para pelajar sekolah-sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi sebagai golongan sasaran.

Rosmawati berharap kempen seperti ini tidak dilakukan oleh pihak Raudhatus Sakinah sahaja, tetapi oleh semua pihak, termasuk agensi kerajaan dan swasta, bagi mengelakkan golongan remaja dan belia daripada terus terjerumus ke lembah dosa dan noda.

a

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS