Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Ahad, April 19, 2009

JOM PIKIR SAMA-SAMA....

Bismillahirrahmanirrahiiim

Sebagai peringatan kepada semua....

Daripada Surah Al'Asr :
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Ummi menjemput anak-anak membaca penulisan dari blog Pengembara Jalanan yang ummi rasa sangat baik untuk anak-anak fikirkan dan hayati..... jadikanlah iktibar dalam membina kehidupan kalian mencapai keredhaan Allah SWT.


Apa ni???... Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil

Terima kasih kepada TV, Radio dan Surat Khabar. Kerana jasa mereka maka negara kita telah berjaya melahirkan pelawak yang dikatakan serba boleh iaitu Nabil. Maka dicanang jualah akan nama Nabil hampir tiap-tiap hari. Maka bintang Nabil semakin cerah selepas berjaya menjadi juara rancangan Raja Lawak Astro. Maka banyaklah slot di tv diisi oleh Nabil.


Saya bukan anti Nabil. Saya tak minat pun Nabil. Tapi ada jugalah dengar ayat-ayat Nabil yang boleh dipakai iaitu " lu fikirlah sendiri". Tapi bila saya tengok rancangan kendalian Nabil tak ada pun rasa yang terlebih istimewa. Rancangan pondok-pondok dan rancangan waktu pagi bersama Raja Azura (minta maaf tak ingat nama rancangan tu) lebih kepada membawa hiburan yang melampau-lampau. Rancangan yang melalaikan orang Melayu dan hiburan semata-mata. Tidak lebih dari itu.

Orang yang menonton dan penonton yang hadir hanya pergi untuk ketawa dan bersantai-santai. Dan bukan untuk berfikir pun tentang masalah negara, ekonomi dan apa sahaja. Dan itulah perancangan tv-tv kita masa sekarang ini. Bukan untuk membentuk masyarakat yang lebih berfikir, berpendidikan dan prihatin tentang nasib bangsa yang semakin mencengkam. Masalah agama dan moral yang semakin membarah dalam masyarakat. Yang penting berhibur la sampai ke tua-tua. Target penonton daripada budak dari buaian sampailah nenek yang hanya menunggu masa dipanggil Illahi.

Minta maaf, saya tak tengok pun Anugerah Berita Harian. Tak tahu pun Nabil terpilih sebagai Bintang Paling Popular Se Malaya. Iyalah, mereka-mereka yang memilih sudah tentu gembira, tapi saya tak campur. Tapi apabila membaca Utusan Malaysia dengan kenyataan Nabil yang pada saya menghina agama saya, saya terpaksa campur. Ramai yang kononnya terkejut dengan tindakan spontan Nabil yang spontan memeluk Irma apabila diumumkan sebagai pemenang.

Yalah, mereka biasanya memeluk anak gadis orang semasa berlakon sahaja. Atas nama lakonan dan kerana seni, maka hukum agama dan soal halal haram terpaksa diketepikan. Untuk menghayati lakonan istilah mereka. Tetapi lebih kurang ajar apabila langsung tiada perasaan bersalah daripada Nabil. Jika jahil sekalipun, mintalah maaf. Belajarlah. Janganlah cuba mempertahankan tindakan yang sememangnya dilarang oleh agama.

Irma : Bakal isteri ....

Artis kita sopan ke? Mimpi lah. Berpelukan perkara biasa. Jika remaja ingin memilih idola, utamakanlah agama bukannya hiburan. Dek kerana kita buta dengan hiburan, maka kita pilihlah idola yang sudah sedia sesat, untuk kita sama-sama sesat bersama mereka. Dan kenyataan Nabil yang paling kurang ajar bagi saya apabila mengucapkan - 'Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara.'

Memang kurang ajar dan sungguh biadap sekali. Langsung tiada perasaan bersalah dan sensitif dengan perasaan umat Islam. Lalu ada ke nanti pemimpin nak tegur. Minta Nabil minta maaf? Jika orang sebiadap ini dijadikan idola remaja kita, maka tidak hairanlah nanti semua remaja kita akan mengatakan memeluk wanita di khalayak ramai itu tiada apa-apa!


Mari kita ambil intisari temuramah dia dengan Utusan.

i) tak rasa menyesal sedikit pun?
Saya memang tak
menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.Saya tak kisah apa orang nak cakap.

ii) Adakah Nabil akan minta maaf?
Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja

iii)Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?
Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya.
Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula.

iv)Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?
Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain.

v) Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?
Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

vi)Bila lagi nak kahwin?
Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.


Kejahilan yang mengigit orang Islam sehingga ke tahap menghina sebegini tiadakah orang yang sudi melarang. Malang, jika ramai pula nanti di luar sana yang akan menerima pakai hujah-hujah 'alim' dari Nabil ini. Tidak hairan jika Nabil pun boleh jadi mufti pasal dah buat keluar fatwa sendiri.

Beristighfarlah dan jagalah kesucian agama ini. Jika kita tidak tahu, belajarlah. Jika terpesong baliklah ke pangkal jalan. Janganlah sampai membuat kenyataan mengarut yang langsung bercanggah dengan agama Islam. Sesungguhnya kita singgah di dunia ini sementara, akhirat lah destinasi kekal abadi. Temuramah penuh sila ke sini.

Dipetik dari http://azzlie.blogspot.com/2009/04/nabil-cakap-peluk-irma-tak-jejas.html
Terima kasih atas perkongsian yang sangat baik ini azzlie....moga terus cemerlang dunia dan akhirat!

8 ulasan:

GuY67! berkata...

Salam,

mmg sebuah topik yg sangat menarik...
bahaya sungguh ikon2 zaman sekarang..
sehingga boleh menimbulkan pengaruh yg terpesong!

maka awasilah anak2 anda, pada sesiapa yg sedang atau sudah membaca post ini.
Jangan sampai anak2 kita, adik2 kita, saudara-mara kita terikut-ikut dengan budaya yang dibawa oleh media hiburan.

sekian, salam.
Jzkk.

zanurul wani berkata...

nak buat macam mana ummi..
orang sekarang dah menghalallkan yang haram dan mengharamkan yang halal
saya terasas tempiasnya bila terpaksa berurusan dgn gol2 yg macam ni
mmg susah untuk lawan arus
tapi saya yakin yg Dia tahu niat kita n if kita buat lillahi ta'ala, insyaAllah dDia akan bantu kita.

semoga kita terus dapat bwk brithers n sisters in islam kembali kenal pada diri, sayang pada islam ;)

ameen

cik tasha shafzan berkata...

salam,

teruk betul artis zaman sekarang, sangaja nak tiru gaya barat..
apa la yang nak di agung2 kan orang sana tu..
ish3..

aja49 berkata...

Pakcik lihat sekarang ni anak-anak muda kita dah semakin parah.

Kalau si Nabil tu berani buat perkara mungkar di hadapan halayak ramai (live pulak tu)dengan begitu santai dan tiada teguran daripada orang agamawan maka tunggulah akibatnya nanti.

Rancangan media sekarang ini memang tiada bertujuan untuk menghasilkan insan yang takut kepada Allah s.w.t. Mereka lebih suka berhibur, bersuka dan bersia-sia. Mungkin itu cara yang lebih selesa bagi mereka di dunia ini.

pharie berkata...

pergh..

i cant even seems to undertands how he can answers such question like that though.i mean, it sounds sooo...cool je after what hes done.

haih.thank god theres someone like you that concern about this terrible matter.huhu.

nice sharings btw! lovin it. =)

Tanpa Nama berkata...

mak teh, x lame alamat Sang Nabil jd "ustaz", Sang Irma jd "ustazah"
paling berkaliber dlm artis2 yg rosak akal- abg naqi

si berkaca mata berkata...

Ini realiti ummat.

Mereka ada influence yang besar
kita perlu berhati-hati
Ikon2 seperti ini akan membawa generasi muda kita ke arah kehinaan dan kemaksiatan.

bersama-samalah kita

fastabiqul khoirat

KangNasir berkata...

aslkum.w.w.

maafkan saya kerana menziarahi laman tanpa diundang.
salam perjuangan utk ugama & anak bangsa.

teruskan menulis demi kebaikan ummah.
saya suka berkongsi pendapat dalam hal-2 sebegini.

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS