Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Selasa, Januari 05, 2010

SEMANGAT JUANG

Salamu'alaykum wr wbr

Banyak sebenarnya yang ingin ummi kongsikan. Kadang-kadang tak terucap dek kata-kata... cukup sekadar membicarakan dalam hati dan rasa akan kegembiraan, kesedihan, kegusaran, kebimbangan, kepuasan, kebahagiaan......inilah nikmatNya yang tak terperi...semuanya pasti akan dilalui sebagai perjalanan kehidupan yang penuh dengan citarasa....alhamdulillahi rabbil'aalamiiin!

Gambaran anak-anak muda yang sentiasa di hati ummi....begitu gigih melaksanakan amanah mengislah dan berdakwah.....inilah penguat semangat untuk ummi dan rakan-rakan seangkatan terus berjuang....selagi hayat masih dipinjamkan Allah....insyaAllah!



25 Disember 2009 - Bersama jawatankuasa KARISMA Nasional di Perhimpunan KARISMA Nasional yang berlangsung di Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara. Mendengarkan ucapan dasar Presiden KARISMA anakanda Abdullah Omar, yang bertajuk Sedekad Mengukuh Tekad, terasa betapa anak-anak ini sudah semakin matang mengharungi kehidupan....masyaAllah! Mereka makin berani menyuarakan yang haq dan makin tegas menzahirkan kepada masyarakat kampus, kebathilan yang berleluasa , agar kita sama-sama berganding bahu dan tenaga membangunkan ummah demi memartabatkan syariat...Subhanallah!




28 Disember 2009 - Dengan hebahan yang begitu singkat, anak-anak muda dan pakcik makcik berkesempatan berhimpun di Kedutaan Mesir bagi menyuarakan keperihatinan kita terhadap rakyat Palestine. Lihat saja wajah-wajah pejuang angkatan muda ini....walaupun bukan di medan perang namun mempertahankankan hak kemanusiaan tetap akan terus diperjuangkan!







Last but not least, rakan-rakan trainers ABJZ yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap usaha amar ma'ruf nahi mungkar. Kami dah pun memulakan siri training of trainers mulai 19-20 Disember 2009 dan siri-siri seterusnya sedang berlangsung dari masa ke masa insyaAllah. Trainers perlu dibangunkan dirinya terlebih dahulu sebelum sesi bersama remaja, belia dan masyarakat dewasa dimulakan dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, pemasaran terhadap pakej-pakej ABJZ sedang galak dipasarkan dan alhamdulillah, kami dah pun mula menerima undangan dari sekolah dan institut pengajian tinggi. Terus doakan kami diberi kekuatan dan semangat juang yang tak pernah padam agar ummah ini dapat dibangunkan menjadi manusia yang hebat di sisi Allah SWT!

Untuk anak-anak dan sahabat-sahabat yang ingin bersama kami, sila lawati http://www.andabijakjauhizina.blogspot.com.

Kami sangat mengalu-alukan kebersamaan ANDA SEMUA!


nukilan

ummiroses

Selasa, Disember 29, 2009

BAHAGIA BERSAMA

Bismillahirrahma nirrahiiim

Orang kata kalau kahwin bahagia....ye ke?

Orang kata kalau kahwin, dapat anak lagi bahagia...betul ke?

Emm....perkataan bahagia ni subjektif. Ada orang bahagia je tanpa pasangan hidup...bukan tak mau tapi tak sampai lagi jodohnya tu. Ada orang berbahagia melihat sahabatnya bahagia. Ada orang suka membantu sahabatnya dan melihat ia berjaya mengharungi kehidupannya....nikmat bahagia kian terasa! Ada orang merasa bahagia hanya dengan berkongsi kasih sayang...subhanallah! Pasti lebih membahagiakannya. Sungguh pun cabarannya tinggi, namun ummi yakin Allah pasti mengganjari nikmat bahagia tahap teratas buatnya ...jika ia terus bersabar dan redha...Subhanallah!

Ummi suka nak kongsi rasa bahagia ummi dengan paparan gambar-gambar ini. Actually, no words can describe the word 'BAHAGIA' (is it happy?) ...it is the feeling from within...and it can certainly make you smile all day long...and at times, make you cry....oh wow! This is what make our lives lively!




Jawatankuasa Wanita Pusat JIM di Perhimpunan Perwakilan Nasional 4 Disember 2009. Walaupun setahun sekali dapat berhimpun seperti ini, namun sentiasa mejadi suatu yang ummi nantikan untuk dapat bertemu dengan wajah-wajah kenalan lama dan baru. Yang lama menjadi inspirasi untuk terus berbakti....yang baru menjadi kekuatan untuk terus beramal selagi hayat dikandung badan....




Menghayati ucapan perasmian Presiden JIM, Tn Haji Zaid Kamaruddin. Tuan Presiden juga melancarkan website rasmi RS Berhad. Alhamdulillahirabbil'aalamiiin.




18 Disember - sesi temubual di kalangan anak-anak muda yang berminat untuk menjadi trainer ABJZ. Seronok dapat bersama anak-anak muda yang sentiasa hangat dengan semangat juang! Makes us feel very young too! hahaha....still very young at heart i suppose. Sumber kekuatan untuk ummi dan team RS!




Selamat Hari Lahir kak Min!
Walaupun terlewat mengucapkannya hari tu (12 Disember ) namun ros dan anak-anak mendoakan kak min diberikan kesihatan yang baik dan dianugerahkan kebahgiaan dunia dan akhirat. Di kesempatan ini, ros nak ucapkan jutaan terima kasih (from the bottom of my heart) kerana berkongsi kasih sayang anak2 kak Min kepada ros dan keluarga. Kami suka punya keluarga yang besar. Mudah-mudahan Allah terus pelihara anak-anak yang soleh/solehah ini!

Untuk kalian....moga bahagia dunia dan akhirat!



nukilan

ummiroses

Khamis, November 26, 2009

KEMBALI BERSUA

Bismillahir rahmanir rahiiim

Salam Eidul Adha untuk semua anak2 dan sahabat2 yang dikasehi.

Rindu untuk menulis telah datang....sebelum ni dah menulis tetapi hilang ditelan angin lintang agaknya...tentulah ada hikmahNya kan?


Pertama sekali nak ucap jutaan terima kasih atas segala sokongan yang telah diberi kepada ummi tak kira di mana pun kalian berada. Oh ye..tadi anak2 dari Maktab Perguruan Miri menziarahi RS...maafkan ummi yang tak kesempatan untuk menyambut dan menyaksikan kalian. Apapun, ummi yakin kalian telah dapat rasa satu kepuasan kerana selama ini hanya mendengarnya dari jauh saja. Makasih atas kunjungan yang membawa rahmat dan barokah kepada anak2 ummi di RS sana. Ummi pun belum pernah sampai ke Miri, tapi kalau kalian mahukan program ABJZ di sana, boleh saja hubungi ummi. Ummi dan team akan bahagia berkongsi apa pun asal dapat bantu membangunkan generasi yang bakal menjadi pendidik ummah!

Terima kasih juga buat anak2 di sekolah-sekolah yang telah ummi dan team hadiri untuk program ABJZ dan program yang sewaktu dengannya. Ummi sebetulnya agak kesuntukan masa untuk berada di forum maya apatah lagi berada di blog sendiri. Macam-macam persediaan untuk menghadapi Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM minggu depan di Kuala Kangsar dan memenuhi jemputan program-program di sekolah yang sangat banyak selepas PMR (Sek Men Agama Hishamuddin Kelang, Sek Men Sg Rawang, Sepang, Sek Men Bukit Rahman Putra, Sg Buloh). Di samping itu, ada juga program bersama masyarakat (LPPKN di KL, Jab Peguam Negara di Rompin) yang jarang sekali ummi menolak jemputannya kerana inilah juga antara platform untuk kami berkongsi maklumat dengan ibu ayah kalian semua.

RS sedang dalam perancangan meluaskan siri kesedaran program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) yang mensasarkan tahun 2010 sebagai tahun berjuang habis-habisan memerangi bahaya zina. RS cannot do this alone...we need you! Please come forward....give us your fullest support. Help us to help others! Kita tak boleh nak menangguhkan lagi kerja amar ma'ruf nahi mungkar ini. Kita tak tahu bila umur ini akan terhenti. Kita akan berusaha. Kita akan menjadikan usaha ini sebagai pelepas tanggungjawab kita apabila bertemu dengan Allah di akhirat nanti insyaAllah!

Jadikanlah tekad ini sebagai satu langkah permulaan untuk kita semua bertemu di Jannah nanti insyaAllah!

JOM amar ma'ruf nahi mungkar bersama!




nukilan
ummiroses

Ahad, Oktober 11, 2009

Khamis, Oktober 08, 2009

BERSAMA MENEBAR KEPEDULIAN

Salam kasih sayang buat semua....

Di sekitar Selangor dan KL ni mood berjamuan menyambut Hari Raya masih lagi berterusan nampaknya...agaknya dah beres puasa enam masing-masing...alhamdulillah. Ummi masih lagi terkial-kial menyiapkan sunnah yang besar ganjaranNya ini. ..maklumlah sebaik kembali persekolahan dari cuti hari raya, ummi dan team ABJZ kena memenuhi undangan ceramah bagi mengisi slot motivasi dan kesedaran untuk anak-anak tingkatan 1 hingga 5. Memang sah tak dapat nak berpuasa, kering tekak apabila terpaksa mengeluarkan suara ke tahap maksima...pernah saja suatu ketika dulu tahun 2007, ummi mintak air di tengah presentation sebab tersekat suara...tanpa sedar tu dah masuk bulan Ramadhan! Alahai...segannya la dengan anak-anak murid situ...




Tapi kali ni ada cerita yang macam lebih malu sikit lagi... Baru-baru ini semasa ucapan aluan Pengetua sekolah di Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Pengetua sempat pulak sebut, "... rasanya puan Rosmawati ni adalah anak murid saya..." terus ummi jadi kaget dan memandangnya..."pernah belajar di Kolej Islam kan?"tambahnya lagi. Aduhai....apa punya anak murid la ummi ni! Padanlah semasa diperkenalkan, ummi macam pernah melihat senyuman di wajah pengetua...tapi di mana ya? Dulunya pernah menjadi seorang guru sejarah yang sentiasa ingat kepada nama-nama anak muridnya...masyaAllah... hebat betul cikgu Surimin ni. Cumanya cikgu tak mengajar kelas ummi tapi tetap ingat ummi...dan lebih ingat lagi sebab ummi adalah kapten pasukan hoki kolej dulu-dulu...hehe.




Owh...ummi belum sempat sebenarnya bercerita tentang lawatan ummi dan gang RS ke Jakarta dalam lawatan belajar kami mengenali beberapa NGO yang sangat prihatin berusaha menebar kepedulian terhadap masyarakat. Ok2...nanti ummi ceritakan insyaAllah. Sebelum tu ummi suka nak khabarkan bahawa salah sebuah NGO yang kami lawati iaitu PKPU (Pos Keadilan Peduli Umat) telah berpeluang menziarahi kami di Pejabat JIM, Pusat Bandar Melawati pada hari Jumaat, 18 September 09...di saat ramai yang telah pulang ke kampung untuk berhari raya.Namun Alhamdulillah dengan izinNya, ummi dan team RS iaitu ibu Yus dan Siti Aini, anakanda Abdullah Omar mewakili KARISMA (Kelab Rakan Siswa), Joanes Lukas untuk Hidayah Centre, Khadijah JIMedia dan Prof Sahrim mewakili Presiden JIM telah dapat bersama-sama menerima kunjungan ini. Hadir daripada PKPU adalah Bapak Agung Notowiguno yang merupakan Direktur Utama PKPU ditemani oleh Saudara Syuryadi, seorang pelajar Univ Malaya yang juga wakil PKPU cawangan Malaysia. Sebenarnya kedatangan Pak Agung adalah untuk menerima sumbangan terhadap gempabumi yang berlaku di Tasik Malaya, tanah Jawa, Indonesia yang dipancarkan melalui RTM di sini. Subhanallah...begitu gigihnya PKPU ini mendapatkan apa jua bentuk sumbangan asalkan ummah terus terpelihara fizikal dan jasadnya. Kagum benar dengan tagline PKPU yang berbunyi Menggugah Nurani Menebar Peduli.

Bila disebut kepedulian ini, teringat kepada anak ummi, Abdul Muhaimin....selesai solat 'asar berjamaah di kampung di hari akhir Ramadhan, imam Abdul Muhaimin membacakan doa sehingga sebak dan tak dapat meneruskannya lagi. Kami terdiam semuanya....ummi mengusap belakang imam dan mengajaknya duduk di luar. Kata Abdul Muhaimin, "tadi solat kita yang terakhir untuk bulan Ramadhan dan belum tau lagi kita akan dapat bertemu dengan bulan yang sangat hebat ganjaranNya ini..." dan dia terus menangis tersedu-sedu....hiba hati ummi melihatnya. Sambil terkenang, semasa ummi seusianya belum dapat membezakan betapa bernilainya Ramadhan yang ditinggalkan ini... Subhanallah...Alhamdulillah...AllahuAkbar. Dan sebenarnya Abdul Muhaimin baru saja memasukki usia 16 tahun! Kalau dilihat luarannya boleh saja terkumpul bersama anak-anak yang suka melepak tapi Abdul Muhaimin ini punya guts untuk berkomunikasi dan mengajak kenalan-kenalan barunya bersolat dan berbuat kebaikan.
MasyaAllah...apa lagi yang diperlukan oleh seorang ibu melainkan berdoa agar semua anak-anak yang berada di luar sana untuk bangun bersama dan berusaha menyelamatkan ummah yang kian memerlukan bimbingan kita ini.



Di kesempatan ini ummi ingin sekali mengajak anak-anak remaja dan belia yang punya kesediaan untuk dilatih dan mahu mengikut ummi dan team RS dalam gerak kerja mengislah dan berdakwah...yuk! sementara umur masih ada...


nukilan

ummiroses

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS