Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Sabtu, Ogos 09, 2008

BERTEMU DAN BERPISAH KERANANYA...

Jom Remaja ESQ-RS (26-27 Julai 2008)

Alhamdulillahi rabbil’aalamiiin. Dua minggu lepas ummi dan team RS telah diberi peluang menguruskan training anak-anak remaja bersama team ESQ Leadership Centre. Hampir 100 anak-anak remaja sekitar lembah Kelang berjaya menjalani sesi training yang sungguh luar biasa ini. Ada slot yang ummi dengar dan hayati tangisan anak-anak ini sehingga membuatkan ummi terus terkenangkan anak-anak di RS…moga Allah terima taubat anak-anak ummi ini… Airmata ummi rupanya tak dapat menghentikan kesedihan dan kesayuan hati ummi…terus-terusan menitis sehingga mata terlelap dengan sendirinya.

Memikirkan anak-anak di RS, sekurang-kurangnya mereka yang lalui kesilapan ini dipantau dan dibimbing. Mereka mahu berhijrah, kembalikan maruah diri yang telah terpesong, martabatkan maruah agama yang dipinggirkan selama ini….kita akan terus bantu mereka ini insyaAllah! Tapi dalam pikiran ummi terbayang-bayang anak-anak remaja di luar sana …bagaimana ummi dan rakan-rakan bisa membantumu anak-anakku? Bagaimana bisa kami membimbingmu kembali menghayati kehidupan seperti yang dikehendakki oleh agama kita? Bagaimana harus kami dekatkan diri kami supaya anak-anak terpanggil untuk menjadikan kami tempat mengadumu?

Ya Rabb…kuatkanlah semangat kami untuk terus mengamalkan amar ma’aruf dan nahi mungkar…Ya Wadudul Majid…pahatkanlah keyakinan janjiMu supaya kami terus istiqomah berusaha mengembalikan anak-anak kami ini ke pangkuan agamaMu…

Forum dan Pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina

Pagi 27 Julai, ummi bangun dengan mata yang bengkak…adoi! Pedih betul mata ummi kali ni memandu ke Auditorium di SIRIM, Shah Alam. Hati begitu bersemangat sekali nak bertemu dengan anak-anak remaja dari berbagai sekolah yang dijemput hadir bersama. MasyaAllah…Subhanallah! Sampai tak muat dewan mengisi kehadiran remaja-remaja sekolah ini. Syabas untuk penganjur Wanita JIM Selangor, Raudhatus Sakinah Selangor dan Kelab Remaja JIM Selangor!

Forum ‘Berapa Harga Dirimu…’ bermula sebaik selepas kempen Anda Bijak Jauhi Zina dilancarkan. Ummi dan sahabat ummi, cikgu Arbain Pinni berkongsi bermacam-macam cerita dan maklumat. Dari cerita gejala sosial sehinggalah kepada bagaimana kita boleh betulkan dan uruskan persepsi untuk beroleh kebahagiaan dalam diri. Seronok tengok muka anak-anak yang ternanti-nanti (…ada yang macam terlopong je tu…). Sempat pulak di tengah-tengah forum bersenam chicken dance dengan audience semua…menarik betul! Di akhir forum, moderator abang Dhany sempat ajar sign language Anda Bijak Jauhi Zina kepada semua. Dengan ikrar bahawa akan jadi ummat yang terbaik, ummi yakin anak-anak yang berani dan hebat ini akan terus menguruskan kehidupan menangani semua cabaran dengan bijak insyaAllah!

Ceramah demi ceramah…

Hari-hari yang dilalui kali ni rasa pergi begitu cepat sekali. Setiap hujung minggu sepertinya sangat terhad…emmm…kiranya tak cukup tujuh hari seminggu ni! Team RS bersama sahabat-sahabat yang terlibat dengan Modul Kesihatan Reproduksi Remaja dipanggil dan dijemput oleh kebanyakan sekolah-sekolah dan IPTA/IPTS. Dengan tajuk yang memerangkap jiwa dan mencairkan emosi, kami terus diundang lagi untuk mendatangi anak-anak remaja yang dahagakan keperihatinan. Dengan rasa rendah hati, ummi mengajak sahabat-sahabat lain dan masyarakat yang ingin menyumbang tenaga, masa dan harta, membantu anak-anak remaja kita …..tampilkan diri anda semua ..hulurkan tangan kepada anak-anak ini…bantu mereka…dengarkanlah keluhan hati mereka…. kongsikanlah kegembiraan dan pengalaman…ajak mereka keluar dari kejahilan….gembirakan mereka dengan janji-janji dari Allah….Tiadalah yang lebih kita impikan melainkan anak-anak yang bakal memimpin negara ini mengembalikan syariat di muka bumi Allah ini! Amiiin ya Rabb.

Pergi dan Kembali

InsyaAllah….dengan izinNya rindu ummi untuk bertemu suami akan terubat sekembalinya dalam tempoh tak sampai 2 minggu dari sekarang… Dalam tempoh yang sama, anak sulung ummi, Abdul Hakim akan berlepas ke Indiana, Amerika Syarikat mengejar impiannya menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Dia telah merelakan kasih sayangnya yang terpaut erat, berjauhan sementara dengan keluarga dan sahabat-sahabatnya di Gombak dan di UTHM Batu Pahat (dulu dikenali sebagai KUITTHO).

Selalu ummi terfikir betapa menjadi insan terpilih oleh Allah ini…diambil setiap yang kita kasehi untuk kita mengenal lebih lagi erti hidup. Cinta dan kasih yang sangat berperanan dalam menghidupkan. Tanpa rahmat Allah ini tentunya kita terhimpit oleh perasaan dendam, irihati, cemburu, dengki, selfish…tak ada yang boleh kita kongsikan melainkan untuk memuaskan selera dan emosi sendiri sahaja…jangan lah sampai hendaknya ummi jadi sebegitu rupa, mohon Allah simpangkan jauh-jauh. Amiiin ya Rabb.

Ya Allah Ya Rahman ya Rahiiim…jangan biarkan rasa sakit terbeban lalu menghentikan langkah kami…ajarkanlah kami redha dan ikhlas..berkahilah perjuangan kami yang sentiasa mendambakan rahmat dan cintaMu…

Ya Rabb…demi siang yang kian menampakkan diri…anugerahkanlah kami semangat juang yang tinggi untuk terus berada di jalanMu…jangan sesekali Engkau alihkan hati kami mengharap selain cintaMu….Ya Muhaimin..peliharalah kami dari segala kemungkaran yang nyata…Ya Wadud…jadikanlah kami ini yang sentiasa merindukanMu...

Alhamdulillah…dengan kurniaan Allah, semua yang berada di sekeliling ummi ketika ini sangat-sangat membantu meringankan kerja-kerja ummi. Terutama anak-anak di rumah...dan yang selalu berada di samping ummi di saat ummi sangat memerlukan sokongan moral. Moga Allah sentiasa merahmati anda semua. I really love you all!



Nukilan

ummiroses@rosmawati zainal

Tiada ulasan:

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS