Keadaan rumah Bat yang terbakar...
Sahabat yang berjaulah bersama....
Inilah namanya ketentuan Illahi…Allah takdirkan seorang sahabat Bat Kamaruzzaman, bekas pelajar Kolej Islam Kelang yang telah kehilangan hampir kesemua isi rumah akibat kebakaran pada lebih kurang 2 minggu lepas di Sekinchan, Selangor. Alhamdulillah isteri, anak-anak dan abang yang tinggal bersamanya selamat dipelihara dan dilindungi Allah swt. Hiba sungguh hati kak ros bila mengenangkan betapa Bat dan keluarganya terpaksa memulai kehidupan yang telah terbina begitu lama. Namun dengan sungguh tawadhu’ dan penuh redha serta sabar, Bat telah dapat mengharungi takdir ini. Bercakap dengan Bat sendiri menjadikan diri kak ros terasa begitu kerdil sekali… “Alhamdulillah kak ros, saya rasa terharu sungguh dengan support yang datang dari sahabat-sahabat JIM dan ex Kolej Islam. Saya tak menangis bila tengok rumah saya terbakar sebab lebih dari ujian itu saya pernah rasa. Tapi saya menangis bila bertemu sahabat-sahabat…betapa ukhuwah yang terjalin erat ini menjadikan saya begitu terharu. Alhamdulillah banyak sumbangan yang saya terima dan inilah hasilnya..” sambil menunjukkan batu bata sedang dinaikkan untuk dibina penempatan sementara .. “cukuplah kalau dapat menampung untuk abang saya duduk dulu.” Sayu rasanya hati kak ros… “Apa lagi yang boleh kami bantu Bat?” Tanya kak ros lagi. “Cukuplah tu kak ros. Daripada duit sumbangan sahabat tu yang saya boleh bina ni. Doakanlah saya terus dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam iman.” Jawab Bat dengan mata yang ada sedikit air bergenang. Mungkin pertanyaan direct dari kak ros menjadikan hatinya tersentuh. Mudah-mudah2an Allah terus pelihara sahabat kita ini.
Pertama kali berjaulah bersama adik-adik ex KIK Fatkuradzi dan Nasaruddin serta Nazri dari JIM dan Roha (SUK JIM Pusat…rakan seperjuangan yang sentiasa bersama bermusafir dalam menjalankan amanah Allah) dalam sebuah Toyota Innova kepunyaan Nasaruddin dengan satu niat iaitu menziarahi Bat dan keluarga. Berbekalkan sedikit sumbangan dan beberapa barangan yang dipack semula di pertengahan perjalanan serta bualan tentang kerja-kerja jamaah yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab dan amanah Allah menjadikan kami lebih mengenali diri masing-masing.
Bukan setakat ziarah Bat malah dapat makan siput mentarang yang terkenal di Sabak Bernam dan menziarahi jugak ayah Fatkuradzi yang tinggal berhampiran. MasyaAllah, Alhamdulillah….semuanya dengan izin Allah.
Bila kenangkan kembali macammana boleh kenal adik-adik yang jauh beza umur dengan kak ros ni rasanya macam sekelip mata saja dah kenal rapat. Bermula hanya dengan mengenali di yahoogroups ALKIS dan seterusnya melibatkan mereka dengan memohon sumbangan terhadap program-program Raudhatus Sakinah. Sekarang kak ros pulak yang dilibatkan oleh Fatkuradzi sebagai booster kepada team Public Mutualnya, kak ros rasa inilah yang namanya win-win situation. Tiadalah yang lebih berbahagia melainkan kudrat yang ada ini ditempatkan secara lebih adil untuk bersama membangunkan ummah demi mendaulatkan syariat di muka bumi Allah ini. Rasa satu kepuasan dapat menjadi kakak kepada adik-adik ini.
Selalu teringat kepada sahabat-sahabat dan adik-adik di Kolej Islam yang satu ketika dulu pernah bersama dalam rombongan jaulah, baik untuk perlawanan hoki ataupun perdebatan antara sekolah-sekolah….kadang-kadang sampai hampir seminggu bersama. Kini sahabat-sahabat yang dah lama terpisah ini mungkin sukar untuk didekatkan kembali…terpisah oleh faktor keluarga ataupun jarak muka bumi yang terhapus dek pandangan mata. Kerinduan kepada sahabat-sahabat ini memang sentiasa bergelojak dalam hati. Orang macam kak ros ni mana tau simpan perasaan…berjumpa terus cakap apa yang terpendam…cumanya mungkin luahan rindu dan kasih tu terlepas dengan bersahaja tanpa ambik kira bagaimana hati si penerima. Well..I’m not going to hide anything from my friends….it’s ukhuwah fillah. Beginilah hebatnya tautan hati antara kita.
“Ya Allah…rahmatilah sahabat kami seperti mana Engkau merahmati para kekasihMu, Ya Allah…andai tiada kesempatan untuk kami bertemu di dunia, maka berikan kami kesempatan bertemu di Syurga. Ya Allah…naungilah kami dengan arasyMu, kerana sesungguhnya kami telah bertemu dan berpisah keranaMu…”
Nukilan
ummiroses @ rosmawati zainal
1 ulasan:
VERY, VERY WEEL, POLICE OF MALAYSIA. I LOVE THIS POLICE.
Justice for NURIN JASLIN.
insyaALLAH
Catat Ulasan