Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Khamis, Januari 17, 2008

KU TEMUI JALAN PULANG (10)

DAH JADI OPAH!
“Wahh Ros….dapat cucu lagi ya?” Gitu lah nampaknya tiap kali berangkut pelatih-pelatih RS dari hospital. Setiap kali ada kelahiran bayi, maka setiap kali itu juga akan terfikir berapa ramai lagi cucu-cucu yang akan kami terima . Bukan tu saja malah bila acapkali menemuduga anak-anak remaja yang ada masalah ni, ramai yang datang dengan membawa perut yang tak boleh ditutup dari pandangan mata lagi. Yang hairannya tu, boleh pulak anak-anak ni meneruskan kegiatan mereka...yang bekerja tetap pergi kerja, yang melepak tetap dengan ke hulu kehilir singgah mana-mana shopping complex yang penuh dengan handai taulan yang sehati sejiwa dengannya. Alhamdulillah yang memboyot sebegitu tidak memakai pakaian yang menunjukkan pusat dan seluar dalam mereka…kalau tidak, tentu la bertambah haru kita dibuatnya!


Ingat tak dulu k.ros pernah cerita tentang musim? Melahirkan ni pun ada musimnya. Setakat ini yang paling ramai adalah keluaran bulan MERDEKA. Konsep merdeka apa yang dibawak oleh anak-anak ni? Memenuhi ruang hospital yang memang padat pada ketika yang sama. Paling letih ialah masa sakitnya yang berbeza menjadikan kami keluar masuk hospital berulangkali membawa pelatih yang merengek-rengek kesakitan…takkan boleh nak ditunggu kumpul semua yang sakit dan bawak mereka sekali gus. Buatnya ada yang dah tak tahan nak beranak, siapa pulak di antara kami yang kena jadi bidan? Ni betul-betul bidan terjun! Hisy….tak tergamak memikirkan kecemasan begini.


Semua bayi yang lahir tiada yang tak comel…Subhanallah…semuanya anugerah Allah. Senarai menunggu untuk mengangkatkan bayi-bayi ni memang agak bersusun. MasyaAllah…rupanya dalam kehidupan ni ada ramai insan yang Allah izinkan sangat budiman untuk berkongsi masa, harta dan kasih sayang…. membesarkan, mendidik serta membimbing bayi-bayi kelahiran pelatih RS. Subhanallah! Alhamdulillah! Inilah ketentuan dan anugerah Allah. Bagaimana pun, bagi pihak pengurusan RS, semua bayi yang lahir adalah menjadi hak keluarga untuk memilih sama ada mahu terus membelanya atau menyerahkan kepada keluarga angkat. Kami hanya sebagai pengantara sahaja. Kami akan membantu mendapatkan yang terbaik dan menguruskannya mengikut undang-undang. Namun yang lebih utama, anak-anak ini akan terpelihara mengikut syariat dan menjadi anak-anak soleh wa solehah yang mendoakan ibu-ibu mereka yang telah bertaubat nasuha untuk tidak kembali mengingkari perintah Allah swt...Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiiin…


Memang sangat cantik perancangan Allah …Subhanallah! Antara yang terpilih untuk menjadi mak ayah angkat kepada bayi-bayi kelahiran pelatih RS ini adalah dari kalangan mereka yang belum dikurniakan zuriat sendiri. Kiranya yang memohon telah pun melewati 6 tahun lebih perkahwinan…maka kesunyian langsung terasa apabila setiap kali pulang berhari raya atau menghadiri keraian di kampung yang penuh dengan hiruk pikuk hilai tawa anak-anak saudara...Air mata merindui kehadiran seorang anak jangan dikenangkan lagi…sudah melebihi paras bahaya… baik isteri mahu pun suami.


"Assalamualaikum puan…saya Rosmawati dari Raudhatus Sakinah” begitu la Kak Ros memulai perbualan menalipon bakal ibu angkat untuk bayi RS. “Puan apa kabar? Masih berminat untuk mendapatkan bayi dari RS? Kami ada seorang bayi lelaki baru lahir dalam seminggu. Mak dan ayah pelatih RS ni dah bagi persetujuan untuk menyerahkan bayi kepada keluarga angkat.
Kalau puan suami isteri berminat, bolehlah confirmkan dengan saya untuk tengok bayi ni ye...” Beginilah celoteh panjang kak ros mengingatkan kembali keluarga yang telah memohon anak angkat dengan kami beberapa bulan yang dulu. Biasanya tak sampai habis satu hari kami dah pun mendapat pengesahan dari keluarga angkat untuk datang melihat dulu bayi tersebut di RS. Bila bakal mak dan ayah angkat datang untuk melihat bayi, biasanya cukup susah nak mintak mereka balik dulu sebab masing-masing rasa tak mahu melepaskan bayi tersebut. Emmm….bukan sekali dua macam ni. Bayangkan bagaimana bayi-bayi sebegini sanggup dibuang begitu sahaja seperti yang dipaparkan di dada akhbar sejak akhir-akhir ini.


Bila tiba masa penyerahan, jarang sekali tiada tangisan mengiringi malah yang menerima dan menyambut bayi ini pun beriya mengalirkan airmata…gembira mendapat anak yang dinanti-nantikan...sedih melihat ibu yang melahirkan terpaksa melepaskan bayinya…diiringi pulak dengan berbagai wasiat dan nasihat. Itu pun kalau boleh terkeluar ayat-ayat dari mulut si ibu…kalau tidak, hanya terlekat di kerongkong saja. Memang mencengkam perasaan ketika terpaksa menyaksikan drama berat ini.


Inilah bayi-bayi yang kita harapkan suatu hari nanti bakal menerajui kepimpinan negara. Bermula dengan memelihara, mendidik dan membimbing dengan penuh kasih sayang, bayi-bayi ini bakal membesar dengan ibu dan ayah yang hebat penghayatan Islamnya. Alhamdulillah…inilah ibu dan ayah yang terpilih memenuhi Jannatul Firdaus insyaAllah...k.ros yakin pewaris yang kita nantikan ini bakal ‘menyerlah jauh dari yang biasa’ dalam menggerakkan islah dan dakwah demi memartabatkan syariat di muka bumi Allah ini…Subhanallah! Terus doakan supaya Allah menerima taubat semua anak-anak di Raudhatus Sakinah dan tak lupa untuk kesejahteraan bayi yang dilahirkan...Amin....

Nukilan
Ummiroses @ rosmawati zainal

3 ulasan:

voices in my head berkata...

Assalamu'alaikum wbk
Dear ummi roses
sebak hati membaca mengenai bayi-bayi pelatih RS. Walaupun kita membenci perbuatan ibu bapanya yang menyebabkan bayi ini lahir ke dunia (baca: zina), tapi kita tak benci dia, dan tak benci ibu bapanya.
Semoga Allah rahmati usaha-usaha ummi roses dan rakan-rakan untuk menyelamatkan mereka - bayi dan ibu.
Cuma nak tanya, semasa bayi-bayi ini lahir, adakah dilakukan azan dan iqamat di telinga mereka dan siapa yang melakukannya selalu ?

ummiroses berkata...

Salam adik

TQ for reading my writings. Alhamdulillah, yes bayi2 ini diazankan dan diiqamahkan seperti anak2 kita juga. MasyaAllah ..and it's not that easy to educate the mass about their perception towards the child. Dalam penulisan kak ros sebelum ni, i've mentioned suatu hari pernah terasa dihina sebab nak mintak baby didiazankan since ianya baru dilahirkan. Alhamdulillah the nurse came to me and said that the doctor has done it already. Alhamdulilah i introduced myself to the doctor long before that hour and the doctor really understood our situation and most of all, he did it because he practice Islam. MasyaAlllah...mudah2an Allah permudahkan urusannya dan urusan kita semua insy. TQVM for y concern.

ummiroses

SH berkata...

A;kum wbrt

Saya juga sedang mencari anak angkat memandangkan telah berkahwin selama 4-5 tahun tetapi masih boleh perolehi anak walaupun mencuba kaedah perubatan moden.

lasakweb@yahoo.com

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS