Pada saat mendengar Brother (Bro) Kamaruddin Bin Abdullah dari Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (Islamic Propagation Socitey International- IPSI) bercerita tentang kehidupannya dalam sesi Hidayah Centre Evening TalkJumaat malam 18 Januari 2008 yang baru lepas ini, hati kak ros berkobar-kobar kembali bersemangat meneruskan kerja-kerja dakwah ni.. Macam-macam perasaan berbaur sebenarnya ………… Sedih bila dapat tahu begitu hebat ujian yang perlu ditempuh dalam mengembangkan syiar Islam. Kagum sekali dengan tindakannya yang bersahaja dalam mengusahakan pembaikan di Masjid Kapitan Keling, Jelutong, Pulau Pinang. (Bro ni bukannya kontraktor untuk membaikpulih masjid atau apa-apa yang sewaktu dengannya). Gembira sangat bila ramai pengunjung non muslim yang kembali kepada Islam. Beliau bersungguh-sungguh menarik perhatian parapelancung menceritakan tentang keindahan Islam bermula dengan mengapa kita perlu berwudhu’ dan sehingga sanggup memperdengarkan ayat-ayat AlQuran kepada pelancung bukan Islam serta menterjemahkannya…..masyaAllah dan beliau juga ditanya tentang “why are they shouting in the morning?” dan dia menjawab, “do you want me to shout again?” dan beliau melaungkan azan dengan merdu sekali lalu menterjemahkannya. Subhanallah! Yang mendengarnya langsung menitiskan airmata walaupun tak faham……… masyaAllah. Ramai yang telah beriman dengan cara yang dibawak oleh Bro Kamruddin ini. Alhamdulillah. Kak ros sendiri tak tahan mendengarnya, tiba-tiba saja airmata meleleh membasahi pipi….
Saudaraku yang dikasehi Allah, saudariku yang dikasehi Nabi…begitulah setiap kali beliau memulakan bicaranya dengan penuh kasih sayang. Teringat masa mula-mula berjumpa dengan Bro Kamaruddin ni tahun lepas, rasa macam dah kenal lama dengannya. Sangat peramah dan mudah mesra orangnya. No wonder ramai pelancong asing yang mengunjungi Masjid Kapitan Keling sangat senang padanya. Sebelum ni suami kak ros dah acapkali bercerita tentang beliau. Kata suami kak ros, “kalau ros tutup mata dan dengar suara Bro Kamaruddin ni sebijik macam suara dan nada Bro Ahmad Deedat!”…dan memang sangat benarlah kata suami kak ros ini. Infact, masa jumpa kak ros baru-baru ni seperti biasa dengan senyumannya beliau bertanya “how are you sister?”. Begitulah setiap kali berjumpa dengan sesiapa pun. Langsung bermain-main di fikiran kak ros…..kalau kita ni yang berjumpa dengan orang, malah orang asing sekalipun, cukup payah nak keluarkan sedikit senyuman. Entah apalah yang kita kedekutkan sangat…….
Namun yang paling mengesani diri kak ros ialah apabila beliau menyentuh tentang betapa bersyukurnya bila mendapat hidayah Allah untuk kembali menemui jalan kebenaran pada usia remaja. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mempraktiskan Islam. MasyaAllah……dengan kudrat, ilmu dan pengalaman yang diperolehinya ini beliau telah pergi lebih jauh ke hadapan untuk mengislah dan berdakwah kepada orang-orang bukan Islam. Ramai di antara mereka yang telah berserah diri kembali kepada Allah. Dan kita yang sejak azali born muslim ni bagaimana? Persoalannya yang sentiasa bermain di ruang legar kotak pemikiran kak ros, “Bagaimana tuan-tuan dan puan-puan nak menjawab di hadapan Allah nanti bilamana jiran-jiran dan kawan-kawan yang tidak Islam ni memberitahu kepada Allah yang kita ni tak pernah bercerita pun tentang Islam kepada mereka apatah lagi mengajak mereka untuk kembali menghayati Islam sebagai cara hidup yang sebenarnya”…..tersentak hati kak ros…Ya Allah , malunya rasa dengan kehidupan ini! Macammana seorang yang baru mengenali Islam lebih mempraktiskannya dari orang seperti kita yang dah lama dilahirkan sebagai seorang Islam? We have to change NOW. Sampai bila kita akan terus menyaksikan kesesatan ? Tentukah ada masa untuk kita menangguhkan janji kita dengan Allah?
Untuk sahabat-sahabat yang berada di perantauan, ambillah peluang keemasan. Berada di kejauhan memberi peluang untuk kita asah bakat yang telah tersedia ada dalam membina jalinan ukhuwah baru …tautan kasih sayang kerana Allah demi menyelamatkan ummah dari terus berada dalam kesesatan yang nyata serta kepalsuan dunia. Bila kembali ke tanahair tercinta ini, teruslah menjadi daie….
Dilahirkan 14 April 1962 di Baling Kedah, dibesarkan di Taiping, Perak, mendapat pendidikan di Treacher Methodist Girls School, Sek Raja Perempuan Ta'ayah, Kolej Islam Kelang (1980),Institut Teknologi Mara (Shah Alam), bergiat dalam kerja sosial sejak 1988 dan menjadi pengarah Pusat Bimbingan Remaja Raudhatus Sakinah
Sokongan dan dokongan yang tak pernah padam daripada suami tercinta Ab Rahim Abdul Hamid Anak-anak ummi (Abdul Hakim, Maisarah, Mashitah, Abdul Muhaimin dan Abdul Fattah) yang sentiasa bersama segala kepayahan menanti kepulangan ummi setiap kali menghadapi saat kesulitan di Raudhatus Sakinah, suatu perjuangan yang tak pernah selesai .....terima kasih kerana memahami dan bersabar ..... ummi sayang kalian semua. JOM kita sama-sama perhebatkan islah dan dakwah ini demi memartabatkan syiar Islam.
Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dari RS
Buku 'Ku Temui Jalan Pulang' - boleh dapatkan dari pej JIM
Buku Aku Ori Bukan Fotokopi
CD Aku Ori Bukan Fotokopi
Siri "Aku Ori, Bukan Fotokopi" adalah suatu usaha untuk menjana dana bagi Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah. Ia mengandungi sebuah buku dan sebuah album mini, kedua-duanya dengan tajuk yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan