Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Isnin, Januari 28, 2008

RAHMAT ALLAH

Ketika mendengar tazkeerah dalam usrah baru-baru ni mengenai rahmat Allah, begitu kerdilnya terasa diri ini Dengan hanya satu rahmat Allah yang dibentangkan kepada seluruh alam adalah lebih dari mencukupi untuk kita semua nikmati….Subhanallah! Namun kenapa kita masih belum dapat merasai cukup?

Membicarakan kasih sayang yang telah Allah limpahkan kepada seluruh alam sudah cukup menjadikan kita berfikir dan terus berfikir…. Bagaimana melahirkan kasih sayang antara manusia dengan haiwan dan bagaimana menyebarkan kasih sayang sesama manusia…

Khamis lepas kak ros dikunjungi oleh 24 orang pelajar-pelajar dari kulliyah Dakwah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. Sangat berbangga dengan anak-anak yang begitu bersungguh sehingga sanggup menaiki keretapi dan bas beramai-ramai ke pejabat. Berbondong-bondong ramainya tu…namun seorang pun tidak patah semangat dek kerana keletihan, malah kak ros lihat mereka begitu eager untuk melaksanakan projek besar bersama Raudhatus Sakinah siap dengan kempen Anda Bijak Jauhi Zina! MasyaAllah…anak-anak yang penuh daya juang! Rasa kasih yang terbina menjadikan kak ros mendapat 24 anak-anak secara instant….semuanya tak kekok memanggil ummi!

Terbayang di minda, anak-anak remaja yang sentiasa menantikan kasih dan sayang kita….keperihatinan yang bagaimana harus kita curahkan ya? Menyaksikan telatah anak-anak remaja luar kawalan sahaja kita sudah rasa bingung! Apatah lagi mau melahirkan teguran kasih di atas perlakuan-perlakuan sumbang itu…. kasihan anak-anak remaja yang tidak ditegur dan dibimbing itu akan terus-terusan melakukan kemungkaran...

Langsung teringat kepada satu sesi ceramah malam Ahad baru-baru ini oleh Dr Robiah Hamzah tentang Spiritual Parenting. Aduh! Begitu sekali manusia zaman ini jika menyatakan sesuatu kebanyakannya tidak menzahirkan melalui riak wajah atau gerak tubuh badannya. Dalam ertikata lain, tak seiring yang disebutkan melalui mulutnya dengan aksinya. Katanya suka/gembira tapi wajahnya serius seperti tak ada perasaan yang lahir darinya. Itulah antara kenapa ramai di antara kita yang selalu saja tersilap memikirkan perasaan orang lain sedangkan kita sendiri tidak boleh kenal pasti perasaan sendiri. Bagaimana mungkin untuk memahami perasaan orang lain sedangkan perasaan sendiri tidak diurus dengan betul. Banyak lagi rupanya yang harus dipelajari untuk kita zahirkan teguran melalui kasih sayang ini kanand it really needs some practice here.

Alhamdulillah, untuk 2 hari hujung minggu yang lepas , seramai 5 pelatih RS telah diberi peluang dan kesempatan oleh ESQ Leadership Training Centre untuk mengikuti ESQ Teens…..everything sponsored! MasyaAllah! Kedua-dua hari anak-anak ini ditemani oleh sahabat baik kami, Hamisah (Along) yang sanggup menjadi pengiring. Alhamdulillah! And she got to stay and attend the esq teens too! Wow! Rezeki benar-benar datang dari sumber yang tidak disangka-sangka… Masa mula menghantarkan anak-anak ini, kak ros menyerahkan terus kepada tangan Puan Faridah unit Kebajikan ESQ Leadership Centre dengan penuh senyuman..seronok kerana diberi peluang emas sebegini. Sempat pulak mengikuti sesi akhir training anak-anak ini setelah bekejar dari Putrajaya. Penat tetapi setelah dapat menghayati beberapa ketika dalam doa penutup bersama anak-anak ini, hati terasa begitu syahdu sekali… anak-anak ini dikembalikan kepada kak ros dan Hamisah (pengurus) dengan pelukan dan airmata…kamilah emak dan ayah mereka di saat itu…. dan dengan airmata juga mereka memujuk, “ummi janganlah nangis…..” Tak terkata....

Nikmatnya kasih sayang ini juga benar-benar terasa semalam (Ahad 27 Januari 2008) bila dapat mengumpulkan hampir semua ahli jawatankuasa Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2007 untuk diraikan dalam satu Majlis Sumbangsih MARS di Palm Garden. IOI Resort, Putrajaya. Bukan makanannya yang menjadi idaman tapi ukhuwah fillah yang datang bersama jiwa-jiwa berani yang telah bertungkus lumus menggerakkan islah dan dakwah demi memartabatkan syariat tu yang menjadi tarikan utama kebersamaan kami semua pada petang tersebut. Subahanallah! Alhamdulillah! Wajah-wajah yang sentiasa ceria dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam ini menjadi satu mercu tanda bahwa ramai yang mahu membantu menyebarluaskan dakwah ini apabila diberi kesempatan dan peluang…Syabas dan tahniah untuk semua jawatankuasa MARS! Moga semuanya beroleh Jannatul Firdaus….teruslah kalian beramal menuju mardhatillah! Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dengan limpahan rahmatNya insyaAllah...

Nukilan
Ummiroses @ rosmawati zainal

Isnin, Januari 21, 2008

MALUNYA PADA ALLAH



Pada saat mendengar Brother (Bro) Kamaruddin Bin Abdullah dari Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (Islamic Propagation Socitey International- IPSI) bercerita tentang kehidupannya dalam sesi Hidayah Centre Evening Talk Jumaat malam 18 Januari 2008 yang baru lepas ini, hati kak ros berkobar-kobar kembali bersemangat meneruskan kerja-kerja dakwah ni.. Macam-macam perasaan berbaur sebenarnya ………… Sedih bila dapat tahu begitu hebat ujian yang perlu ditempuh dalam mengembangkan syiar Islam. Kagum sekali dengan tindakannya yang bersahaja dalam mengusahakan pembaikan di Masjid Kapitan Keling, Jelutong, Pulau Pinang. (Bro ni bukannya kontraktor untuk membaikpulih masjid atau apa-apa yang sewaktu dengannya). Gembira sangat bila ramai pengunjung non muslim yang kembali kepada Islam. Beliau bersungguh-sungguh menarik perhatian para pelancung menceritakan tentang keindahan Islam bermula dengan mengapa kita perlu berwudhu’ dan sehingga sanggup memperdengarkan ayat-ayat AlQuran kepada pelancung bukan Islam serta menterjemahkannya…..masyaAllah dan beliau juga ditanya tentang “why are they shouting in the morning?” dan dia menjawab, “do you want me to shout again?” dan beliau melaungkan azan dengan merdu sekali lalu menterjemahkannya. Subhanallah! Yang mendengarnya langsung menitiskan airmata walaupun tak faham……… masyaAllah. Ramai yang telah beriman dengan cara yang dibawak oleh Bro Kamruddin ini. Alhamdulillah. Kak ros sendiri tak tahan mendengarnya, tiba-tiba saja airmata meleleh membasahi pipi….



Benarlah mafhum Allah dalam Surah Al Anfaal : 2 …….Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, yang sempurna imannya ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementar lah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.


Saudaraku yang dikasehi Allah, saudariku yang dikasehi Nabi…begitulah setiap kali beliau memulakan bicaranya dengan penuh kasih sayang. Teringat masa mula-mula berjumpa dengan Bro Kamaruddin ni tahun lepas, rasa macam dah kenal lama dengannya. Sangat peramah dan mudah mesra orangnya. No wonder ramai pelancong asing yang mengunjungi Masjid Kapitan Keling sangat senang padanya. Sebelum ni suami kak ros dah acapkali bercerita tentang beliau. Kata suami kak ros, “kalau ros tutup mata dan dengar suara Bro Kamaruddin ni sebijik macam suara dan nada Bro Ahmad Deedat!”…dan memang sangat benarlah kata suami kak ros ini. Infact, masa jumpa kak ros baru-baru ni seperti biasa dengan senyumannya beliau bertanya “how are you sister?”. Begitulah setiap kali berjumpa dengan sesiapa pun. Langsung bermain-main di fikiran kak ros…..kalau kita ni yang berjumpa dengan orang, malah orang asing sekalipun, cukup payah nak keluarkan sedikit senyuman.
Entah apalah yang kita kedekutkan sangat…….

Namun yang paling mengesani diri kak ros ialah apabila beliau menyentuh tentang betapa bersyukurnya bila mendapat hidayah Allah untuk kembali menemui jalan kebenaran pada usia remaja. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mempraktiskan Islam. MasyaAllah……dengan kudrat, ilmu dan pengalaman yang diperolehinya ini beliau telah pergi lebih jauh ke hadapan untuk mengislah dan berdakwah kepada orang-orang bukan Islam. Ramai di antara mereka yang telah berserah diri kembali kepada Allah. Dan kita yang sejak azali born muslim ni bagaimana? Persoalannya yang sentiasa bermain di ruang legar kotak pemikiran kak ros, “Bagaimana tuan-tuan dan puan-puan nak menjawab di hadapan Allah nanti bilamana jiran-jiran dan kawan-kawan yang tidak Islam ni memberitahu kepada Allah yang kita ni tak pernah bercerita pun tentang Islam kepada mereka apatah lagi mengajak mereka untuk kembali menghayati Islam sebagai cara hidup yang sebenarnya”…..tersentak hati kak ros…Ya Allah , malunya rasa dengan kehidupan ini! Macammana seorang yang baru mengenali Islam lebih mempraktiskannya dari orang seperti kita yang dah lama dilahirkan sebagai seorang Islam? We have to change NOW. Sampai bila kita akan terus menyaksikan kesesatan ? Tentukah ada masa untuk kita menangguhkan janji kita dengan Allah?

Untuk sahabat-sahabat yang berada di perantauan, ambillah peluang keemasan. Berada di kejauhan memberi peluang untuk kita asah bakat yang telah tersedia ada dalam membina jalinan ukhuwah baru …tautan kasih sayang kerana Allah demi menyelamatkan ummah dari terus berada dalam kesesatan yang nyata serta kepalsuan dunia.
Bila kembali ke tanahair tercinta ini, teruslah menjadi daie….

Nukilan
ummiroses@ rosmawati zainal

Khamis, Januari 17, 2008

KU TEMUI JALAN PULANG (10)

DAH JADI OPAH!
“Wahh Ros….dapat cucu lagi ya?” Gitu lah nampaknya tiap kali berangkut pelatih-pelatih RS dari hospital. Setiap kali ada kelahiran bayi, maka setiap kali itu juga akan terfikir berapa ramai lagi cucu-cucu yang akan kami terima . Bukan tu saja malah bila acapkali menemuduga anak-anak remaja yang ada masalah ni, ramai yang datang dengan membawa perut yang tak boleh ditutup dari pandangan mata lagi. Yang hairannya tu, boleh pulak anak-anak ni meneruskan kegiatan mereka...yang bekerja tetap pergi kerja, yang melepak tetap dengan ke hulu kehilir singgah mana-mana shopping complex yang penuh dengan handai taulan yang sehati sejiwa dengannya. Alhamdulillah yang memboyot sebegitu tidak memakai pakaian yang menunjukkan pusat dan seluar dalam mereka…kalau tidak, tentu la bertambah haru kita dibuatnya!


Ingat tak dulu k.ros pernah cerita tentang musim? Melahirkan ni pun ada musimnya. Setakat ini yang paling ramai adalah keluaran bulan MERDEKA. Konsep merdeka apa yang dibawak oleh anak-anak ni? Memenuhi ruang hospital yang memang padat pada ketika yang sama. Paling letih ialah masa sakitnya yang berbeza menjadikan kami keluar masuk hospital berulangkali membawa pelatih yang merengek-rengek kesakitan…takkan boleh nak ditunggu kumpul semua yang sakit dan bawak mereka sekali gus. Buatnya ada yang dah tak tahan nak beranak, siapa pulak di antara kami yang kena jadi bidan? Ni betul-betul bidan terjun! Hisy….tak tergamak memikirkan kecemasan begini.


Semua bayi yang lahir tiada yang tak comel…Subhanallah…semuanya anugerah Allah. Senarai menunggu untuk mengangkatkan bayi-bayi ni memang agak bersusun. MasyaAllah…rupanya dalam kehidupan ni ada ramai insan yang Allah izinkan sangat budiman untuk berkongsi masa, harta dan kasih sayang…. membesarkan, mendidik serta membimbing bayi-bayi kelahiran pelatih RS. Subhanallah! Alhamdulillah! Inilah ketentuan dan anugerah Allah. Bagaimana pun, bagi pihak pengurusan RS, semua bayi yang lahir adalah menjadi hak keluarga untuk memilih sama ada mahu terus membelanya atau menyerahkan kepada keluarga angkat. Kami hanya sebagai pengantara sahaja. Kami akan membantu mendapatkan yang terbaik dan menguruskannya mengikut undang-undang. Namun yang lebih utama, anak-anak ini akan terpelihara mengikut syariat dan menjadi anak-anak soleh wa solehah yang mendoakan ibu-ibu mereka yang telah bertaubat nasuha untuk tidak kembali mengingkari perintah Allah swt...Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiiin…


Memang sangat cantik perancangan Allah …Subhanallah! Antara yang terpilih untuk menjadi mak ayah angkat kepada bayi-bayi kelahiran pelatih RS ini adalah dari kalangan mereka yang belum dikurniakan zuriat sendiri. Kiranya yang memohon telah pun melewati 6 tahun lebih perkahwinan…maka kesunyian langsung terasa apabila setiap kali pulang berhari raya atau menghadiri keraian di kampung yang penuh dengan hiruk pikuk hilai tawa anak-anak saudara...Air mata merindui kehadiran seorang anak jangan dikenangkan lagi…sudah melebihi paras bahaya… baik isteri mahu pun suami.


"Assalamualaikum puan…saya Rosmawati dari Raudhatus Sakinah” begitu la Kak Ros memulai perbualan menalipon bakal ibu angkat untuk bayi RS. “Puan apa kabar? Masih berminat untuk mendapatkan bayi dari RS? Kami ada seorang bayi lelaki baru lahir dalam seminggu. Mak dan ayah pelatih RS ni dah bagi persetujuan untuk menyerahkan bayi kepada keluarga angkat.
Kalau puan suami isteri berminat, bolehlah confirmkan dengan saya untuk tengok bayi ni ye...” Beginilah celoteh panjang kak ros mengingatkan kembali keluarga yang telah memohon anak angkat dengan kami beberapa bulan yang dulu. Biasanya tak sampai habis satu hari kami dah pun mendapat pengesahan dari keluarga angkat untuk datang melihat dulu bayi tersebut di RS. Bila bakal mak dan ayah angkat datang untuk melihat bayi, biasanya cukup susah nak mintak mereka balik dulu sebab masing-masing rasa tak mahu melepaskan bayi tersebut. Emmm….bukan sekali dua macam ni. Bayangkan bagaimana bayi-bayi sebegini sanggup dibuang begitu sahaja seperti yang dipaparkan di dada akhbar sejak akhir-akhir ini.


Bila tiba masa penyerahan, jarang sekali tiada tangisan mengiringi malah yang menerima dan menyambut bayi ini pun beriya mengalirkan airmata…gembira mendapat anak yang dinanti-nantikan...sedih melihat ibu yang melahirkan terpaksa melepaskan bayinya…diiringi pulak dengan berbagai wasiat dan nasihat. Itu pun kalau boleh terkeluar ayat-ayat dari mulut si ibu…kalau tidak, hanya terlekat di kerongkong saja. Memang mencengkam perasaan ketika terpaksa menyaksikan drama berat ini.


Inilah bayi-bayi yang kita harapkan suatu hari nanti bakal menerajui kepimpinan negara. Bermula dengan memelihara, mendidik dan membimbing dengan penuh kasih sayang, bayi-bayi ini bakal membesar dengan ibu dan ayah yang hebat penghayatan Islamnya. Alhamdulillah…inilah ibu dan ayah yang terpilih memenuhi Jannatul Firdaus insyaAllah...k.ros yakin pewaris yang kita nantikan ini bakal ‘menyerlah jauh dari yang biasa’ dalam menggerakkan islah dan dakwah demi memartabatkan syariat di muka bumi Allah ini…Subhanallah! Terus doakan supaya Allah menerima taubat semua anak-anak di Raudhatus Sakinah dan tak lupa untuk kesejahteraan bayi yang dilahirkan...Amin....

Nukilan
Ummiroses @ rosmawati zainal

Selasa, Januari 15, 2008

Program Kunjungan Kasih ALKIS ke Raudhatus Sakinah Sungai Buloh


Program Khidmat Masyarakat IIC di Raudhatus Sakinah Sungai Buloh


Isnin, Januari 14, 2008

BERJAULAH BERSAMA SAHABAT


Keadaan rumah Bat yang terbakar...

Sahabat yang berjaulah bersama....


Inilah namanya ketentuan Illahi…Allah takdirkan seorang sahabat Bat Kamaruzzaman, bekas pelajar Kolej Islam Kelang yang telah kehilangan hampir kesemua isi rumah akibat kebakaran pada lebih kurang 2 minggu lepas di Sekinchan, Selangor. Alhamdulillah isteri, anak-anak dan abang yang tinggal bersamanya selamat dipelihara dan dilindungi Allah swt. Hiba sungguh hati kak ros bila mengenangkan betapa Bat dan keluarganya terpaksa memulai kehidupan yang telah terbina begitu lama. Namun dengan sungguh tawadhu’ dan penuh redha serta sabar, Bat telah dapat mengharungi takdir ini. Bercakap dengan Bat sendiri menjadikan diri kak ros terasa begitu kerdil sekali… “Alhamdulillah kak ros, saya rasa terharu sungguh dengan support yang datang dari sahabat-sahabat JIM dan ex Kolej Islam. Saya tak menangis bila tengok rumah saya terbakar sebab lebih dari ujian itu saya pernah rasa. Tapi saya menangis bila bertemu sahabat-sahabat…betapa ukhuwah yang terjalin erat ini menjadikan saya begitu terharu. Alhamdulillah banyak sumbangan yang saya terima dan inilah hasilnya..” sambil menunjukkan batu bata sedang dinaikkan untuk dibina penempatan sementara .. “cukuplah kalau dapat menampung untuk abang saya duduk dulu.” Sayu rasanya hati kak ros… “Apa lagi yang boleh kami bantu Bat?” Tanya kak ros lagi. “Cukuplah tu kak ros. Daripada duit sumbangan sahabat tu yang saya boleh bina ni. Doakanlah saya terus dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam iman.” Jawab Bat dengan mata yang ada sedikit air bergenang. Mungkin pertanyaan direct dari kak ros menjadikan hatinya tersentuh. Mudah-mudah2an Allah terus pelihara sahabat kita ini.


Pertama kali berjaulah bersama adik-adik ex KIK Fatkuradzi dan Nasaruddin serta Nazri dari JIM dan Roha (SUK JIM Pusat…rakan seperjuangan yang sentiasa bersama bermusafir dalam menjalankan amanah Allah) dalam sebuah Toyota Innova kepunyaan Nasaruddin dengan satu niat iaitu menziarahi Bat dan keluarga. Berbekalkan sedikit sumbangan dan beberapa barangan yang dipack semula di pertengahan perjalanan serta bualan tentang kerja-kerja jamaah yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab dan amanah Allah menjadikan kami lebih mengenali diri masing-masing.


Bukan setakat ziarah Bat malah dapat makan siput mentarang yang terkenal di Sabak Bernam dan menziarahi jugak ayah Fatkuradzi yang tinggal berhampiran. MasyaAllah, Alhamdulillah….semuanya dengan izin Allah.


Bila kenangkan kembali macammana boleh kenal adik-adik yang jauh beza umur dengan kak ros ni rasanya macam sekelip mata saja dah kenal rapat. Bermula hanya dengan mengenali di yahoogroups ALKIS dan seterusnya melibatkan mereka dengan memohon sumbangan terhadap program-program Raudhatus Sakinah. Sekarang kak ros pulak yang dilibatkan oleh Fatkuradzi sebagai booster kepada team Public Mutualnya, kak ros rasa inilah yang namanya win-win situation. Tiadalah yang lebih berbahagia melainkan kudrat yang ada ini ditempatkan secara lebih adil untuk bersama membangunkan ummah demi mendaulatkan syariat di muka bumi Allah ini. Rasa satu kepuasan dapat menjadi kakak kepada adik-adik ini.


Selalu teringat kepada sahabat-sahabat dan adik-adik di Kolej Islam yang satu ketika dulu pernah bersama dalam rombongan jaulah, baik untuk perlawanan hoki ataupun perdebatan antara sekolah-sekolah….kadang-kadang sampai hampir seminggu bersama. Kini sahabat-sahabat yang dah lama terpisah ini mungkin sukar untuk didekatkan kembali…terpisah oleh faktor keluarga ataupun jarak muka bumi yang terhapus dek pandangan mata. Kerinduan kepada sahabat-sahabat ini memang sentiasa bergelojak dalam hati. Orang macam kak ros ni mana tau simpan perasaan…berjumpa terus cakap apa yang terpendam…cumanya mungkin luahan rindu dan kasih tu terlepas dengan bersahaja tanpa ambik kira bagaimana hati si penerima. Well..I’m not going to hide anything from my friends….it’s ukhuwah fillah. Beginilah hebatnya tautan hati antara kita.

“Ya Allah…rahmatilah sahabat kami seperti mana Engkau merahmati para kekasihMu, Ya Allah…andai tiada kesempatan untuk kami bertemu di dunia, maka berikan kami kesempatan bertemu di Syurga. Ya Allah…naungilah kami dengan arasyMu, kerana sesungguhnya kami telah bertemu dan berpisah keranaMu…”


Nukilan
ummiroses @ rosmawati zainal

Khamis, Januari 10, 2008

HASBI RABBI



Allah the Almighty
Protect me and guide me
To your love and mercy
Ya Allah don't deprive me
From beholding your beauty
O my Lord accept this plea

CHORUS:
Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah

CHORUS
Hindi:
Wo tanha kaun hai
Badshah wo kaun hai
Meherba wo kaun hai
Who is the only One?
Who is the King?
Who is the Merciful?

Kya unchi shan hai
Uskey sab nishan hai
Sab dilon ki jan hai
Who is the most praised and benevolent?
Whatever you see in this world is His sign
He's the love of every soul

CHORUS
Turkish:
Affeder gunahi
Alemin padisahi
Yureklerin penahi
He is the Forgiver of all sins
He is the King of the universe
He is the Refuge of all hearts

Isit Allah derdimi, bu ahlarimi
Rahmeyle, bagisla gunahlarimi
Hayreyle hem aksam hem sabahlarimi
O Allah hear my sorrows and my sighs
Have mercy and pardon my sins
Bless my night and days

CHORUS
Arabic:
Ya rabbal ‘alamin
Salli ‘ala Tahal amin
Fi kulli waqtin wa hin
O Lord of the worlds
Send peace and blessings
On Ta-ha the trustworthy
In every time and at every instant

Imla' qalbi bil yaqin
Thabbitni ‘ala hadhad din
Waghfir li wal muslimin
Fill my heart with conviction
Make me steadfast on this Religion
And forgive me and all the believers

by Sami Yusuf (album My Ummah)

Selasa, Januari 08, 2008

NILAI SAHABAT

Ramai sahabat di sekeliling menjadikan kita rasa benar-benar berharga dan dihargai walaupun kita tak memegang apa-apa jawatan yang penting. Lega betul berkawan bukan kerana pangkat dan harta…Ada sahabat yang tak kisah pun kita dari keturunan apa..he he ada kawan cerita masa nak kawin dulu keluarga sangat mementingkan keturunan. Aaaahhhhh …apa nak diherankan…..kan kita semua dari keturunan nabi…Nabi Adam kan? Tak cukup bagus ke lagi keturunan ni…

Seronok jugak dapat sahabat yang memang tak kisah langsung perasaan kita…he he..ikut suka dia je nak cakap apa. Yang penting dia dah cakap, suka hati orang yang dengar tu nak ikut atau tidak, terasa atau tidak tu lain cerita. Yang penting mesejnye sampai. Bagus sebenarnya dapat sahabat macam ni. Banyak benda boleh kita perbetulkan bersama. Kita boleh didik hati kita untuk berlapang dada, sabar, redha, jangan perasangka….terima je la dulu. Yang baik kita jadikan tauladan. Yang tak betul, kita kenalah tolong betulkan semula. Jangan dibiarkan sahabat kita terus buat kesilapan. Tapi realitinya, ramai sahabat yang hanya mendiamkan diri kalau sahabat yang lain buat silap…alasannya tak sampai hati nak bagitahu atau takkanlah benda macam tu pun dia tak tahu! Isy..isy..sampai bila kita kan bersikap begini...


Ada sahabat yang sangat akrab menjadikan kita nampak sentiasa intim bila berada di mana-mana. Macam tak boleh dipisahkan…he he. Bagus gitu tapi bila berada di tengah masyarakat janganla asyik bersama geng sahabat kita saja. Kenalah kita beradab. Masyarakat diraikan. Lagipun mana mungkin kita dapat menjadi contoh terbaik kalau kita hanya sesama kita …nak mengajak masyarakat bersama dalam program kita nanti tentu jadi payah…takkan mananya mereka ingin nak ikut serta. Kena la pandai belajar bina rapport atau kata orang sekarang buat PR. Baru la dapat kita membantu membimbing masyarakat.


Alhamdulillah ni semua sahabat-sahabat yang duduk dekat dengan kita. At anytime boleh je kita set untuk berjumpa, pekena teh tarik kat kedai mamak, lunch or dinner date, shopping date ….emmm memang menggembirakan hati. Tapi ada sahabat yang duduk jauh entah kat mana-mana…nak menyebut nama tempat pun terbelit-belit lidah…maklumla luar negara. Bertahun tak berjumpa tentu la tak tahu macammana rupa masing-masing. Yang penting masih ingat di hati. Sahabat macam ni tak boleh nak predict. Dia masih seperti dulu yang kita kenal atau dia dah menyimpang jauh dari landasan kebiasaan hidup insan biasa seperti kita. Emmmm…tak mudah nak bayangkan. Apa lagi kalau sahabat zaman bersekolah dulu…lagi dahsyat la jurang pemisahnya. Entah masih ingat atau tidak, entahkan memang kita ni dah tiada dalam diari ingatannya. Apa pun, dia dan kita pernah menjadi sahabat suatu ketika dulu.

Sahabat yang paling baik adalah yang sentiasa mengingatkan kita tentang memperhebatkan pergantungan kita dengan Allah, muhasabah kita lillahi ta’ala, kongsi bersama kedukaan dan kegembiraan dan terus mengajak kita istiqomah dalam menggerakkan islah dan dakwah. Sempena Ma’al Hijrah ini, saya memohon berbanyak kemaafan jika ada kesilapan yang tidak disengajakan terkena atau mengena sesiapa…tujuan penulisan selama ini adalah ikhlas untuk mengajak sahabat semua bersama eratkan ukhuwah, terus lonjakkan amal dengan kerja islah dan dakwah dengan memperhebatkan amar ma’aruf dan nahi mungkar…dan yang paling penting terus munajat mengharapkan maghfirah dan rahmat Allah. Moga kita semua mencapai mardhatillah dan syahid di jalan dakwah…

Salam hormat dari sahabat yang sentiasa mendoakan semua sahabat-sahabatnya…..terutama sahabat-sahabat lama yang tak pernah padam dalam diari kehidupan


ikhlas

ummiroses @ rosmawati binti zainal

MELANGKAH KE MUHARRAM = 1429H

MY INTENTION...

10hb Jan warga Malaysia lagi sekali akan cuti umum setelah cuti tahun baru (1 Jan) yg lepas...Kali ini tahun baru Masihi (2008) dan tahun baru Hijriah (1429) serentak pada bulan yg sama, malah selang seminggu je jaraknye...bagi mereka yang masih peka dengan bulan Islam (insyaAllah harapnye masih ramai) pastinya menanti-nanti ketibaan awal muharram ini untuk diraikan...bukannye meraikan seperti anak muda meraikan tahun baru 2008 yg lepas dgn percikan api dan sebagainya...tetapi insyaAllah menanti untuk mengakhiri tahun 1428 dan melangkah ke tahun 1429 dgn doa akhir tahun dan awal tahun...bagi mereka yang terlalu sibuk @ hampir lupa dgn peristiwa penting dlm Islam @ yang tak pernah kisah dgn peristiwa Islam, diharapnye masih peka dengan muharram melalui peringatan dr corong radio, di kaca TV atau paling tidak dengan cuti umum yang diperuntukan oleh kerajaan ni...

selamat tahun baru untuk semua muslim, sahabat n ikhwah akhawat sekalian...moga tahun ini kita semua akan melangkah ke depan lebih maju lagi untuk melaksanakan dakwah n islah di muka bumi Allah ni...marilah kita sama-sama muhasabah diri kita (yg pastinye muhasabah ini bukan setakat awal muharram ni je tetapi setiap hari insy) untuk melihat adakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan sebaiknye atau tidak?...adakah kita telah berusaha sebaik mungkin untuk menyebarkan salam islam kepada persekitaran kita?...sudah berapa ramai orang sekeliling kita yang kita sudah sentuh hatinye dengan nur islam?...adakah kita sudah melakukan sebaik mungkin dalam dakwah n islah kita?...apakah telah ada usaha kita dalam amar maaruf nahi mungkar?...n mungkin byk lagi persoalan lain untuk muhasabah diri kita setiap hari yang kita sendiri akan menjawabnye...n of course after that we have the answer n action for all those question, insy...yg mana perlu dibetulkan insy sama-sama kita perbetulkan...moga niat bagi setiap pekerjaan kita setiap hari sebelum ini dan akan datang adalah kerana Allah...

I know Allah has the power...
To raise me up in their eyes if it need be...
I should always make my intention for my Lord Allah completely...
Are my intention alright...
Am I doing for Allah...
When I'm looking deep deep down inside...
Do I have the right niyyah??
(Native Deen - Intention)


http://www.deenyouknow.com/start.html
http://www.nativedeen.com/standalone/

nothing to tell just to share sikit pembacaan yg dilakukan dr buku Peribadi yang dicintai Allah; Menjadi Hamba Rabbani penulisan Dr Majdi Al-Hilali, 2005 (Penerbit: Maghfirah Pustaka)...bab iii page 45-64 - Kebutuhan Kita Terhadap Sifat Rabbani (bahasa indonesia)...
kebutuhan kita terhadap sifat rabbani hendaknye melebihi kebutuhan kita thdp makan dan minum. Antara sebab yang menguatkan hal ini ialah
1) Mewujudkan Kebahagiaan
Sifat Rabbani merupakan satu2nya jln utk mendapat kebahagiaan dgn erti yg sebenar, kebahagiaan sejati, ketenangan jiwa, keridaan dan ketenteraman.
2) Masuk ke dalam perlindungan Allah
Allah telah menjamin setiap org yg menisbatkan diri kepada Nya dan menjadi salah satu wali Nya untuk mendapatkan perlindungan, jaminan dan pembelaanNya..
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu tdk dpt berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga" (al Isra' : 65)
3) Menjamin masa depan anak
"Apakah Allah yang menciptakan itu tdk mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahsiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui" (al Mulk: 14)
4) Keselarasan dengan fitrah
Diantara sbb kebutuhan kita thdp sifat rabbani ialah menutup kekurangan yg ada dlm hati kita dan hidup sesuai dgn fitrah kita. Kerana kita tercipta sebagai hamba bukan sbg tuan-tuan yang memiliki kebebasan mutlak terhadap tubuh, harta atau semua yang menjadi milik kita.
"Tidak ada seorang pun di langit dan dibumi, kecuali akan datang kepada Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba" (Maryam: 93)
5) Kembalinya ilmu yang hilang
Abu Darda meriwayatkan Rasulullah saw bersabda , Hal pertama yang dicabut dari umat ini adalah kekhusyukan hingga engkau tidak melihat seorang pun yang khusyuk di dalamnya (HR Thabrani) - di antara sebab kebutuhan kita trhdp ke-rabbani-an adalah untuk mengembalikan ilmu ini. Hal ini tidak bisa tercapai kecuali jika hati kita berhubungan dan bersungguh-sungguh dalam menisbatkan diri kepada Allah.
6) Mendapatkan pertolongan Allah
Pertolongan Allah hanya turun kepada orang rabbani yang mempunyai hubungan baik denganNya
"Sesungguhnya telah Kami tulis di dlm Zabur sesudah tertulis dlm Luh Mahfuh, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba Ku yg saleh. Sesungguhnya (apa yg disebutkan) dlm surat ini, benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah Allah" (al-Anbiya': 105-106)
7) Dekat dgn Allah diakhirat
Kedekatan kita dgn Allah di akhirat bergantung pada kadar kedekatan dan kuatnya hubungan kita dgn Nya di dunia.
"Kamu menjadi tiga golongan, iaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsara golongan kiri itu. Orang-orang yang paling dahulu beriman. mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah)" (al-Waqiah: 7-11)

insyaAllah moga semua beroleh manfaat dr sedikit tazkirah ini...
salam muharram untuk semua...wassalam

Jauharee

Selasa, Januari 01, 2008

2007....2008

Tahun Baru...

Task Force New Year '08...salah satu usaha amar ma'aruf nahi mungkar...dakwah bersama masyarakat - untuk mengajak remaja, belia n sebagainya yang sudah rapuh imannya untuk kembali kepada erti sebenar iman n islam...satu praktikal dakwah yang mencabar dalam keghairahan semua manusia yang telah diadun dengan globalisasi menyambut tahun baru 2008...


signage 'task force new year 08' kami by Karisma, JIM, RS - penanda tempat berkumpul kami di masjid KLCC...siapkan tag 'Membina Ummah Madani' untuk batalion task force ...


suasana taman KLCC jam 5 ptg - dari petang orang ramai dah mula memenuhi tempat ini untuk sambutan malam nnti - task 1st operasi kami bermula - pemandangan masjid KLCC yang turut 'dimeriahkan' dgn sambutan ambang 2008 (forum, konsert nasyid olh Far-East n Ust Akhil Hayy)





permulaan sesi task malam yang lebih mencabar - taklimat oleh ikhwah JIM yg senior dlm dakwah (Pak cik Abd Rahim, Pak cik Hasni, Pak cik Riduan, Joanes n bberapa lagi) n juga sedikit perkongsian ttg sesi petangnye - doa agar kami terus diberi kekuatan - perbincangan gp untuk rancang strategi, strategi juga penting dlm dakwah ni (gambar akhir)


Allahuakbar!! darah muda yang sgt diimpikan seperti Usamah bin Zaid (ketua angkatan perang masa umur 17 tahun) - gerak gempur oleh Pemuda PAS n muslimat NISA'


"assalamualaikum, selamat tahun baru! tlg baca ye dik...."


kami bukannye dakwah mereka yg dtg utk smbutan tahun baru je tp kena juga betulkan pemikiran guard2 yg jaga taman KLCC ni yang melarang kami untuk edarkan sebarang risalah...


suasana padang menghadap bangunan KLCC yg dipenuhi dgn keluarga n anak2...kecil2 lagi dah didedah dgn xtvt cmni...diorang siap berkelah lg kt pdg ni



orang ramai yg memenuhi perkarangan taman KLCC - jam 11.oo malam - task last kami dan saat kami ingin beredar dari hiruk pikuk manusia disini - insy usaha kami akan diteruskan oleh rakan yg lain - slh satu aksi pasangan remaja yg tgh baca risalah yg diedarkan (gmbr akhir)


suasana di stesen LRT di KLCC - jam 11 mlm - kaunter tiket dibuka hingga awal pagi untuk menyambut tahun baru - masih ramai yang baru sampai....

Moga usaha yang sebegini akan diteruskan bukan hanya terhad di waktu perayaan ini tapi insy sepanjang masa...tenaga oleh semua lapisan masyarakat yg prihatin perlu agar masyarakat Malaysia tidak terus hanyut dengan keghairahan sebegini....

"Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar dan merekalah orang-orang yang beruntung" Ali Imran; 104

wallahualam...
Jauharee

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS