Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Sabtu, Disember 20, 2008

SENYUM PENUH MAKNA

Ucapan salam ummi untuk semua anak-anak dengan lafaz Assalamu’alaikum wr wbr.

Lewat November lepas, ummi berkesempatan menghadirkan diri ke satu dakwah workshop bersama Sheikh Yusof Estes. Subhanallah…how I admire his strength, his courage and most of all his seriousness in inviting us and others to Allah! Bila melihat diri sendiri..born muslim lagi…kenapa tak boleh jadi sepertinya? Aduh…malunya!

Memang kita kena selalu muhasabah diri. Agaknya kehidupan kita ni terlalu complacent…atau susah nak memulakan suatu yang terasa sukar padahal mencubanya pun belum lagi. Emm…macam nak mula menulis karangan, selagi tak pegang pen atau pensil (orang sekarang taip guna komputer je kan…) selagi tu lah terasa susahnya karangan tu….tapi bila dah mula menulisnya, idea datang mencurah-curah….susah pulak nak berhenti. Perut lapar pun boleh tunggu kejap sebab sedang mencapai satu kepuasan.

Beginilah jugak sebenarnya dalam berdakwah. Terus islah dan dakwah bila kita dah mula merasai nikmatnya. Terasa takut…berdebar-debar….tercabar….marah…seronok…dan paling terkesan ialah bila dah termula, suara hati mohon mengulangi keindahan rasa ini. Inilah nikmat iman agaknya ya. Walaupun tahu akan risiko dunia tapi tetap jua mahu melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, maka Allah izinkan semua emosi ni dilalui. Barulah kita menjadi daie yang kental jiwanya insyaAllah. Ya Aziz Ya Jabbar… teruslah berikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan menyebarkan syiarMu ini Ya Rabb.

Pernah ummi ditanya oleh saudara Billy Lim yang famous dengan buku Dare To Fail sebaik habis sesi training ESQ tahap dua dan tiga (Mission Statement and Character Building), katanya “Islam is so beautiful and you know, I cried when The Prophet said ummati…ummati…ummati…at his last breath. Why do you muslims keep this religion to yourself?” Terpukul rasanya bila ditanya sebegitu… Mengingatkan ini, maka ummi rasa terpanggil untuk menyampaikan pesan dari Syeikh Yusof … “when non-muslims ask you about Islam, the first thing you should do is SMILE and then say thank you for asking about my religion. Orang yang bertanya pasti senang dengan reaksi dan wajah manis kita kan? Berilah khabar gembira tentang Islam kepada mereka yang sedang dalam pencarian ini…tanggungjawab kita bersama ya anak-anak semua..

Teringat juga pesanan dari Dr Ari Ginanjar dalam training ESQ yang ummi dan kawan-kawan hadiri… “apabila tuan-tuan dan puan-puan merasa ingin kembali recharge bersama kami pada training seterusnya, tuan-tuan dan puan-puan tidak perlu membayar apa-apa kecuali membawa kad alumni dan sebuah senyuman…” Wah! Betapa indahnya ukhuwwah dan ikatan mahabbah yang terbina ini.

Eidul Adha di Raudhatus Sakinah

Dah lama tak beraya dengan anak-anak di RS. Dengan sumbangan sebanyak 2 ekor lembu untuk dikorbankan, kami mengambil kesempatan juga untuk bersama jawatankuasa kampung yang dipanggil Unit Kebajikan dan Sosial. Gabungan muda dan old timer kampung ini menjadikan suasana meriah di saat sembelihan, melapah dan memasak di sana. Ummi rasa sungguh teruja dengan ahli jawatankuasa yang kebanyakannya baru ummi kenali. MasyaAllah…Subhanallah…kagum dengan kerjasama dan kepatuhan mereka terhadap syura yang telah diamanahkan kepada setiap dari mereka. Walaupun baru saja bertemu, rasa prihatin, hormat, mesra dan sopan mereka menjadikan ummi dan sahabat-sahabat lain yang turut hadir terpesona. Moga Allah terus kurniakan mereka kekuatan dan ketabahan melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan di kampung ini.


Petang hari raya, beriya-iya ummi memesan kepada anak-anak RS untuk tidak lupa menonton rancangan ‘Demi Taqwa’, slot ummi bersama mereka di TV9. Lupa pulak nak war-warkan kepada ramai sahabat…malu pun ada sebab acapkali keluar media massa. Apapun, bukan gambarnya yang menjadi ukuran tetapi apa yang terisi yang ingin ummi kongsikan bersama. Tak tau nak ucap sedih atau gembira bila melihat wajah sendiri menutur bicara… namun ummi yakin apa yang disuarakan lahir dari hati yang ikhlas yang ingin mengajak penonton menjadi masyarakat yang penyayang dan prihatin.

Doakan ummi…

Rasa agak terkilan bilamana beberapa majlis perkahwinan anak-anak sahabat yang tak dapat ummi penuhi kali ni. Program terbesar Karnival Kebudayaan Belia dan Komuniti anjuran anak-anak KARISMA mengakhiri tahun ini juga ummi tak dapat bersama mengikutinya. Maafkan ummi. Ummi doakan semoga perkahwinan anak-anak ini dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah, mahabbah wa rahmah yang melahirkan pejuang-pejuang islah dan dakwah. Untuk anak-anak yang sedang berhempas pulas menjadikan karnival sebagai tapak menyemarakkan keindahan Islam dan menggerakkan amar ma’aruf nahi mungkar, ummi doakan Jannah bagi kalian. Inilah generasi Y yang sentiasa hidup di hati ummi..teruslah kalian gegarkan bumi Allah ini kembali menegakkan syariat!

Memaklumkan anak-anak, alhamdulillah dengan izin Allah, ummi akan berlepas ke Dubai dan Houston, Texas bersama sahabat karib kak Roha pada malam ini (21 Disember 2008) insyaAllah. Kami menerima jemputan dari Malaysian Islamic Study Group of US and Canada (MISG) dan Indonesian Muslim Society in America (IMSA) untuk Muktamar Tahunan mereka yang akan berlangsung dari 26-30 Disember ini dengan temanya ‘Adapting Changes to Best Position Ourselves and Community’. InsyaAllah kami akan bertemu dan berkongsi pengalaman dengan anak-anak Malaysia dan Indonesia yang belajar di sana ….mohon doakan kami diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan kami. InsyaAllah kami akan kembali pada tanggal 1 Januari 2009. Jika ada yang terlihat ummi di mana-mana baik akhbar, majalah atau TV/Radio…ummi mohon doa kalian.


Nukilan

ummiroses

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ummi.
sy prnh ikuti talk ummi di UIAM gombak hari tu.
later,kta prnah naik flght same2 dri kota bharu dan bus ke kl sntral same2..wktu tu ummi di kerusi sblh sy. ingatan yg sdikit lemah ni fail to recall kt mne sy prnh nmpk ummi (",)
bbrpa hari brlalu bru tringat, ni ummi rose yg prnh bg talk kt uiam.

sbnrnya sy brmnat nk mnyumbang sdikit tenaga yg ada ni utk raudhatus sakinah,entah mngapa,bgitu rsa trpanggil sjak prtama kali dgr psl RS dri seorang kwn.

kalaulah ummi rasa perlukan bantuan,sy dan bbrapa org kwn tersangat2 lh sudi mmbantu, either in terms of physical work, or anything.
semakin hari smakin rasa trpanggil utk mmbantu mrk yg mmrlukan. selama ini bkn tdk sdar, tp disebabkan kekangan kerja dan kuliyyah, plus alasan yg x ptus2..mmbantutkan hasrat ni.

harapnya ummi sudi.
baarakallahufik :)

-farhana, Uiam

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS