Ucapan salam ummi untuk semua anak-anak dengan lafaz Assalamu’alaikum wr wbr.
Lewat November lepas, ummi berkesempatan menghadirkan diri ke satu dakwah workshop bersama Sheikh Yusof Estes. Subhanallah…how I admire his strength, his courage and most of all his seriousness in inviting us and others to Allah! Bila melihat diri sendiri..born muslim lagi…kenapa tak boleh jadi sepertinya? Aduh…malunya!
Memang kita kena selalu muhasabah diri. Agaknya kehidupan kita ni terlalu complacent…atau susah nak memulakan suatu yang terasa sukar padahal mencubanya pun belum lagi. Emm…macam nak mula menulis karangan, selagi tak pegang pen atau pensil (orang sekarang taip guna komputer je
Beginilah jugak sebenarnya dalam berdakwah. Terus islah dan dakwah bila kita dah mula merasai nikmatnya. Terasa takut…berdebar-debar….tercabar….marah…seronok…dan paling terkesan ialah bila dah termula, suara hati mohon mengulangi keindahan rasa ini. Inilah nikmat iman agaknya ya. Walaupun tahu akan risiko dunia tapi tetap jua mahu melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, maka Allah izinkan semua emosi ni dilalui. Barulah kita menjadi daie yang kental jiwanya insyaAllah. Ya Aziz Ya Jabbar… teruslah berikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan menyebarkan syiarMu ini Ya Rabb.
Pernah ummi ditanya oleh saudara Billy Lim yang famous dengan buku Dare To Fail sebaik habis sesi training ESQ tahap dua dan tiga (Mission Statement and Character Building), katanya “Islam is so beautiful and you know, I cried when The Prophet said ummati…ummati…ummati…at his last breath. Why do you muslims keep this religion to yourself?” Terpukul rasanya bila ditanya sebegitu… Mengingatkan ini, maka ummi rasa terpanggil untuk menyampaikan pesan dari Syeikh Yusof … “when non-muslims ask you about Islam, the first thing you should do is SMILE and then say thank you for asking about my religion.” Orang yang bertanya pasti senang dengan reaksi dan wajah manis kita
Teringat juga pesanan dari Dr Ari Ginanjar dalam training ESQ yang ummi dan kawan-kawan hadiri… “apabila tuan-tuan dan puan-puan merasa ingin kembali recharge bersama kami pada training seterusnya, tuan-tuan dan puan-puan tidak perlu membayar apa-apa kecuali membawa kad alumni dan sebuah senyuman…” Wah! Betapa indahnya ukhuwwah dan ikatan mahabbah yang terbina ini.
Eidul Adha di Raudhatus Sakinah
Dah lama tak beraya dengan anak-anak di RS. Dengan sumbangan sebanyak 2 ekor lembu untuk dikorbankan, kami mengambil kesempatan juga untuk bersama jawatankuasa kampung yang dipanggil Unit Kebajikan dan Sosial. Gabungan muda dan old timer kampung ini menjadikan suasana meriah di saat sembelihan, melapah dan memasak di
Petang hari raya, beriya-iya ummi memesan kepada anak-anak RS untuk tidak lupa menonton rancangan ‘Demi Taqwa’, slot ummi bersama mereka di TV9. Lupa pulak nak war-warkan kepada ramai sahabat…malu pun ada sebab acapkali keluar media
Doakan ummi…
Rasa agak terkilan bilamana beberapa majlis perkahwinan anak-anak sahabat yang tak dapat ummi penuhi kali ni. Program terbesar Karnival Kebudayaan Belia dan Komuniti anjuran anak-anak KARISMA mengakhiri tahun ini juga ummi tak dapat bersama mengikutinya. Maafkan ummi. Ummi doakan semoga perkahwinan anak-anak ini dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah, mahabbah wa rahmah yang melahirkan pejuang-pejuang islah dan dakwah. Untuk anak-anak yang sedang berhempas pulas menjadikan karnival sebagai tapak menyemarakkan keindahan Islam dan menggerakkan amar ma’aruf nahi mungkar, ummi doakan Jannah bagi kalian. Inilah generasi Y yang sentiasa hidup di hati ummi..teruslah kalian gegarkan bumi Allah ini kembali menegakkan syariat!
Memaklumkan anak-anak, alhamdulillah dengan izin Allah, ummi akan berlepas ke
Nukilan
ummiroses
1 ulasan:
assalamualaikum ummi.
sy prnh ikuti talk ummi di UIAM gombak hari tu.
later,kta prnah naik flght same2 dri kota bharu dan bus ke kl sntral same2..wktu tu ummi di kerusi sblh sy. ingatan yg sdikit lemah ni fail to recall kt mne sy prnh nmpk ummi (",)
bbrpa hari brlalu bru tringat, ni ummi rose yg prnh bg talk kt uiam.
sbnrnya sy brmnat nk mnyumbang sdikit tenaga yg ada ni utk raudhatus sakinah,entah mngapa,bgitu rsa trpanggil sjak prtama kali dgr psl RS dri seorang kwn.
kalaulah ummi rasa perlukan bantuan,sy dan bbrapa org kwn tersangat2 lh sudi mmbantu, either in terms of physical work, or anything.
semakin hari smakin rasa trpanggil utk mmbantu mrk yg mmrlukan. selama ini bkn tdk sdar, tp disebabkan kekangan kerja dan kuliyyah, plus alasan yg x ptus2..mmbantutkan hasrat ni.
harapnya ummi sudi.
baarakallahufik :)
-farhana, Uiam
Catat Ulasan