Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Isnin, Januari 28, 2008

RAHMAT ALLAH

Ketika mendengar tazkeerah dalam usrah baru-baru ni mengenai rahmat Allah, begitu kerdilnya terasa diri ini Dengan hanya satu rahmat Allah yang dibentangkan kepada seluruh alam adalah lebih dari mencukupi untuk kita semua nikmati….Subhanallah! Namun kenapa kita masih belum dapat merasai cukup?

Membicarakan kasih sayang yang telah Allah limpahkan kepada seluruh alam sudah cukup menjadikan kita berfikir dan terus berfikir…. Bagaimana melahirkan kasih sayang antara manusia dengan haiwan dan bagaimana menyebarkan kasih sayang sesama manusia…

Khamis lepas kak ros dikunjungi oleh 24 orang pelajar-pelajar dari kulliyah Dakwah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. Sangat berbangga dengan anak-anak yang begitu bersungguh sehingga sanggup menaiki keretapi dan bas beramai-ramai ke pejabat. Berbondong-bondong ramainya tu…namun seorang pun tidak patah semangat dek kerana keletihan, malah kak ros lihat mereka begitu eager untuk melaksanakan projek besar bersama Raudhatus Sakinah siap dengan kempen Anda Bijak Jauhi Zina! MasyaAllah…anak-anak yang penuh daya juang! Rasa kasih yang terbina menjadikan kak ros mendapat 24 anak-anak secara instant….semuanya tak kekok memanggil ummi!

Terbayang di minda, anak-anak remaja yang sentiasa menantikan kasih dan sayang kita….keperihatinan yang bagaimana harus kita curahkan ya? Menyaksikan telatah anak-anak remaja luar kawalan sahaja kita sudah rasa bingung! Apatah lagi mau melahirkan teguran kasih di atas perlakuan-perlakuan sumbang itu…. kasihan anak-anak remaja yang tidak ditegur dan dibimbing itu akan terus-terusan melakukan kemungkaran...

Langsung teringat kepada satu sesi ceramah malam Ahad baru-baru ini oleh Dr Robiah Hamzah tentang Spiritual Parenting. Aduh! Begitu sekali manusia zaman ini jika menyatakan sesuatu kebanyakannya tidak menzahirkan melalui riak wajah atau gerak tubuh badannya. Dalam ertikata lain, tak seiring yang disebutkan melalui mulutnya dengan aksinya. Katanya suka/gembira tapi wajahnya serius seperti tak ada perasaan yang lahir darinya. Itulah antara kenapa ramai di antara kita yang selalu saja tersilap memikirkan perasaan orang lain sedangkan kita sendiri tidak boleh kenal pasti perasaan sendiri. Bagaimana mungkin untuk memahami perasaan orang lain sedangkan perasaan sendiri tidak diurus dengan betul. Banyak lagi rupanya yang harus dipelajari untuk kita zahirkan teguran melalui kasih sayang ini kan…and it really needs some practice here.

Alhamdulillah, untuk 2 hari hujung minggu yang lepas , seramai 5 pelatih RS telah diberi peluang dan kesempatan oleh ESQ Leadership Training Centre untuk mengikuti ESQ Teens…..everything sponsored! MasyaAllah! Kedua-dua hari anak-anak ini ditemani oleh sahabat baik kami, Hamisah (Along) yang sanggup menjadi pengiring. Alhamdulillah! And she got to stay and attend the esq teens too! Wow! Rezeki benar-benar datang dari sumber yang tidak disangka-sangka… Masa mula menghantarkan anak-anak ini, kak ros menyerahkan terus kepada tangan Puan Faridah unit Kebajikan ESQ Leadership Centre dengan penuh senyuman..seronok kerana diberi peluang emas sebegini. Sempat pulak mengikuti sesi akhir training anak-anak ini setelah bekejar dari Putrajaya. Penat tetapi setelah dapat menghayati beberapa ketika dalam doa penutup bersama anak-anak ini, hati terasa begitu syahdu sekali… anak-anak ini dikembalikan kepada kak ros dan Hamisah (pengurus) dengan pelukan dan airmata…kamilah emak dan ayah mereka di saat itu…. dan dengan airmata juga mereka memujuk, “ummi janganlah nangis…..” Tak terkata....

Nikmatnya kasih sayang ini juga benar-benar terasa semalam (Ahad 27 Januari 2008) bila dapat mengumpulkan hampir semua ahli jawatankuasa Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2007 untuk diraikan dalam satu Majlis Sumbangsih MARS di Palm Garden. IOI Resort, Putrajaya. Bukan makanannya yang menjadi idaman tapi ukhuwah fillah yang datang bersama jiwa-jiwa berani yang telah bertungkus lumus menggerakkan islah dan dakwah demi memartabatkan syariat tu yang menjadi tarikan utama kebersamaan kami semua pada petang tersebut. Subahanallah! Alhamdulillah! Wajah-wajah yang sentiasa ceria dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam ini menjadi satu mercu tanda bahwa ramai yang mahu membantu menyebarluaskan dakwah ini apabila diberi kesempatan dan peluang…Syabas dan tahniah untuk semua jawatankuasa MARS! Moga semuanya beroleh Jannatul Firdaus….teruslah kalian beramal menuju mardhatillah! Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dengan limpahan rahmatNya insyaAllah...

Nukilan
Ummiroses @ rosmawati zainal

Isnin, Januari 21, 2008

MALUNYA PADA ALLAH



Pada saat mendengar Brother (Bro) Kamaruddin Bin Abdullah dari Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (Islamic Propagation Socitey International- IPSI) bercerita tentang kehidupannya dalam sesi Hidayah Centre Evening Talk Jumaat malam 18 Januari 2008 yang baru lepas ini, hati kak ros berkobar-kobar kembali bersemangat meneruskan kerja-kerja dakwah ni.. Macam-macam perasaan berbaur sebenarnya ………… Sedih bila dapat tahu begitu hebat ujian yang perlu ditempuh dalam mengembangkan syiar Islam. Kagum sekali dengan tindakannya yang bersahaja dalam mengusahakan pembaikan di Masjid Kapitan Keling, Jelutong, Pulau Pinang. (Bro ni bukannya kontraktor untuk membaikpulih masjid atau apa-apa yang sewaktu dengannya). Gembira sangat bila ramai pengunjung non muslim yang kembali kepada Islam. Beliau bersungguh-sungguh menarik perhatian para pelancung menceritakan tentang keindahan Islam bermula dengan mengapa kita perlu berwudhu’ dan sehingga sanggup memperdengarkan ayat-ayat AlQuran kepada pelancung bukan Islam serta menterjemahkannya…..masyaAllah dan beliau juga ditanya tentang “why are they shouting in the morning?” dan dia menjawab, “do you want me to shout again?” dan beliau melaungkan azan dengan merdu sekali lalu menterjemahkannya. Subhanallah! Yang mendengarnya langsung menitiskan airmata walaupun tak faham……… masyaAllah. Ramai yang telah beriman dengan cara yang dibawak oleh Bro Kamruddin ini. Alhamdulillah. Kak ros sendiri tak tahan mendengarnya, tiba-tiba saja airmata meleleh membasahi pipi….



Benarlah mafhum Allah dalam Surah Al Anfaal : 2 …….Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, yang sempurna imannya ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementar lah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.


Saudaraku yang dikasehi Allah, saudariku yang dikasehi Nabi…begitulah setiap kali beliau memulakan bicaranya dengan penuh kasih sayang. Teringat masa mula-mula berjumpa dengan Bro Kamaruddin ni tahun lepas, rasa macam dah kenal lama dengannya. Sangat peramah dan mudah mesra orangnya. No wonder ramai pelancong asing yang mengunjungi Masjid Kapitan Keling sangat senang padanya. Sebelum ni suami kak ros dah acapkali bercerita tentang beliau. Kata suami kak ros, “kalau ros tutup mata dan dengar suara Bro Kamaruddin ni sebijik macam suara dan nada Bro Ahmad Deedat!”…dan memang sangat benarlah kata suami kak ros ini. Infact, masa jumpa kak ros baru-baru ni seperti biasa dengan senyumannya beliau bertanya “how are you sister?”. Begitulah setiap kali berjumpa dengan sesiapa pun. Langsung bermain-main di fikiran kak ros…..kalau kita ni yang berjumpa dengan orang, malah orang asing sekalipun, cukup payah nak keluarkan sedikit senyuman.
Entah apalah yang kita kedekutkan sangat…….

Namun yang paling mengesani diri kak ros ialah apabila beliau menyentuh tentang betapa bersyukurnya bila mendapat hidayah Allah untuk kembali menemui jalan kebenaran pada usia remaja. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mempraktiskan Islam. MasyaAllah……dengan kudrat, ilmu dan pengalaman yang diperolehinya ini beliau telah pergi lebih jauh ke hadapan untuk mengislah dan berdakwah kepada orang-orang bukan Islam. Ramai di antara mereka yang telah berserah diri kembali kepada Allah. Dan kita yang sejak azali born muslim ni bagaimana? Persoalannya yang sentiasa bermain di ruang legar kotak pemikiran kak ros, “Bagaimana tuan-tuan dan puan-puan nak menjawab di hadapan Allah nanti bilamana jiran-jiran dan kawan-kawan yang tidak Islam ni memberitahu kepada Allah yang kita ni tak pernah bercerita pun tentang Islam kepada mereka apatah lagi mengajak mereka untuk kembali menghayati Islam sebagai cara hidup yang sebenarnya”…..tersentak hati kak ros…Ya Allah , malunya rasa dengan kehidupan ini! Macammana seorang yang baru mengenali Islam lebih mempraktiskannya dari orang seperti kita yang dah lama dilahirkan sebagai seorang Islam? We have to change NOW. Sampai bila kita akan terus menyaksikan kesesatan ? Tentukah ada masa untuk kita menangguhkan janji kita dengan Allah?

Untuk sahabat-sahabat yang berada di perantauan, ambillah peluang keemasan. Berada di kejauhan memberi peluang untuk kita asah bakat yang telah tersedia ada dalam membina jalinan ukhuwah baru …tautan kasih sayang kerana Allah demi menyelamatkan ummah dari terus berada dalam kesesatan yang nyata serta kepalsuan dunia.
Bila kembali ke tanahair tercinta ini, teruslah menjadi daie….

Nukilan
ummiroses@ rosmawati zainal

Khamis, Januari 17, 2008

KU TEMUI JALAN PULANG (10)

DAH JADI OPAH!
“Wahh Ros….dapat cucu lagi ya?” Gitu lah nampaknya tiap kali berangkut pelatih-pelatih RS dari hospital. Setiap kali ada kelahiran bayi, maka setiap kali itu juga akan terfikir berapa ramai lagi cucu-cucu yang akan kami terima . Bukan tu saja malah bila acapkali menemuduga anak-anak remaja yang ada masalah ni, ramai yang datang dengan membawa perut yang tak boleh ditutup dari pandangan mata lagi. Yang hairannya tu, boleh pulak anak-anak ni meneruskan kegiatan mereka...yang bekerja tetap pergi kerja, yang melepak tetap dengan ke hulu kehilir singgah mana-mana shopping complex yang penuh dengan handai taulan yang sehati sejiwa dengannya. Alhamdulillah yang memboyot sebegitu tidak memakai pakaian yang menunjukkan pusat dan seluar dalam mereka…kalau tidak, tentu la bertambah haru kita dibuatnya!


Ingat tak dulu k.ros pernah cerita tentang musim? Melahirkan ni pun ada musimnya. Setakat ini yang paling ramai adalah keluaran bulan MERDEKA. Konsep merdeka apa yang dibawak oleh anak-anak ni? Memenuhi ruang hospital yang memang padat pada ketika yang sama. Paling letih ialah masa sakitnya yang berbeza menjadikan kami keluar masuk hospital berulangkali membawa pelatih yang merengek-rengek kesakitan…takkan boleh nak ditunggu kumpul semua yang sakit dan bawak mereka sekali gus. Buatnya ada yang dah tak tahan nak beranak, siapa pulak di antara kami yang kena jadi bidan? Ni betul-betul bidan terjun! Hisy….tak tergamak memikirkan kecemasan begini.


Semua bayi yang lahir tiada yang tak comel…Subhanallah…semuanya anugerah Allah. Senarai menunggu untuk mengangkatkan bayi-bayi ni memang agak bersusun. MasyaAllah…rupanya dalam kehidupan ni ada ramai insan yang Allah izinkan sangat budiman untuk berkongsi masa, harta dan kasih sayang…. membesarkan, mendidik serta membimbing bayi-bayi kelahiran pelatih RS. Subhanallah! Alhamdulillah! Inilah ketentuan dan anugerah Allah. Bagaimana pun, bagi pihak pengurusan RS, semua bayi yang lahir adalah menjadi hak keluarga untuk memilih sama ada mahu terus membelanya atau menyerahkan kepada keluarga angkat. Kami hanya sebagai pengantara sahaja. Kami akan membantu mendapatkan yang terbaik dan menguruskannya mengikut undang-undang. Namun yang lebih utama, anak-anak ini akan terpelihara mengikut syariat dan menjadi anak-anak soleh wa solehah yang mendoakan ibu-ibu mereka yang telah bertaubat nasuha untuk tidak kembali mengingkari perintah Allah swt...Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiiin…


Memang sangat cantik perancangan Allah …Subhanallah! Antara yang terpilih untuk menjadi mak ayah angkat kepada bayi-bayi kelahiran pelatih RS ini adalah dari kalangan mereka yang belum dikurniakan zuriat sendiri. Kiranya yang memohon telah pun melewati 6 tahun lebih perkahwinan…maka kesunyian langsung terasa apabila setiap kali pulang berhari raya atau menghadiri keraian di kampung yang penuh dengan hiruk pikuk hilai tawa anak-anak saudara...Air mata merindui kehadiran seorang anak jangan dikenangkan lagi…sudah melebihi paras bahaya… baik isteri mahu pun suami.


"Assalamualaikum puan…saya Rosmawati dari Raudhatus Sakinah” begitu la Kak Ros memulai perbualan menalipon bakal ibu angkat untuk bayi RS. “Puan apa kabar? Masih berminat untuk mendapatkan bayi dari RS? Kami ada seorang bayi lelaki baru lahir dalam seminggu. Mak dan ayah pelatih RS ni dah bagi persetujuan untuk menyerahkan bayi kepada keluarga angkat.
Kalau puan suami isteri berminat, bolehlah confirmkan dengan saya untuk tengok bayi ni ye...” Beginilah celoteh panjang kak ros mengingatkan kembali keluarga yang telah memohon anak angkat dengan kami beberapa bulan yang dulu. Biasanya tak sampai habis satu hari kami dah pun mendapat pengesahan dari keluarga angkat untuk datang melihat dulu bayi tersebut di RS. Bila bakal mak dan ayah angkat datang untuk melihat bayi, biasanya cukup susah nak mintak mereka balik dulu sebab masing-masing rasa tak mahu melepaskan bayi tersebut. Emmm….bukan sekali dua macam ni. Bayangkan bagaimana bayi-bayi sebegini sanggup dibuang begitu sahaja seperti yang dipaparkan di dada akhbar sejak akhir-akhir ini.


Bila tiba masa penyerahan, jarang sekali tiada tangisan mengiringi malah yang menerima dan menyambut bayi ini pun beriya mengalirkan airmata…gembira mendapat anak yang dinanti-nantikan...sedih melihat ibu yang melahirkan terpaksa melepaskan bayinya…diiringi pulak dengan berbagai wasiat dan nasihat. Itu pun kalau boleh terkeluar ayat-ayat dari mulut si ibu…kalau tidak, hanya terlekat di kerongkong saja. Memang mencengkam perasaan ketika terpaksa menyaksikan drama berat ini.


Inilah bayi-bayi yang kita harapkan suatu hari nanti bakal menerajui kepimpinan negara. Bermula dengan memelihara, mendidik dan membimbing dengan penuh kasih sayang, bayi-bayi ini bakal membesar dengan ibu dan ayah yang hebat penghayatan Islamnya. Alhamdulillah…inilah ibu dan ayah yang terpilih memenuhi Jannatul Firdaus insyaAllah...k.ros yakin pewaris yang kita nantikan ini bakal ‘menyerlah jauh dari yang biasa’ dalam menggerakkan islah dan dakwah demi memartabatkan syariat di muka bumi Allah ini…Subhanallah! Terus doakan supaya Allah menerima taubat semua anak-anak di Raudhatus Sakinah dan tak lupa untuk kesejahteraan bayi yang dilahirkan...Amin....

Nukilan
Ummiroses @ rosmawati zainal

Selasa, Januari 15, 2008

Program Kunjungan Kasih ALKIS ke Raudhatus Sakinah Sungai Buloh


Program Khidmat Masyarakat IIC di Raudhatus Sakinah Sungai Buloh


Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS