Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Rabu, Disember 26, 2007

SAJAK UNTUKMU....


PERJALANANKU DAN NOKTAHNYA


Aku pernah remaja
Aku pernah belia
Dan aku masih belia remaja

Aku ada keluarga dan ibubapa
Juga seperti kalian semua

Aku lalui kehidupan
Penuh ceria gembira tak keruan
Aku temui hitam putih kehidupan
Aku telah diajar nilai murni sekian
Juga tahu agama dan baca Al Qur’an

Sayangnya…pabila di persimpangan
Aku salah pilih kawan

Memang aku ada dua pilihan
Gembira suka ria cara ajaran Tuhan??
Gembira suka ria cara syaitan??...

Mabuk kepayang dengan jantan
Walau gusar tapi aku sayang sakan
Nasihat ayahbonda aku ketepikan
Pendek akal dan ketepikan ajaran
Taat kekasih dan keluarga dilupakan
Junjung cinta dan nikah abaikan
Buktikan sayang maruah aku gadaikan

Maka aku bukan lagi gadis idaman
Aku bukan lagi sunti rupawan
Juga tidak lagi jadi wanita pilihan
Ya…, tidak juga jadi pilihan…
Oleh taruna tampan beriman
Tapi hanya jadi buruan
Oleh lelaki yang bernafsu jantan

Habis manis sepah dibuang
Aku bukan lagi jadi sanjungan
Ibarat kain buruk gelandangan
Bahkan sarat pula dengan kandungan
Menghitung hari sembilan bulan
Gelap mataku melihat harapan
Maka tersentuh hati muhasabah ajaran
Nurani mulus mencari sinaran
Masihkah ada hari depan?....

Masihkah ada yang peduli?...
Alhamdulillah aku temui
Ya Rahim Yang Maha Pemurah Mengasihani
Raudhatus Sakinah tempat memberi
Sekelumit bakti, secangkir hati
Secebis kasih, bimbingan suci
Kasihsayang yang ku idamkan sejati
Tika aku hampir mati…
Hampir mati jiwa dan hati
Syukur atas anugerahMu Ya Ilahi…

Demi menuju pertunjukMu Ya Rabbi
Aku menadah tangan doa mukhlis suci
Ingin aku kembali bersih bak embun pagi
Airmata berderai penuh emosi
Di malam hening tahajjud pagi
Pasrah akan kasihNya bak laut tak bertepi

Juga atas kepedulian semua
Aku kuburkan segala fatamorgana
Demi ibu yang lahirkan ku ke dunia
Sakit tak terkira bersabung nyawa
Akan ku noktahkan semua noda
Dengan bersungguh taubat nasuha
Cukuplah…., di sini penghujungnya…

Ku tahu ada sinar mentari
Untukku menjadi suci kembali
Seperti bayi yang ku lahirkan ini
Tiada sebarang hitam noda warnawarni
Hanya…, putih.. bersih.. suci…

Ya Allah yang Maha Suci
Kasihanilah hambamu ini
Ku serah jasad dan batin diri ini
Haraplah diampuni buat kesekian kali
Berilah daku semula hidup ini
Akan ku jalani dengan penuh erti
Hidup Islam dan Nur Ilahi….
Dan...masih ada yang sudi

Pada diri ini...
pasti.... dengan Maha PemurahMu Ilahi
Juga itu doa ummi buat kami....

Muga ku terus akan temui…
Ketenangan sekali lagi
Kasih sayang sejati
Gembirakan bonda yang lama dirindui
Sejak dia ku rentap jantung hati
Agar…ibu turut berkongsi dua hati
Kini anakmu kembali…anakmu kembali…
Biarlah panas airmatamu membasahi pipi

Anakmu memang telah kembali
Dalam keadaan norma dan suci
Suci…., sepertimana dulu aku disusui
Tika aku langsung tidak mengerti
Juga tika tapak kakiku sebesar dua jari
Terimalah aku kembali…Ya Allah
Noktahku di sini….Amin…Aminn..
Ya Rabbal ‘alaminn……

NUKILAN ASAL : IBNI KHALID JURAIT.
IBNU TINTA ENTERPRISE ,
M-3-19, PLAZA DAMAS,
SRI HARTAMAS,
50480 KUALA LUMPUR.

KU TEMUI JALAN PULANG (9)



TEGURAN KASIH

27hb Disember 2007

“Assalamualaikum dik….dah kawin ye?"

“Isy…belum la makcik! Dia ni sekolah lagi …”sambil menunjukkan kepada makwenye yang memakai uniform lengkap sekolah. “Saya dah keje.” Sambungnya lagi.

“Laaaa…tu tangan adik ni dok meraba-raba peha ni …semua orang kat sini tengok tau. Elok benar la kalau adik keje elok-elok dan kumpul duit untuk kawin dengan dia ni…dah kawin nanti nak raba, raba la …dah halal. OK dik.”

Suasana seating yang rapat di medan selera menjadikan kebanyakan mata memandang ke arah adegan panas anak-anak remaja ni. Namun seorang pun tak bangun untuk membantah. Mata k.ros kebetulan sedang memerhati tingkah laku mereka yang sedang menikmati makanan waktu tengahari yang begitu menyelerakan….. tiba-tiba nampak ramai yang menolehkan kepala ke arah pasangan ini. Ada dua kemungkinan je tu…sama ada tumpang seronok menikmati keghairahan ini atau rasa meluat tapi hanya boleh terucap di dalam hati mereka sahaja….namun mata mereka terus memandang-mandang…

Kes lain pulak satu hari, k.ros sekeluarga memenuhi tuntutan nahi mungkar dengan mengedarkan booklet Dari Mata Turun Ke Hati di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang penuh dengan ragam manusia berbagai warna dan rupa. Dalam keseronokan tu, ada pulak sahabat baru kenal di situ bersemangat mahu turut serta mengedarkan booklet ..siap target anak-anak gadis yang pakaiannya sangat menggetarkan iman kaum lelaki.. jadi riuh rendah suasana ketika itu sebab ramai pulak yang sebegitu rupa yang perlu ditegur untuk diberikan booklet ini.. Sebaik lepas solat asar, mata k.ros tertumpu ke arah sekumpulan manusia yang sedang mendengar celoteh penjual ubat. Ada dua couple yang sangat muda berpelukan berada bersama kumpulan tersebut. Sebaik selesai penjual ubat itu berceloteh, perhimpunan tersebut mula usai. Kelihatan jelas sang lelaki muda dari sepasang couple tersebut memberikan ciumannya kepada sang gadis yang begitu merelakan! K.ros tak mampu bertahan lagi. Terus k.ros bergerak menuju ke arah mereka…”aslmk dik…dah kawin ye? Biasa la ayat K.ros sebagai membuka bicara. Sambil tersengeh mereka menjawab “eh… belum la makcik”. “Laaa…tadi makcik nampak adik ni cium dia” sambil tunjuk kepada anak gadis bertudung yang semakin menjauhkan dirinya dari pemuda tersebut.. “isy…mana ade!” Membela diri nampaknya anak lelaki ni. “ eehhh….makcik nampak la tadi, depan mata makcik ni”..jawab k.ros selamba. Terdiam sang lelaki ni kejap…. “eemm tak sengaja la makcik…” What an answer! Rasa pijar kepala menahan kemarahan melihat perbuatan tak bermoral mereka tu! Namun dgn lembut, K.ros pun bagi la tazkirah pendek sebagai halwa telinga petang tu supaya dia akan terus berhati-hati mempamerkan akhlak Islam bila dia betul-betul memilih Islam sebagai cara hidupnya. Cubalah bayangkan….jika ciuman boleh dibuat di khalayak ramai, apa lagi yang sebenarnya boleh dilakukan di luar dari penglihatan mata kita….tak kira la siang atau malam…..

Dalam satu kunjungan kasih yang dilakukan oleh alumni pelajar Kolej Islam atau ALKIS (KIM/KIK/KISAS) ke RS baru-baru ni, mereka telah didedahkan dengan pelbagai gejala sosial yang melanda di dalam negara kita sekarang. Masing-masing terkedu dengan apa yang telah dilalui oleh anak-anak remaja RS. Tak sangka begitu banyak pancaroba dunia yang begitu memainkan peranannya dengan sungguh berkesan sehingga anak-anak ini telah berjaya diperdayakan hanya dengan sekelumit janji. Janji untuk dapatkan top-up /reload prepaid pun boleh sampai kepada menyerahkan diri…..apa nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang?

Isy…isy…anak siapa tu ye? Acapkali soalan begini akan ditanya oleh orang lain pulak kepada kita. Bagaimana kita nak menjawabnya pulak tu. Cukup ke kalau menjawab .. “bukannya anak aku tu…entah anak sape entah” Bolehkah kita beroleh kepuasan dengan jawapan begini yang macam tak ada kena mengena dengan kita? Tergamak ke kita menuding jari kepada anak-anak remaja seolah-olah kesalahan yang total memang atas batu jemala mereka. Sendiri buat sendiri tanggung la! Emmmm…cuba kita check balik diri kita..

Salah seorang pelatih RS telah berkongsi suka duka ketika tenggelam dan lemas mengharungi perilaku sumbang yang akhirnya telah memesongkan aqidahnya. Sungguh –sungguh beliau mengakui kesilapannya sehingga sanggup mengenepikan ibu yang melalui jerih perih melahirkannya dan ayah yang bersusah payah mencari rezeki halal untuk membesarkannya. Bersekedudukan bersama lelaki bukan Islam yang menjanjikan pelbagai keseronokan dan wang ringgit menjadikan dia terus hanyut dibuai kepalsuan dunia. Namun, bila diminta menyatakan harapannya terhadap masyarakat… “saya sebenarnya rasa sedih, kenapa semasa melakukan semua kejahatan dan kemungkaran ni, takde satu pun suara teguran atau cuba menasihati saya sehingga saya langsung hanyut dibawak arus meninggalkan agama yang telah menjadi pegangan hidup saya dahulu. Kenapa semua orang tengok saja?” Pilu rasa hati bila terpaksa mendengar keluhan anak-anak yang telah tersasar akibat kita yang tak memainkan peranan menyeru yang ma’aruf dan mencegah kemungkaran…apatah lagi bila kemungkaran telah berada di depan mata!

Kebanyakan kita rasa macam tak mampu nak merubah dengan lisan…tak tau apa ayat paling elok dimulakan. Dek terlampau berhati-hati dan berkira-kira apa nak cakap dulu akhirnya langsung tak keluar apa-apa pun…. Agaknya apa penyebab utama yang menjadikan kita terkedu untuk mengeluarkan kata-kata teguran atau nasihat ye? Takut atau betul-betul tak tahu nak ucapkan apa-apa? Tentu ramai yang pernah rasa perasaan ini…. Mula-mula memang libang libu (cakap orang Perak tu.) perut dibuatnya…sejuk kakitangan sebab tak tau risiko apa yang bakal diterima….kena jerkah ke?.....kena penampar ke?....kena pukul ke?...paling tidak pun, dia nak dengar nasihat kita ke? Semua persoalan ni yang mengehadkan perjalanan kita untuk mengislahkan mereka yang sangat memerlukan bimbingan. Kita yang membataskan diri kita sendiri sedangkan janji-janji Allah adalah benar dalam surah Ali Imran:104 “..Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar dan merekalah orang-orang yang beruntung.” Takut yang kita bina dalam diri…takutnya tu lebih kepada manusia…bukannya takut macam mana nak menjawab di hadapan Allah nanti. Mudahnya kita lupa perhitungan Allah ni kan..

Ikhwah dan akhawat sekalian….. bagaimana perjanjian yang kita bina setiap kali kita menunaikan solat? Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Bukan sekadar menjadi hamba yang taat kepada perintah dan laranganNya malah kita juga wajib taat memenuhi segala tuntutanNya dalam amar ma’ruf dan nahi mungkar. Tepuk dada tanyalah iman.... Sehingga berjumpa lagi dalam siri yg lain insyaAllah

Nukilan

ummiroses@Rosmawati Binti Zainal

Isnin, Disember 17, 2007

JELATANG???



Salah...Teguran...Kerja Sape??

Jelatang...apa kebenda tu ye?...kalau yg biasa tgk tv mesti pernah dgr word ni or pernah tgk iklan cerita ni...n sape yg ikut cerita ni sahla tahu sgt jalan cerita nye...cerita sumbang mahram antara Suria dengan ayah tirinya (Razlan yang 20 tahun lebih muda dari ibu Suria)...bg yg takde masa nk tgk cerita ni blh baca sinopsis cerita ni dlm tv3 show ni ...jelatang kalau dalam kamus bahasa bermaksud sejenis tumbuhan (type of plant covered with hairs that cause a painful rash if touched)...tapi ada beberapa maksud lain iaitu penggangu/pengacau...

Kat sini bukanla nk mengkritik cerita or jalan cerita ni...sbb of course Malaysian punye cerita ni dah ada trade mark sendiri...mcm cerita2 yg lain dlm Samarinda, Natasya, Air mata maria & so on...cuma cerita ni yang rasanya byk pengajarannnya juga mungkin atau sememangnya menggambarkan senario masa kini yg mungkin blh dikaitkan sikit dgn RS ni...kalau dulu org marah bila dgr sumbang mahram ni (skrg pun kalau yg masih sensitif dgn agama of course marah)...tp bila tgk cerita ni, otak kena mula berjalan pikir apa dah berlaku dan bakal berlaku...cerita dimana mula-mula permasalahan sumbang mahram, kemudian hamil, gugurkan kandungan n so forth so on...dan bagi sesetangah orang x perlu tgk cerita ni pun sbb tapi dah ada depan mata kepala sendiri...masalah yg kronik berlaku dalam masyarakat kita (br semalam belajar ttg projection dlm bab population dynamic)...apa yang pentingnya dalam projection our population is to ensure that we have enough needs, resource service and other thing to give to our population dan kalau dlm kesihatan, population projection ni sgt penting utk lihat apa masalah kesihatan yang akan terjadi dan apa prevention kita untuk itu...

Dan dalam dakwah of course kita juga perlu ada projection sebegini untuk melihat apa lagi masalah yang akan timbul dgn populasi yg bertambah dr segi migrasinya dan kadar kelahiran (malah lebih teruk dgn kelahiran anak luar nikah skrg) yang kalau dibayangkan memang menakutkan...nauzubillah...adakah our dai' yang ada sekarang cukup untuk melakukan kerja-kerja Islam ni...kita bukan setakat nak projection tapi bagaimana kita sebagai dai' akan bergerak dan take action to prevent and protect our ummah dari masalah seumpama ini...

Berbalik pada cerita jelatang tadi, adakah suatu hari nnti senario itu akan jadi biasa...kt RS sekarang ni kalau tak silap tak ada lagi kes seperti cerita jelatang ni (kalau salah minta cikros perbetulkan)...tapi adakah mungkin cikros dan tenaga kerja RS yang lain akan berhadapan dgn ibu yang hantar anak remajanye sbb anak dia 'bercinta' dgn ayah tiri atau mungkin ayah sendiri (nauzubillah)...fikir-fikir kan la...

Ada satu slot (episod 19 part 3) dlm cerita jelatang yang rsnye blh kita pikir-pikirkan bersama...ttg teguran, bagaimana caranya untuk kita tegur golongan seperti ini dan bagaimana nak beri pengajaran pada yang bersalah ni...kerja sape semua ni??...kerja mereka atau kerja ustaz-ustaz je atau kerja orang jabatan agama je...mcmana cara kita nak tegur masyarakat @ mungkin saudara mara kita sendiri @ kawan-kawan kita @ jiran tetangga kita...adakah dgn cara yg mcm adik Suria ni buat...heret Suria ni g kubur n campak dlm liang lahad...atau terus menerus menghina mereka??...dan bagaimana pulak pemikiran orang seperti Suria ni yg perlu diperbetulkan....alang-alang dah buat dosa, buat jela habis-habisan...inila kerja-kerja yang RS duk buat skrg...tapi bak kata cikros mmg tak menang tgnla org2 RS ni nk buat semua tu...so anda yang tgh baca blog ni la yang kena bekerja...kita kena buat kerja bkn setakat tengok je...sama-sama bekerja untuk Islam...xleh lengah dah kita ni sbb banyak kerja kita ni...!!!Allahuakbar...InsyaAllah sama-sama kita fikirkan....wassalam

Yang salah harap diperbetulkan...Salam eiduladha...

Tulisan
Jauharee...

Ahad, Disember 16, 2007

BUKU PEMBANGUNAN JIWA



Ketika Cinta Bertasbih

‘tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!’ (Habiburrahman El Shirazy, Ogos 2007)…

novel dwilogi pembangunan jiwa tulisan Habiburrahman El Shirazy (Kang Abik) ini bisa menjadi novel kesukaan sesiapa yang membaca, seperti juga beberapa lagi novel tulisannya – Ayat-ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Di Atas Sejadah Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra, Ketika Cinta Berbuah Syurga…

Novel yang mengangkat perjuangan kehidupan seorang mahasiswa Indonesia, Abdullah Khairul Azzam yang sedang belajar di Mesir…walaupun miskin tetapi berprinsip, haus ilmu, baik hati, kuat imannya dan memiliki semangat hidup yang menyala-nyala sehingga berjaya meraih kejayaan hidup…

novel yang sgt mendidik jiwa dengan keutamaan cinta kepada Allah/entrepreneur, cinta kepada keluarga disamping cinta sesama manusia yang lain…mengajar semangat setiakawan, bantu membantu bukan sahaja dari segi lahiriah tetapi juga dari segi rohaniah/jiwa/minda…bertolongan dlm hal agama untuk sama-sama mengejar redha Allah…

sesuai sangat untuk adik-adik remaja yang masih keliru dalam mencari cinta serta keliru bagaimana cinta nak disalurkan…kemana destinasi cinta itu nak dibawa...

InsyaAllah tak jemu membacanya, percayalah…kalau yang tak minat membaca novel pun rasa mmg blh jd minat la…tapi mahu berbaldi air mata tu keluar rasanya…menangis bkn sebab jiwang ye tp sbb ia mendidik jiwa dan lebih dekat dengan Allah…kekadang rs mcm org jahat plk bila baca novel ni, semua org dlm novel tu baik sgt2 kalau nk dibandingkan dgn kita…

Novel ini juga sgt sesuai dibaca untuk mereka yang akan belajar ke luar negara, tak kira dimana pun Australia, Amerika, Canada, UK, Jerman, Mesir, Saudi Arabia atau Perancis. Yang mana perlunya ada semangat yang kuat, tekad yang kuat, iman yang teguh untuk menghadapi hidup yang tak tentu di Negara orang…

Mencintai makhluk itu sgt berpeluang menemui kehilangan, kebersamaan dengan makhluk sgt berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak. Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima atau ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dariNya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah Azza wa Jalla….

http://www.detikforum.com/showthread.php?t=8947

Bagus banget novel tulisan Kang Abik ni…bacala yer…

Wassalam

Tulisan: jauharee


Khamis, Disember 06, 2007

KU TEMUI JALAN PULANG (8)


KILAUAN PERMATA
6 Disember 2007

Anak-anak RS sangat-sangat suka kalau dibagitau ada program untuk mereka yang akan diadakan terutamanya oleh pelajar-pelajar IPT . Kalau dah dimaklumkan, asyik-asyik la bertanya sebab tak sabar menunggu kedatangan program yang berjiwa remaja ni. Alhamdulillah, banyak jugak aktiviti yang dapat kami aturkan bersama pelajar-pelajar IPT yang mahu buat kaji selidik di RS. Antara syarat utama jika mereka ingin melakukan kajian ialah mesti melaksanakan satu program bersama anak-anak di RS ni.Kita nak win-win situation. Wah! Memang seronok sebenarnya dapat merealisasikan impian anak-anak remaja yang sangat-sangat up-to-date gerak kerja mereka ketika ini….maklumlah orang yang dah dewasa ni tajuk program pun masih tak berapa catchy..

Ada satu program yang k.ros rasa patut dikongsi bersama. Sekitar bulan Mei tahun ni, kami telah dapat menyusun satu program yang memang lain dari yang lain. Masa tu apa yang terpikir ialah nak test ketahanan diri terhadap apa jua yang ditawarkan. Nak uji kecairan mereka terhadap lelaki. Nak duga tahap mana kekebalan diri mereka berani menghadapi suasana yang sangat tidak membantu memulihkan kehidupan mereka….. Duduk di rumah RS ni kita tak nampak semua tu sebab suasana yang solehah menyeliputi mereka tapi bila berada di tengah masyarakat nanti bagaimana?

Siapa ye…..emmmm……k.ros mula nampak anak-anak Karisma (Kelab Rakan Siswa Malaysia) yang begitu menonjol keaktifan mereka melaksanakan program dengan remaja di sekolah-sekolah. Begitu hebat sekali diaorang ni…ternama gitu! Kali ni k.ros nak pastikan hanya remaja lelaki sahaja yang menjalankan program ni…bersesuaian sangat dengan objektif utamanya. Dhany, Hafiz Bai, Amirul, Abdul Hakim, Faizal, Qayyim dan Abdul Majid antara yang sanggup menyahut tugasan yang agak berat ni. Bagi k.ros, bukan setakat anak-anak RS saja yang perlu diuji malah anak-anak remaja seperti mereka ni pun kena diduga ketahanan mereka sama ada akan terus istiqomah dan berani menghadapi apa jua cabaran mendatang ataupun gugur di tepi jalan sebelum sempat bertahan memperjuangkan islah dan dakwah demi menegakkan syiar Islam. Fuuuhh….ini betul-betul punya dugaan!

Misi pertama ialah menukar imej diri. Perlu ada watak-watak seperti penggoda, mulut laser, sentimental, tegas dan garang, baik dan soleh, gila-gila dan selamba. Dengan muka anak-anak yang baik ni memang susah nak pilih mana satu watak paling sesuai dengan mereka tapi ‘ala kullihal, kena jugak dilakonkan sebaik yang mungkin…pandai-pandai la nak hidup. Dengan jadual aktiviti yang sangat ketat, bermula la misi pelayaran yang penuh ombak dan angin kencang buat anak-anak Karisma….. semuanya perlu dilalui dengan tenang dan penuh sabar. K.ros yakin Allah akan menetapkan hati mereka selagi mana mereka terus berada di jalan dakwah.

Komander Abdul Hakim memang tegas. Maklumlah kena menjaga disiplin untuk diikuti oleh semua. Takde masa nak tersengih-sengih sangat dan melawak-lawak dengan anak-anak RS. Serius saja mukanya. Sangat berjaya melakonkan wataknya hingga akhir….anak-anak RS rupanya sangat respek dengan ketegasan yang tidak melampau…baru dapat nilai yang mana kaca dan yang mana permata. Dhany yang patutnya bermulut laser ni memang tak sampai hati nak teruskan ayat-ayat membelasah perasaan mereka sebab katanya “muka diaorang ni baik-baik betul la makcik ros…tak sampai hati. Tapi kalau dengan kawan-kawan atau makcik ros ni takde hal punya….” Sudahlah gitu, siap bagi pengharapan kepada anak-anak RS bahawa ramai lelaki baik (Rijaalun Kareem) di luar sana seolah menanti-nanti kehadiran mereka …. Dahsyat punya skrip tu…..Macam mana pun, k.ros suka sikap begitu sebab anak-anak kena tahu bahawa jika mereka betul-betul berubah, betul-betul bertaubat, insyaAllah akan ada lelaki yang sanggup mengambil mereka sebagai isteri…k.ros yakin!

Watak sentimental, selamba dan gila-gila yang dimainkan oleh Amirul, Faizal dan Qayyim hanya sebagai mengaburi suasana di RS tapi tak dapat melemahkan dan menarik minat anak-anak RS untuk melayani kehendak hati masing-masing yang dulunya memang dah begitu perilakunya. Anak-anak Karisma ni pun dah suspen jugak sebenarnya….“Makcik ros….hebat betul la diaorang…kami pun tak berzikir macam ni….bangun solat tiap2 malam pulak tuh…fuhh!” Semuanya baru kenal dan bermula di taman ketenangan ini…..

Ayat-ayat dan senyuman yang menggoda rupanya tak mendapat tempat di hati anak-anak RS ni…rasa tak percaya betul! Hafiz Bai tetap memegang peranannya sebagai penggoda sehingga nampak pada muka anak-anak RS satu kebencian yang meluap. Ini lah yang kita mahu lahirkan demi memenuhi syarat taubat nasuha. MasyaAllah….Subhanallah… Ya Allah…Engkau peliharalah anak-anak Raudhatus Sakinah yang benar-benar mahu kembali kepadaMu…

Abdul Majid yang sentiasa mengimami solat dengan perawakan yang begitu alim (memang wajahnya sangat sejuk dipandang) terserlah di mata anak-anak RS. Macam ramai yang jatuh hati sekejap.. . Emm….ramai jugak di kalangan kita yang mengidamkan kriteria sebegini untuk calon menantu kan? Apabila tiba agenda Lelaki Idaman …lukisan wajah Majid lah yang paling ketara.. . Kami paham sangat keadaan ini. Sebelum masuk RS, siapa pun pilihan hati tak menjadi persoalan hidup asalkan dapat berseronok tetapi bila dah mendapat musibah dan berpeluang mendapat bimbingan di RS, masing-masing telah kenal pasti dalam diri tak mahu tergadai maruah semudah itu lagi. Slot muhasabah diri sangat mengesani jiwa anak-anak ini. Bukan sekadar air mata basah menangisi segala perbuatan mungkar selama ini tetapi kesyahduan suara-suara yang meratapi, pelukan kemas sesama sendiri meraba-raba kasih dan sayang yang dah lama terpisah, sangat meruntun jiwa kami yang menyaksikannya…sedih dan pilu menyelubungi semua….

Di akhir slot Wanita Idaman, anak-anak Karisma ini telah mengisi impian pelatih RS yang telah membuktikan yang mereka bukan lagi ‘perempuan jalang ‘ yang pernah digelar oleh masyarakat .Kebebasan yang telah mereka kecapi sebelum ini rupanya tidak membantu membebaskan mereka dari azab api neraka. Mereka mahu jadi insan solehah yang sentiasa mengharapkan belas ihsan untuk tidak dipinggirkan keluarga dan masyarakat lagi. Keikhlasan yang datang selepas berusaha keras mengikis dan membuang sisa-sisa dosa terpancar dari rautan wajah dan kilauan anak mata setiap anak-anak ini Mereka mahu hidup semula…mahu kembali menghambakan diri untuk Allah. Mereka tidak mahu diambil kesempatan , tidak mahu ditipu dan tidak rela menjadi mangsa lagi. Wajarkah kita sebagai mak ayah hanya melihat tanpa membetulkan kesilapan anak-anak….bukan anak-anak kita sahaja yang k.ros maksudkan….tetapi anak-anak remaja yang kita tak pernah kenal pun, berada di mana-mana di sekeliling kita…..pernahkah kita kisahkan mereka, pedulikan mereka seperti anak-anak kita sendiri?

Untuk anak-anak Karisma ….moga Allah permudahkan urusan, ringankan beban dan anugerahkan isteri solehah untuk kalian yang telah bersusah payah dalam perkongsian program Kilauan Permata dan program-program lain yang akan datang…..

Nukilan
ummiroses@Rosmawati Binti Zainal

Ahad, Disember 02, 2007

Dari Pinggiran Raudhah Untuk Sebuah Raudhah

Assalamualaikum warahmatulLah,

AlhamdulilLah, selawat & salam untuk RasululLah, qarabah & sahabah, serta seluruh ummah . . .

Dari pinggiran Raudhah untuk sebuah raudah

Untuk anak-anak gadis muslimah penghuni sebuah raudah…

Setiap hari mata memetia langkah-langkah menuju Raudhah,

Setiap hari telinga mendengar selawat dan doa di taman Raudhah,

Setiap hari lidah mengujar salam dan cinta buat penghulu Raudhah..

السَّلاَمُ عَلى النَّـبِـيّ وَرَحْـمَةُ اللهِ وَبَرَكَـاتُه، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وعَلى عِبَادِ اللهِ الصَّالِـحِـيْن

Salam sejahtera buat Nabi,

Salam sejahtera buat diri,

Salam sejahtera buat ummah..

Sebarkanlah salam untuk seluruh alam,

sampaikanlah rahmat untuk seluruh umat..

Dari taman Raudhah ini memancar cerah,

cahaya Munawwarah, seri cahaya sirah..

Maafkanlah, hiburkanlah,

hormatilah, kasihilah,

mudahkanlah, ajarkanlah..

Demikian sudah terlakar,

dalam sejarah tunjuk dan ajar,

oleh seorang Rasul penyabar,

kini bersemadi… di sisi Raudhah… Raudhah al-Mutahharah.

Dari pinggiran Raudhah ini ku utuskan untuk sebuah raudah,

Belajarlah wahai muslimah!

Belajarlah tentang cinta dan harapan dalam ajaran Rasul Allah!

Belajarlah tentang semangat dan cabaran baginda dalam sejarah!

Belajarlah untuk bergembira dan ketawa dalam susah dan payah!

Belajarlah untuk menangis dan bersedih dalam senang dan mewah!

Lantaran hidup ini sudah tertulis untuk berbeza-beza,

berbagai warna, berbagai rasa,

berbagai corak, berbagai watak,

berbagai citra, berbagai gelora,

berbagai sakit, berbagai perit,

berbagai suka, berbagai duka,

berbagai sejarah, berbagai kerenah..

dan kita tetap harus melangkah,

menapak dengan tenang dan sakinah,

melangsai tuntas semua amanah.

Kelak nanti kita kembali… sejahtera hati dalam sakinah…

Tika senyum.. bakal terukir indah…

Belajarlah wahai muslimah,

Belajarlah memahami amanah,

Belajarlah tentang sakinah,

Moga kita bisa melangkah,

antara harap antara resah,

tangis dan tawa, di dalam sakinah.

Belajarlah di taman sakinah ini . . . Raudatus Sakinah.

Catatan pena:

Husaini al-Eidrus

15 Zulqaedah 1428 H

Madinah Munawwarah

Alumni Kolej Islam (ALKIS)


video

Ku Temui Jalan Pulang (7)




SUKARELA DAN BERKEMPEN
29 November 2007

“Fiza, macammana sekarang….rasa ok tak duduk di RS ni?” k.ros tanya kepada salah seorang pelatih baru RS. “OK ummi cumanya saya rasa macam kelas kat sini pack sangat la…tak boleh nak fokus.” Satu jawapan yang menggelikan hati k.ros. Manakan tidak, anak ni masuk ke RS atas nasihat kaunselor IPTA yang didudukkinya. Entah apalah yang dibuatnya dalam universiti selama ni…. Beginilah antara telatah anak-anak yang dibimbing di RS. Dengan kehadiran sukarelawan yang tak jemu-jemu beri pengisian kepada mereka, kros yakin anak-anak ini akan terus mendapat bimbingan terbaik demi masa depan mereka.

Dengan adanya sahabat-sahabat ini yang boleh lapangkan masa dan sanggup mengharung jalanan yang panjang untuk sampai ke RS, kros terasa sangat betapa semakin ringannya tanggungjawab yang dapat dikongsi membimbing anak-anak yang pernah tersasar ini. Allah saja yang dapat membalas jasa kalian! Terkenang juga pada awal proses mendapatkan sukarelawan atau tenaga pembimbing untuk memulihkan anak-anak di RS, sangat-sangatlah mencabar kesabaran kami. Macam-macam jawapan yang boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat membantu kami. Tapi yang paling bisa ialah persoalan-persoalan “ Kenapa kita kena tolong anak-anak macam ni?”……”Kami bukan tak nak tolong tapi tak reti la macam mana nak berdepan dengan mereka ni”…..“Buat apa susah-susah bukak tempat macam ni?” dan “Kenapa kita tolong budak-budak jahat ni.. kan banyak lagi benda yang boleh dibuat?”. Kecewa…memang kecewa. Tak terkata apa-apa pun sebenarnya ketika tu…..

Saat ini, kalau berlaku lagi persoalan yang menikam kalbu macam tu, akan terjawab dengan sentuhan-sentuhan kasih sayang dari kami di RS. Kata orang, lagi lama hidup ni lagi banyak pengalaman untuk pandai menepis/menjawab karenah persoalan….. Memang susah la kiranya nak bagi alasan untuk tidak tolong kami sekarang. Macam tu jugak bila kita handle mak ayah pelatih RS ni. Masa nakkan kita, bukan main lagi lembut segala tulang lidah mereka. Tapi bila rasa dah terselamat dari umpatan orang, macam-macam alasan akan diberi untuk keluarkan cepat-cepat anak mereka dari RS …tak kira dah perjanjian yang setahun tu! Macam ni punya orang pun ada lagi dalam dunia ni….tu yang bertambah-tambah kerja kita nak menghijrahkan seluruh isi keluarga, bukan setakat anak yang bawak masalah tu saja. Tapi yang seronok tu, jawapan-jawapan kita telah tersedia untuk mengkebumikan kehendak mengarut mak ayah sebegini. Rasa satu kepuasan dapat menzahirkan pengislahan depan mata!

Semasa kita masuk dalam gerak kerja mengislah masyarakat terutamanya sektor-sektor korporat dan agensi kerajaan untuk pasarkan kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) sekitar bulan Mei dan Jun tahun ni, macam-macam gaya respon yang kami terima. Ramai yang kata “ok let us see what we can do to help you…” tapi macam terhenti setakat itu saja . Ada jugak yang tanya “kenapa guna perkataan zina? Kan lebih baik tukar yang lembut sikit? “ Entah apalah yang nak dilembutkan … Tapi kami redah je. Setkan semua appointment jumpa ketua-ketua pengarah atau pun pegawai corporate communication atau pun chief executive officer ataupun mana-mana yang lebih besar jawatannya di syarikat/jabatan yang kami dah target. Sediakan semua power presentation supaya tak lenggang kangkung je bila berjumpa nanti. Suspen tu memang suspen la kan….tapi kami kuatkan hati (rasa kecik betul bila kena jumpa orang besar-besar), cekalkan perasaan yang berdegup deras dan kuatkan semangat supaya tak putus asa atau rasa kecewa kalau ada yang tak kisahkan kempen kita.. Guna semua saluran halal untuk dapat bertemu dengan mereka. Subhanallah…Alhamdulillah…dengan izinNya dan berkat usaha gigih semua ahli jawatankuasa Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS), banyak syarikat yang dapat kami ketemui.

Mengharungi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur tak menjadi hal kalau hati dah semakin membara untuk memasarkan kempen ABJZ kepada sesiapa saja yang sanggup bertemu dengan kami. …no turning back for us! Yang paling terkesan apabila bertemu dengan Ketua Pengarah DBKL. Sukanya dia dengan kerja-kerja dan kempen yang kita buat sehinggakan kita dapat permit menggantungkan bunting ABJZ dan promosi Malam Amal RS di sekitar bandaraya Kuala Lumpur sebanyak 200 buah! Sudahlah dikecualikan bayaran untuk dapatkan lesen penggantungan ni, siap tanya lagi apa yang kita mahu supaya program dapat berjalan lancar. Wahhh….berbunga-bunga hati kami semua! Bayangkan betapa meriahnya bunting ANDA BIJAK JAUHI ZINA di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan jalan-jalan menghala ke Cheras sepanjang bulan Julai 2007!

Ada syarikat yang memang nak bagi duit-duit zakat perolehan anak-anak syarikat mereka… yang penting kerja-kerja kita ni selari dengan tuntutan syariat dan berada dalam asnaf. Ada pengarah urusan yang nak tolong lebih lagi…dia nak tolong hebahkan kepada kawan-kawannya yang lain. MasyaAllah….bahagianya rasa bila ramai yang nak membantu begini. Ramai dari kalangan yang kita tak pernah kenal pun sebelum ni. Bukan setakat dapat kenalan baru malah hampir semua institusi dalam JIM ni kami hebahkan kepada masyarakat….terlantiklah kami ni dengan sendirinya menjadi Duta JIM!

Tabik spring betul dengan semua yang terlibat untuk MARS 2007! Mana ada seorang pun ahli jawatankuasa yang boleh lelap mata tanpa memikirkan macammana dan kepada siapa nak dijual produk kempen ABJZ ni. Kata-kata perangsang selalu kros sebutkan.. “u all jangan susah hati…mungkin target kita ialah mengumpulkan dana sebanyak yang mungkin untuk membangunkan semua RS..tapi kalau mereka tak nak melabur saham akhirat bersama kita di sini, insyaAllah bahagian kita menyeru yang ma’aruf dan mencegah yang mungkar sudah terlaksana….kempen Anda Bijak Jauhi Zina sudah pun kita sebarkan…dan yang paling utama ialah kita dah berani menyatakan yang hak! Kita nak orang lain/masyarakat tolong kita…bantu kita didik insan lain tentang bahaya zina ni.” Bahayanya bukan setakat musnah di dunia, bahkan punah jugak di akhirat!

Hasilnya, macam-macam jenis masalah lagi yang sampai kepada kami tak kira waktu. Maklumlah terpampang nombor-nombor talian untuk dihubungi….bermakna mereka dah sedar yang ada sekelompok insan yang nak tolong mengembalikan masyarakat kepada cara hidup Islam yang sebenarnya. Mereka mahu bersama kita…mereka mahu bantu kita……. Ikhwah wal akhowat semua, ramai yang mahukan Islam tertegak di muka bumi ini. Di mana kita tatkala mereka sangat-sangat memerlukan khidmat kita dalam membina generasi pewaris kepimpinan negara kita? Kita tak mampu buat pilihan kerja mana yang kita suka nak buat saja…atau menolak kerja-kerja yang tak matching dengan kehendak diri kita. Gejala sosial semakin rancak merobek diri anak-anak remaja di luar sana. Patutkah kita hanya mengepong anak-anak yang lahir dari rahim kita saja?

nukilan
ummiroses @ rosmawati zainal

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS