Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Isnin, Julai 28, 2008

SEKILAS PELANCARAN KEMPEN ABJZ

Alhamdulillah syukur kepada Allah Raja Langit dan Bumi, selawat salam kepada Nabi Muhammad s.a.w kekasih Allah yang mengajarkan kita tentang Islam, Iman dan Ihsan serta para sahabat Nabi yang telah menyebarluaskan cara hidup Islam hingga kita semua dapat merasai nikmatnya hingga ke hari ini...

Syukur dipanjatkan sekali lagi kerana pada 27 Julai 2008 (Ahad), telah berlangsung Program Sayangi Remaja dan Majlis Pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina Negeri Selangor di Auditorium SIRIM Shah Alam. Kempen Anda Bijak Jauhi Zina anjuran bersama Wanita JIM Selangor, Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah dan Kelab Remaja JIM Selangor adalah salah satu usaha mengajak semua lapisan masyarakat diluar sana untuk bersama melakukan usaha yang berpadu menangani masalah kegawatan sosial, kebejatan akhlak dan maruah diri remaja pada hari ini...

Program yang telah dirasmikan oleh Dr Nik Rubiah Nik Abd Rashid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kesihatan Remaja, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia diharap dapat menjadi lonjakan kepada siri lanjutan seterusnya dan membina kerjasama yang lebih baik dengan semua institusi dalam usaha amar maaruf nahi mungkar ini...

Pada hari tersebut ummiroses diberi kesempatan dan ruang untuk bersama dalam Forum 'Berapa Harga Dirimu' bersama panelis Tuan Hj. Arbain Pinni - Penolong Pengarah Pelajaran Daerah Gombak. Perbincangan yang amat menarik dari pengalaman 2 panelis ini diharap dapat menjadi panduan kepada semua. Dalam forum tersebut, ummiroses menyeru agar semua lapisan masyarakat bersama berusaha mengembalikan anak-anak remaja mencari di mana harga diri mereka yang selama ini telah tersalah 'parking'...

Semoga laungan Ikrar Remaja di akhir program oleh peserta yang hadir pada program tersebut bersaksikan Allah, malaikat dan seluruh ciptaanNya akan menjadi ikrar setia untuk bersama seluruh gerak kerja RS melaksanakan pencegahan bermula dari peringkat diri sendiri dan seterusnya masyarakat sekeliling. Ikrar yang dipaterai dengan keikhlasan hati yang padu beserta keyakinan yang jitu akan membuahkan derap langkah yang mantap dalam mengharungi cabaran dunia hari ini. Semuanya bermula dengan diri anda sendiri. Ayuh!...buktikan pada dunia bahawa remaja Islam punyai metod yang kukuh dari ajaran Nabi Muhammad s.a.w dalam menghindar gejala sosial yang juga menjadi isu masyarakat sedunia...

IKRAR REMAJA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Saya, dengan bersaksikan Allah s.w.t berikrar


1. Menjunjung segala perintah Allah dengan menjadikan Rasul sebagai ikutan, Al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup.


2. Ikhlas dan bersungguh-sungguh beramal dengan amalan Islam.


3. Berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam agar saya dapat menghindarkan diri dari perkara-perkara menghampiri zina.


4. Meninggal dan menjauhkan diri saya dari segala unsur zina.



sedikit sedutan gambar sepanjang program dari kamera hand phone ummiroses



Laporan oleh
Jauharee

Tiada ulasan:

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS