Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Khamis, Disember 06, 2007

KU TEMUI JALAN PULANG (8)


KILAUAN PERMATA
6 Disember 2007

Anak-anak RS sangat-sangat suka kalau dibagitau ada program untuk mereka yang akan diadakan terutamanya oleh pelajar-pelajar IPT . Kalau dah dimaklumkan, asyik-asyik la bertanya sebab tak sabar menunggu kedatangan program yang berjiwa remaja ni. Alhamdulillah, banyak jugak aktiviti yang dapat kami aturkan bersama pelajar-pelajar IPT yang mahu buat kaji selidik di RS. Antara syarat utama jika mereka ingin melakukan kajian ialah mesti melaksanakan satu program bersama anak-anak di RS ni.Kita nak win-win situation. Wah! Memang seronok sebenarnya dapat merealisasikan impian anak-anak remaja yang sangat-sangat up-to-date gerak kerja mereka ketika ini….maklumlah orang yang dah dewasa ni tajuk program pun masih tak berapa catchy..

Ada satu program yang k.ros rasa patut dikongsi bersama. Sekitar bulan Mei tahun ni, kami telah dapat menyusun satu program yang memang lain dari yang lain. Masa tu apa yang terpikir ialah nak test ketahanan diri terhadap apa jua yang ditawarkan. Nak uji kecairan mereka terhadap lelaki. Nak duga tahap mana kekebalan diri mereka berani menghadapi suasana yang sangat tidak membantu memulihkan kehidupan mereka….. Duduk di rumah RS ni kita tak nampak semua tu sebab suasana yang solehah menyeliputi mereka tapi bila berada di tengah masyarakat nanti bagaimana?

Siapa ye…..emmmm……k.ros mula nampak anak-anak Karisma (Kelab Rakan Siswa Malaysia) yang begitu menonjol keaktifan mereka melaksanakan program dengan remaja di sekolah-sekolah. Begitu hebat sekali diaorang ni…ternama gitu! Kali ni k.ros nak pastikan hanya remaja lelaki sahaja yang menjalankan program ni…bersesuaian sangat dengan objektif utamanya. Dhany, Hafiz Bai, Amirul, Abdul Hakim, Faizal, Qayyim dan Abdul Majid antara yang sanggup menyahut tugasan yang agak berat ni. Bagi k.ros, bukan setakat anak-anak RS saja yang perlu diuji malah anak-anak remaja seperti mereka ni pun kena diduga ketahanan mereka sama ada akan terus istiqomah dan berani menghadapi apa jua cabaran mendatang ataupun gugur di tepi jalan sebelum sempat bertahan memperjuangkan islah dan dakwah demi menegakkan syiar Islam. Fuuuhh….ini betul-betul punya dugaan!

Misi pertama ialah menukar imej diri. Perlu ada watak-watak seperti penggoda, mulut laser, sentimental, tegas dan garang, baik dan soleh, gila-gila dan selamba. Dengan muka anak-anak yang baik ni memang susah nak pilih mana satu watak paling sesuai dengan mereka tapi ‘ala kullihal, kena jugak dilakonkan sebaik yang mungkin…pandai-pandai la nak hidup. Dengan jadual aktiviti yang sangat ketat, bermula la misi pelayaran yang penuh ombak dan angin kencang buat anak-anak Karisma….. semuanya perlu dilalui dengan tenang dan penuh sabar. K.ros yakin Allah akan menetapkan hati mereka selagi mana mereka terus berada di jalan dakwah.

Komander Abdul Hakim memang tegas. Maklumlah kena menjaga disiplin untuk diikuti oleh semua. Takde masa nak tersengih-sengih sangat dan melawak-lawak dengan anak-anak RS. Serius saja mukanya. Sangat berjaya melakonkan wataknya hingga akhir….anak-anak RS rupanya sangat respek dengan ketegasan yang tidak melampau…baru dapat nilai yang mana kaca dan yang mana permata. Dhany yang patutnya bermulut laser ni memang tak sampai hati nak teruskan ayat-ayat membelasah perasaan mereka sebab katanya “muka diaorang ni baik-baik betul la makcik ros…tak sampai hati. Tapi kalau dengan kawan-kawan atau makcik ros ni takde hal punya….” Sudahlah gitu, siap bagi pengharapan kepada anak-anak RS bahawa ramai lelaki baik (Rijaalun Kareem) di luar sana seolah menanti-nanti kehadiran mereka …. Dahsyat punya skrip tu…..Macam mana pun, k.ros suka sikap begitu sebab anak-anak kena tahu bahawa jika mereka betul-betul berubah, betul-betul bertaubat, insyaAllah akan ada lelaki yang sanggup mengambil mereka sebagai isteri…k.ros yakin!

Watak sentimental, selamba dan gila-gila yang dimainkan oleh Amirul, Faizal dan Qayyim hanya sebagai mengaburi suasana di RS tapi tak dapat melemahkan dan menarik minat anak-anak RS untuk melayani kehendak hati masing-masing yang dulunya memang dah begitu perilakunya. Anak-anak Karisma ni pun dah suspen jugak sebenarnya….“Makcik ros….hebat betul la diaorang…kami pun tak berzikir macam ni….bangun solat tiap2 malam pulak tuh…fuhh!” Semuanya baru kenal dan bermula di taman ketenangan ini…..

Ayat-ayat dan senyuman yang menggoda rupanya tak mendapat tempat di hati anak-anak RS ni…rasa tak percaya betul! Hafiz Bai tetap memegang peranannya sebagai penggoda sehingga nampak pada muka anak-anak RS satu kebencian yang meluap. Ini lah yang kita mahu lahirkan demi memenuhi syarat taubat nasuha. MasyaAllah….Subhanallah… Ya Allah…Engkau peliharalah anak-anak Raudhatus Sakinah yang benar-benar mahu kembali kepadaMu…

Abdul Majid yang sentiasa mengimami solat dengan perawakan yang begitu alim (memang wajahnya sangat sejuk dipandang) terserlah di mata anak-anak RS. Macam ramai yang jatuh hati sekejap.. . Emm….ramai jugak di kalangan kita yang mengidamkan kriteria sebegini untuk calon menantu kan? Apabila tiba agenda Lelaki Idaman …lukisan wajah Majid lah yang paling ketara.. . Kami paham sangat keadaan ini. Sebelum masuk RS, siapa pun pilihan hati tak menjadi persoalan hidup asalkan dapat berseronok tetapi bila dah mendapat musibah dan berpeluang mendapat bimbingan di RS, masing-masing telah kenal pasti dalam diri tak mahu tergadai maruah semudah itu lagi. Slot muhasabah diri sangat mengesani jiwa anak-anak ini. Bukan sekadar air mata basah menangisi segala perbuatan mungkar selama ini tetapi kesyahduan suara-suara yang meratapi, pelukan kemas sesama sendiri meraba-raba kasih dan sayang yang dah lama terpisah, sangat meruntun jiwa kami yang menyaksikannya…sedih dan pilu menyelubungi semua….

Di akhir slot Wanita Idaman, anak-anak Karisma ini telah mengisi impian pelatih RS yang telah membuktikan yang mereka bukan lagi ‘perempuan jalang ‘ yang pernah digelar oleh masyarakat .Kebebasan yang telah mereka kecapi sebelum ini rupanya tidak membantu membebaskan mereka dari azab api neraka. Mereka mahu jadi insan solehah yang sentiasa mengharapkan belas ihsan untuk tidak dipinggirkan keluarga dan masyarakat lagi. Keikhlasan yang datang selepas berusaha keras mengikis dan membuang sisa-sisa dosa terpancar dari rautan wajah dan kilauan anak mata setiap anak-anak ini Mereka mahu hidup semula…mahu kembali menghambakan diri untuk Allah. Mereka tidak mahu diambil kesempatan , tidak mahu ditipu dan tidak rela menjadi mangsa lagi. Wajarkah kita sebagai mak ayah hanya melihat tanpa membetulkan kesilapan anak-anak….bukan anak-anak kita sahaja yang k.ros maksudkan….tetapi anak-anak remaja yang kita tak pernah kenal pun, berada di mana-mana di sekeliling kita…..pernahkah kita kisahkan mereka, pedulikan mereka seperti anak-anak kita sendiri?

Untuk anak-anak Karisma ….moga Allah permudahkan urusan, ringankan beban dan anugerahkan isteri solehah untuk kalian yang telah bersusah payah dalam perkongsian program Kilauan Permata dan program-program lain yang akan datang…..

Nukilan
ummiroses@Rosmawati Binti Zainal

Tiada ulasan:

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS