7 November 2007 - Rabu
“Sakit perut la kak misah…..sakit sangat ni….” Mengadu seorang pelatih RS. “
Di RS ni, kalau dibuat perkiraan setiap seorang yang tamat tempoh bimbingan dan layak digraduasikan, kita akan terima panggilan untuk sepuluh permohonan untuk masuk dalam satu hari! Macam mana nak buat tu? Permintaan untuk memenuhi kuota di RS tersangatlah tinggi! Bila semua cawangan RS penuh, kita terpaksa merujuk ke tempat-tempat lain…tapi ada di kalangan keluarga yang tak mahu ke tempat lain…nak RS jugak. Aduh! Apalah daya kita kalau permintaan sebegini makin galak? Kenalah kita lebih proaktif berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha pencegahan ini….sebelum mereka semua pakat mintak nak masuk RS.
Seketika dulu, anak-anak RS yang mahu melahirkan kita akan bawak ke Klinik Kohilal (paling berdekatan dengan RS di Melawati ketika itu) atau pun ke Hospital KL. Beranak ni pun ada musimnya…tengok masa bila musim mengawannya….(haru betul bila guna ayat macam ni). Yang paling biasa terjadi perkara terkutuk ni ialah valentine’s day, sambutan merdeka dan tahun baru. Masa bersalinnya ada la kawan-kawan yang sama ‘due date’. Emmmm…..jenuh jugak nak handle ramai-ramai tu.
Kalau terpaksa dibawak ke Hospital KL, kenalah kami ni tunggu berjam-jam untuk settlekan satu-satu kes . Tunggu nurse, lepas tu tunggu doktor, kemudian tunggu nurse semula lepas tu kalau nasib baik, nurse tak merungut banyak, dapatlah dimasukkan ke wad…..kira-kira kalau pergi lepas isya’ insyaAllah lepas jam 1 pagi baru boleh selesai. Kadang-kadang ada pulak tambahan ayat-ayat power dari nurse di wad…tempiasnya sampai kepada kami yang mengiringi anak RS ni. Sekali tu, kak Yus (pengurus RS ketika tu) terus jumpa nurse yang berkenaan dan tanyakan apa masalahnya…(bukan nurse tu tanya masalah kami). “Tak paham ke saya ada masalah kat rumah?!” kata nurse tersebut. “Kalau ada masalah kat rumah tak payah datang keje sini dan marah-marah semua orang” jawab kak yus tenang dan selamba je. Memang ternyata ayat kak Yus lah yang lebih power sebab habis je cakap, nurse tersebut terus masuk bilik and slammed the door. Nurses yang lebih muda semua berterima kasih kepada kak Yus Thumbs up to you kak Yus!
Kemudian apabila berpindah ke Sg Buloh, anak-anak RS yang mahu melahirkan dibawak ke Putra Medical Centre (10 minit dari RS). K.ros sendiri berjumpa dengan doktor tuan punya klinik ni, Dr Zarul Izham untuk memaklumkan kondisi kita di RS. Alhamdulillah beliau adalah seorang doktor yang sangat memahami dan memberi kerjasama (siap bagi diskaun sekali) kepada kami semua. Pernah terjadi satu ketika, k.ros pergi melawat anak RS yang baru melahirkan dan mohon bantuan pekerja lelaki di situ untuk mengazankan bayi tersebut. Bermulalah persoalan demi persoalan timbul dari lelaki tersebut…k.ros menjawabnya satu persatu dengan niat supaya dia lebih memahami tugasan kita yang lebih berat ini. Sangat mendukacitakan bila dia mula bagi alasan yang pelbagai untuk tidak menyahut permohonan k.ros tadi sehinggalah terdengar kepada nurse yang baru tiba di kaunter. “Takpe kak….doktor dah azankan tadi…” sahutan dari nurse yang sangat menyentuh perasaan k.ros ketika kita sangat-sangat memerlukan bantuan. I then went into the car and I cried and cried and cried…alone. Terasa begitu dihinakan. K.ros paham sangat persepsi masyarakat terhadap anak-anak kelahiran sebegini. Mereka pikir betapa kotornya bayi-bayi seperti ni disebabkan dosa yang dikendong oleh maknya. Many of us feel awkward to help single mothers because of their sins tapi tak pikir yang bayi-bayi ini adalah suci dari dosa. I had to be strong…this children cannot see me crying. They need me more.
Ikhwah wl akhawat semua,hidup anak-anak remaja kita sangat rapuh. They needed us then and they still need us now! Bimbinglah mereka….jangan sekali-kali putus asa.
Nukilan
ummiroses@Rosmawati Zainal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan