Ketika mendengar tazkeerah dalam usrah baru-baru ni mengenai rahmat Allah, begitu kerdilnya terasa diri ini Dengan hanya satu rahmat Allah yang dibentangkan kepada seluruh alam adalah lebih dari mencukupi untuk kita semua nikmati….Subhanallah! Namun kenapa kita masih belum dapat merasai cukup?
Membicarakan kasih sayang yang telah Allah limpahkan kepada seluruh alam sudah cukup menjadikan kita berfikir dan terus berfikir…. Bagaimana melahirkan kasih sayang antara manusia dengan haiwan dan bagaimana menyebarkan kasih sayang sesama manusia…
Khamis lepas kak ros dikunjungi oleh 24 orang pelajar-pelajar dari kulliyah Dakwah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. Sangat berbangga dengan anak-anak yang begitu bersungguh sehingga sanggup menaiki keretapi dan bas beramai-ramai ke pejabat. Berbondong-bondong ramainya tu…namun seorang pun tidak patah semangat dek kerana keletihan, malah kak ros lihat mereka begitu eager untuk melaksanakan projek besar bersama Raudhatus Sakinah siap dengan kempen Anda Bijak Jauhi Zina! MasyaAllah…anak-anak yang penuh daya juang! Rasa kasih yang terbina menjadikan kak ros mendapat 24 anak-anak secara instant….semuanya tak kekok memanggil ummi!
Terbayang di minda, anak-anak remaja yang sentiasa menantikan kasih dan sayang kita….keperihatinan yang bagaimana harus kita curahkan ya? Menyaksikan telatah anak-anak remaja luar kawalan sahaja kita sudah rasa bingung! Apatah lagi mau melahirkan teguran kasih di atas perlakuan-perlakuan sumbang itu…. kasihan anak-anak remaja yang tidak ditegur dan dibimbing itu akan terus-terusan melakukan kemungkaran...
Langsung teringat kepada satu sesi ceramah malam Ahad baru-baru ini oleh Dr Robiah Hamzah tentang Spiritual Parenting. Aduh! Begitu sekali manusia zaman ini jika menyatakan sesuatu kebanyakannya tidak menzahirkan melalui riak wajah atau gerak tubuh badannya. Dalam ertikata lain, tak seiring yang disebutkan melalui mulutnya dengan aksinya. Katanya suka/gembira tapi wajahnya serius seperti tak ada perasaan yang lahir darinya. Itulah antara kenapa ramai di antara kita yang selalu saja tersilap memikirkan perasaan orang lain sedangkan kita sendiri tidak boleh kenal pasti perasaan sendiri. Bagaimana mungkin untuk memahami perasaan orang lain sedangkan perasaan sendiri tidak diurus dengan betul. Banyak lagi rupanya yang harus dipelajari untuk kita zahirkan teguran melalui kasih sayang ini kan…and it really needs some practice here.
Alhamdulillah, untuk 2 hari hujung minggu yang lepas , seramai 5 pelatih RS telah diberi peluang dan kesempatan oleh ESQ Leadership Training Centre untuk mengikuti ESQ Teens…..everything sponsored! MasyaAllah! Kedua-dua hari anak-anak ini ditemani oleh sahabat baik kami, Hamisah (Along) yang sanggup menjadi pengiring. Alhamdulillah! And she got to stay and attend the esq teens too! Wow! Rezeki benar-benar datang dari sumber yang tidak disangka-sangka… Masa mula menghantarkan anak-anak ini, kak ros menyerahkan terus kepada tangan Puan Faridah unit Kebajikan ESQ Leadership Centre dengan penuh senyuman..seronok kerana diberi peluang emas sebegini. Sempat pulak mengikuti sesi akhir training anak-anak ini setelah bekejar dari Putrajaya. Penat tetapi setelah dapat menghayati beberapa ketika dalam doa penutup bersama anak-anak ini, hati terasa begitu syahdu sekali… anak-anak ini dikembalikan kepada kak ros dan Hamisah (pengurus) dengan pelukan dan airmata…kamilah emak dan ayah mereka di saat itu…. dan dengan airmata juga mereka memujuk, “ummi janganlah nangis…..” Tak terkata....
Nikmatnya kasih sayang ini juga benar-benar terasa semalam (Ahad 27 Januari 2008) bila dapat mengumpulkan hampir semua ahli jawatankuasa Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2007 untuk diraikan dalam satu Majlis Sumbangsih MARS di Palm Garden. IOI Resort, Putrajaya. Bukan makanannya yang menjadi idaman tapi ukhuwah fillah yang datang bersama jiwa-jiwa berani yang telah bertungkus lumus menggerakkan islah dan dakwah demi memartabatkan syariat tu yang menjadi tarikan utama kebersamaan kami semua pada petang tersebut. Subahanallah! Alhamdulillah! Wajah-wajah yang sentiasa ceria dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam ini menjadi satu mercu tanda bahwa ramai yang mahu membantu menyebarluaskan dakwah ini apabila diberi kesempatan dan peluang…Syabas dan tahniah untuk semua jawatankuasa MARS! Moga semuanya beroleh Jannatul Firdaus….teruslah kalian beramal menuju mardhatillah! Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dengan limpahan rahmatNya insyaAllah...
Nukilan
Ummiroses @ rosmawati zainal
1 ulasan:
Selalu juga menjenguk ke blog ummi nih, tapi tak berkesempatan nak drop pape melainkan sekali menegur di ruangan chat satu masa dahulu..
tertarik dengan statement,
"Begitu sekali manusia zaman ini jika menyatakan sesuatu kebanyakannya tidak menzahirkan melalui riak wajah atau gerak tubuh badannya. Dalam ertikata lain, tak seiring yang disebutkan melalui mulutnya dengan aksinya. Katanya suka/gembira tapi wajahnya serius seperti tak ada perasaan yang lahir darinya."
juga..
"Bagaimana mungkin untuk memahami perasaan orang lain sedangkan perasaan sendiri tidak diurus dengan betul."..
Tersentuh juga dengan kalam itu. Ya, satu muhasabah barangkali. Mungkin di sini perlunya melihat di mana silapnya selama ini.
Mungkin apa yg sentiasa betul pada diri kita selama ini, malah sehingga melihat orang lain hampir semuanya salah, berpunca masalahnya di sini. IQ nyer mungkin tinggi, tapi EQ nya ntah ke mana..
Hurm..kena p ESQ gak gaya2nya nih..hehe
Catat Ulasan