Tiga hari tak dapat ke ofis. Bukan tu saja malah nak bukak laptop pun tak terdaya. Jarang sekali tak sihatnya tapi kali ni memang tak dapat buat apa-apa. Sakit tengkuk yang unbearable! Kata ayah, “tu penyakit yang paling sakit tu, ye lah susah nak berpaling”…. Hehe sempat pulak ayah buat lawak di saat tengkukku kian berdenyut-denyut…bergerak pun dah macam zombi!
Sejak akhir Oktober lalu, aku mengisi program dan aktiviti yang agak padat. Melabuhkan tirai bagi program utama RS berakhir dengan Majlis Sumbangsih RS 2008 pada 2 November lepas yang menghimpunkan begitu ramai keluarga angkat kepada anak-anak kelahiran RS. Kali ini kita raikan dengan acara yang berbeza. Dari bayi hingga kepada anak-anak yang kian menuju keremajaannya ini diaturkan agendannya bersama kakak-kakak dari KARISMA (generasi pelapis JIM). Kita dedahkan mereka dengan permainan dan acara renang. Wah! Gegak gempita suara-suara kecil dengan pelbagai aksi. Memang menguji minda dan kesabaran kakak-kakak ini namun semuanya adalah latihan untuk mereka menjadi pemimpin tahan lasak generasi yang akan datang.
Sedar tak sedar, RS telah pun memasukki ulangtahunnya yang kesepuluh. Sejak penubuhannya tahun1998, belum lagi nampak gejala sosial akan berkurang malah semakin hari semakin tersekat nafas bila dihubungi bahawa ada saja anak-anak yang sedang membunting hasil perbuatan zina ini. Teringat masa peringkat awal RS, ramai sahabat yang agak sceptical..."kenapa perlu membantu mereka yang buat kerja jahat?". Jawapannya mudah. Mereka mungkin telah terjatuh jauh dilubuk kehinaan tapi ini bukan pengakhiran kehidupan mereka. Selagi ada insan seperti kita, anak-anak remaja ini harus diberi peluang untuk membaiki dirinya.Mereka perlu dibimbing. Hijrahkan mereka. Tunjukkan jalan bagaimana mereka harus bertaubat kepada Yang Menciptakan kita. Beri peluang dan ruang untuk mereka berubah menjadi yang terbaik. Doakan mereka dan selebihnya kita serahkan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.
Lihat saja hasilnya...anak-anak kelahiran RS yang diraikan bersama keluarga pilihan. Hati begitu terpaut bila memandang anak-anak ini….wajah-wajah yang begitu bahagia. Irasnya hampir kepada samada ibu atau ayah angkatnya. Kagum dengan kesopanan dan keberanian mereka. Semuanya terlahir dari pentarbiyahan yang tak pernah kenal erti penat lelah dari para ibu dan ayah ini. Pernah ada yang menyuarakan “puan, saya perlu teman ke masjid. Hari tu saya ambik untuk kawankan dengan ibunya, kali ni giliran saya pulak ya puan.” Wah…terharu benar mendengar permintaan sebegini. Isnin lepas terima sms “Tahniah dan terima kasih sebab RS membantu melahirkan anak-anak soleh dan bijak. Umur 1 tahun 5 bulan, Adam dah tahu cari sejadah untuk solat maghrib berjemaah dengan ayah ibu.” MasyaAllah …Subhanallah! Anak-anak ini dilahirkan ibarat kain putih, ibubapanyalah yang mencorakkan mereka samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi. Salurkan keindahan rahmatan lil’aalamiiin kepada anak-anak ini....pasti Jannah menanti insyaAllah.
Anak-anak ini mungkin tak kenal siapa kami tapi bila mak ayahnya datang menunjukkan betapa cergasnya mereka dengan kebolehan masing-masing, aku hampir saja menitiskan airmata. Diberi kepada mereka semasa bayi dan disuakan kembali dengan segala aksi yang mendamaikan jiwa, aku terus mengucapkan syukur ke hadrat Illahi. Beginilah ketentuan Allah….diletakkan bersama keluarga yang terpilih. Keluarga yang diizinkan Allah untuk terus memayungi kehidupan anak-anak ini. Aku yakin anak-anak ini jugak yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Merekalah nanti yang akan memartabatkan syiar Islam di muka bumi Allah! Teruslah doakan untuk anak-anak ini.
nukilan
5 ulasan:
Jejaka payung?
moga diberi kekuatan dan tenaga luar biasa dari Allah utk terus membantu mengislahkan masyarakat.
Allah tak rugi kalau kita tak buat kerja, tapi kita yang rugi, kan ummi? ^__^
Jom doakan anak2 ini menjadi bakal du'at soleh wa musleh! InsyaAllah!!
alamak.. jejaka laptop terlindung dengan jejaka payung.. haha
Assalaimuailaikum..... Ummi
"MEMAYUNGI ANUGERAH ALLAH"
sesuatu pengorbanan yang cukup bermakna. Memberi sinar cahaya kebahagiaan dengan kehadiran orang yang paling dinanti.
Boleh Saya mendapat sinar kebahagiaan itu?...
Tahniah untuk meraka..
assalamualaikum ummi,
saya pernah mendengar slot ummi di IKIM.FM. Tahniah di atas usaha murni ummi ini :) saya ada satu soalan utk ummi, saya dan suami sekarang sedang mencari anak angkat. adakah anak2 dia RS ini boleh diambil sebagai anak angkat? jika ya, bagaimanakah caranya ummi? ummi boleh hubungi saya di: dillenia@gmail.com. feedback dari ummi amat2 saya hargai :) جزاك اللهُ خيراً
Catat Ulasan