“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)
My Sharing
Jumaat, Mac 14, 2008
Rabu, Mac 12, 2008
RUNTUHKAN BERHALA DALAM DIRI
menduakan Allah! Lagi pun kita kan orang Islam…Tapi kenapa pulak kita tak kelihatan macam betul-betul seorang Islam ya? Ada jawapan begini “ Kita kena ikut edaran zaman….pakai-pakai tudung tu semuanya tak up-to-date!” atau “Alaa…aku ni orang Islam jugak cuma tak sembahyang saja ..” atau “ Kalau setakat pergi buat haji dan balik masih melalut-melalut dengan perangai lama tu nak buat apa, baik jadi macam aku ni sembahyang tidak, puasa pun tidak tapi aku masih jaga maruah sebab aku tak pergi kuil sembah berhala!”. Emmm…ditakok mana la agaknya keislaman kita ni ya?
. Kita mulai dengan membuang segala pangkat dan gelaran yang dikejar selama ini yang menjadi pujian dan kebanggaan manusia dengan menyempitkan diri kita mencari ruang bertawaf dengan tidak ada beza antara insan lain dengan kita…semuanya kelihatan berpakaian sama dan tiada pulak gelaran hebat yang ada pada kita dipanggil-panggil orang. Lagi pun, siapa heran dengan gelaran kita tu! Baru kita rasa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi …takada siapa yang lebih mahupun kurang.. Alhamdulillah..kita menjadi begitu insaf dan redha….nah! Satu berhala sudah berjaya kita runtuhkan!
bagaimana….sangat sering berburuk sangka, iri hati dengan kelebihan orang lain, berpandangan negatif terhadap orang lain atau usaha-usaha mereka, pentingkan diri sendiri, riak, ‘ujub dan berbagai sifat-sifat mazmumah yang bukan sahaja memusnahkan diri sendiri bahkan juga insan lain. Astaghfirullahal ‘adzim…rupanya banyak sekali berhala yang kita pacakkan dalam diri sehingga kita telah melupai nilai asas dalam agama iaitu menghambakan diri hanya kepada Allah swt. Cubalah kita lihat kembali diri kita ini….atas janji apa sebenarnya kita zahirkan setiap hari kepada Allah? “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. Setiap waktu kita lafazkan namun cukupkah sekadar memahirkannya di mulut dan tidak di hati serta mengamalkannya...
nukilan
ummiroses @ rosmawati zainal
Posted by
ummiroses
at
3/12/2008 08:40:00 PG
0
comments
Labels: perjuangan ini
Jumaat, Februari 22, 2008
BICARA UMMIROSES DI KOSMO....
22 Februari 2008 - Jumaat
Ruangan FAMILI
Elakkan berpakaian seksi
Pakaian seksi merupakan salah satu faktor mendorong gejala rogol dan zina di kalangan remaja.
"Tanpa kasih sayang, ia akan mendorong anak-anak mencari dan mendapatkan kasih
Rosmawati atau lebih mesra dengan panggilan Ummi Rose, meluahkannya dalam bukunya, Ku Temui Jalan Pulang. Buku itu mengisahkan tentang kehidupan remaja yang dipenuhi dengan pelbagai persoalan, pergelutan dan cabaran dalam mencari identiti.
Remaja perlu bijak memilih rakan. Sekiranya mereka tersilap mendapat kawan, kebarangkalian mereka untuk tergelincir, tersasar dan menjadi mangsa kealpaan duniawi yang 'kotor' sangat besar.
Antara masalah sosial yang sering dicetuskan oleh remaja ialah terjebak dengan pengambilan pil khayal, dadah dan pergaulan bebas. Malah lebih parah lagi apabila anak-anak muda ini bergelumang dengan perbuatan zina sekali gus melakukan pengguguran atau membuang bayi.
Mengulas lebih lanjut mengenai masalah sosial remaja, Ummi Rose melahirkan kegusaran terhadap masalah zina dan kes rogol."Pengalaman dan sentiasa mendekati anak-anak remaja di RS, membuatkan saya lebih mengetahui dan memahami, mengapa mereka boleh terjebak dan terlanjur dengan pasangan masing-masing.
"Selain daripada pengaruh dadah dan alkohol, jenayah zina ini juga boleh berlaku disebabkan cara pemakaian remaja itu sendiri. Memiliki susuk tubuh menarik, liuk-lentok yang manja dan menyarung baju yang seksi boleh menimbulkan rasa giur dan membuatkan nafsu lelaki tidak terkawal," ujarnya yang menegaskan pakaian seksi turut mendorong ke arah seks dan rogol.
Mengulas dakwaan banyak pihak yang berkata sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa rogol tanpa mengira gaya penampilannya, Ummi Rose menjawab:
"Saya akui perkara itu. Memang sesiapa sahaja berisiko, tetapi melalui pengalaman saya bersama gadis-gadis malang ini, pakaian seksi meningkatkan lagi risiko dirogol.
"Analoginya mudah, sesiapa sahaja berisiko untuk diserang penyakit jantung, tetapi apabila dia mengambil banyak makanan berlemak dan tidak bersenam, risiko itu lebih tinggi." Ummi Rose yang telah terlibat dengan aktiviti membantu gadis kurang bernasib baik sejak 10 tahun lalu, berkata, remaja hari ini, sering salah sangka apabila diminta berpakaian sopan dan menutup aurat.
"Setiap kali berbicara mengenai pakaian sopan, fikiran mereka hanya membayangkan baju kurung, kebaya dan jubah.
"Tidak salah anak-anak muda bergaya dengan rekaan dan koleksi pakaian terkini seperti seluar jean dan blaus tetapi ia haruslah mengikut garis panduan yang telah ditetap dalam syariat Islam," katanya.
Antara etika pemakaian yang sopan dan berlandaskan syariat adalah pakaian yang tidak jarang, tidak ketat dan tidak menampakkan susuk badan. Dalam pemilihan seluar, sarungkan seluar yang agak longgar dan besar sedikit.
"Begitu juga dengan pemilihan baju. Kita masih boleh kelihatan bergaya dan ranggi, asalkan anak-anak memakai baju yang tidak singkat, nipis dan menutupi bahagian punggung.
"Elakkan pakaian seperti tube atau singlet tali halus yang boleh menampakkan 'lurah' buah dada dan ketat. Ini bertujuan supaya apabila berjalan atau melakukan aktiviti seharian, pergerakan wanita tidak akan menarik perhatian dan meningkat nafsu lelaki," tegas Rosmawati ketika ditemui KOSMO!.
Perlu diketahui apabila lelaki mula tergoda dan bernafsu dengan penampilan seksi
Tetapi, sekiranya gagal untuk mendampingi dan memiliki wanita seksi tersebut, maka nafsu seks mereka akan beralih kepada golongan yang tidak bersalah seperti kanak-kanak atau wanita yang berpakaian sopan.
"Kesannya, kita akan mendengar dan membaca berita bahawa wanita bertudung atau yang berpakaian juga menjadi mangsa rogol oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
"Kepada kaum wanita, hindari cara pemakaian yang boleh meningkatkan kes rogol dan zina secara berleluasa.
"Elak bertemu di kawasan sunyi, bilik hotel atau membincangkan perkara-perkara berbaur seks," nasihat Ummi Rose yang berharap supaya ibu bapa dan masyarakat bersama-sama membendung masalah sosial remaja.
Mendidik dan membentuk anak-anak haruslah bermula dari rumah. Memiliki keluarga yang bahagia dan institusi kekeluargaan yang sentiasa diceriakan dengan kasih sayang, gelak tawa dan kegembiraan dapat melahirkan anak-anak dan suami isteri yang baik.
Ibu bapa perlu memberikan contoh yang baik dan meluangkan masa bersama anak-anak. Peruntukkan atau cari masa supaya anda dapat mendengar masalah atau cerita menyeronokkan oleh anak-anak. Waktu makan dan menonton televisyen merupakan waktu yang sesuai untuk bersama seisi keluarga.
"Kepada masyarakat, sekiranya terlihat remaja berkelakuan kurang sopan seperti membuat bising di tempat awam, bercium di khalayak ramai, ponteng sekolah dan sebagainya, jangan berat mulut untuk menegur.
"Biasanya, mereka tidak akan cepat melatah atau melenting apabila ditegur, jika teguran tersebut menggunakan nada yang lembut dan berunsurkan nasihat," luah Rosmawati sebelum mengakhiri bicara.
petikan boleh diakses di Kosmo online
http://www.kosmo.com.my
Posted by
ummiroses
at
2/22/2008 05:18:00 PG
0
comments
Labels: pandangan
Selasa, Februari 19, 2008
LERAIKANLAH JIWA YANG TERBELENGGU
“Alahai…tak dapat la nak tolong u...u know la my work ni bertimbun. Kalau I tolong u, nanti apa pulak kata kawan-kawan I kat ofis tu...”
“Saya ni memang tak mampu nak lebih ke depan macam awak. Awak dah terkenal, takpe lah. Saya ni orang kecik-kecik je...orang pun tak perasan, ada ke takde sama je.."
“Apa la bos kita ni…sikit-sikit tanye. Dia ingat kita ni ape? Susah kita nak buat kerja…semuanya nak tahu…macamla kita ni tak pandai.”
“Eh..awak perasan tak kenape dia tanye macam tu? Tentu dia tak percayakan kita. Lepas ni jangan lagi bagitau dia kalau kita nak buat apa-apa”.
“Jangan harap la nak buat kenduri kat rumah ni…berkancah nanti rumah aku!Barang-barang ni semuanya imported tau, kalau pecah siapa nak bayar ganti rugi?”.
“Tak payahlah engkau nak susah-susah layan dia tu…bukannya dia paham. Engkau buat je la hal engkau, pedulikan orang macam tu!"
“Teruknya! Boleh dia buat perangai tak senonoh tu depan kita! Malas aku nak tegur…macam la dia tak tahu apa dia buat. Sekolah tinggi-tinggi tapi tak pandai jaga diri!”
Beginilah antara sketsa kehidupan yang kita lalui sekarang…. Kita mungkin tak termasuk dalam lakunan tersebut tetapi kita adalah di antara yang suka memberikan alasan yang berbagai-bagai untuk melepaskan diri kita dari berbuat sesuatu.
Hidup akan jadi sukar bila kita tidak merasakan ada perkara yang perlu ditukar…perlu dipercantikkan…perlu diperhebatkan…perlu diperbaiki…perlu dicanangkan…perlu diupgradekan…perlu diperhalusi…perlu ditegur dan dinasihati…dan macam-macam lagi. Tak boleh ke kita buat hal kita sendiri? Perlukah orang lain campur tangan dalam urusan kita? Suka hati kita la nak buat apa...Dan kita tentu akan rasa lebih susah bila kita yang terpaksa masuk campur urusan orang lain pulak…
Macam-macam persepsi kita terhadap orang lain menjadikan kita menghadkan tindakan
memulihkan keadaan atau membaiki masyarakat. Perasaan takut dihamun, dicaci, dimarahi, dipukul, dibelasah, tidak dipedulikan, diberhentikan, dibuang…Mungkin jugak kita menjadi antara hamba Allah yang tidak cukup yakin bahawa rezeki datang daripadaNya…takut menyatakan yang haq apabila kemungkaran berada di depan mata atau terus menutup mata apabila kejahatan melintasi pandangan seolah-olah kita adalah orang yang tak pernah tahu apa-apa, asal jangan diusik kemewahan yang meliputi diri dan keluarganya...semuanya menjadi permainan alasan untuk tidak meneruskan usaha amar ma’aruf dan nahi mungkar! Nowadays people seem to care less about others. Bagaimanalah agaknya kehidupan yang nafsi-nafsi ini? Hanya memikirkan diri atau keluarga sendiri sahaja…Yang penting kepuasan itu tercapai dengan anggapan “asal tidak mencerobohi/mengacau kehidupan orang lain” dikira cukup selesa dan membahagiakan. Kita lupa bahawa semua yang kita jumpa atau lalui adalah dengan izinNya tentu ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi yang akan menjadikan kita lebih diuji demi mencapai kemantapan iman…kita hanya tahu menyalahkan suasana dan insan lain yang terlibat…Sampai bila kita akan terus bersikap begini?
Daripada surah Ali ‘Imran : 104 “…Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung.”
Kita sebenarnya tidak cukup yakin dengan janji Allah. Keberuntungan yang bakal memberatkan timbangan menuju Jannah rupanya tidak cukup menjanjikan kita untuk terus istiqomah berbuat islah dan dakwah. Kita masih nampak kebahagiaan dunia lagi…
Kita hadkan pandangan jauh untuk bertemu dengan Allah nanti. Bukankah persoalan akan tiba bertanyakan usaha kita dalam menyebarkan syiar Islam? Cuba kita tanya kembali kepada diri…Belenggu apa lagi yang masih tinggal berbaki di dalam jiwa sehingga kita masih lagi belum benar-benar mahu menghayati Islam?
Nukilan
Ummiroses @ rosmawati zainal
Posted by
ummiroses
at
2/19/2008 07:34:00 PG
2
comments
Labels: perjuangan ini
Khamis, Februari 14, 2008
Munajat Bersama....
Ya Allah Ya Fattah Ya Aliim...
bebaskan dada kami daripada rasa yang menghimpit,
daripada ketakutan berbuat baik dan benar.
Lepaskan kami daripada kebingungan dunia,
dengan memberikan cahaya petunjuk kepada hati
kemana arah yang perlu kami tuju...
hapuskan rasa sedih yang bersemayam di hati kami,
hilangkanlah keraguan daripada hati kami,
berikan kami rasa sedih jika tidak mengikut hukummMu,
tanamkan rasa sedih di benak kami
jika tidak mampu berjihad di jalanMu.
Semaikan rasa sedih dalam jiwa kami
jika kami tidak dapat mampu menyeru umat kepada jalanMu yang lurus...
daripada kelemahan yang menyemputkan nafas kami
sehingga kami tidak mampu berlari dalam
perjuangan membela agamaMu.
Lepaskan belenggu kemalasan dalam setiap langkah kami.
Berilah kami kekuatan Ya Allah Ya Qahhar...
Tambahkan kekuatan Mu dalam kekuatan kami Ya Allah
Ya Allah Ya Muhaimin yang Maha Memelihara,
bebaskan kami daripada kejahatan golongan
yang menghalang kami daripada melakukan ketaatan kepadaMu.
Bebaskan kami daripada kekuasaan
golongan yang menyekat agamamu.
Bebaskan kami daripada penjajahan,
penjajahan sesama manusia,
penjajahan pemikiran batil dan
juga daripada belenggu syaitan yang direjam...
Ya Allah Ya Malikul Qudus...
jadikan kami penolong kepada mereka yang ditindas.
Jadikan kami hambaMu yang mampu menguasai dunia
dan menegakkan kedaulatan Islam dengan ilmuMu.
Kumpulkan kami daripada kalangan para nabi,
orang yang membenarkan agamaMu,
orang yang mati syahid dan
orang yang beramal soleh...
Amin Ya Rabbal Alamin...
Posted by
ummiroses
at
2/14/2008 07:01:00 PTG
0
comments
Labels: Untaian Kata-kata













