Begitu lama rasanya tidak dapat menimbulkan kisah di maya sendiri…Rindunya anak-anak dan kawan-kawan yang kian menanyakan perkongsian hati di sini. Makin suntuk masa ku rasakan…semuanya harus diambilkira…berita suka dan duka sahabat seperjuangan, masalah anak-anak remaja yang kian meruncing, berkongsi ilmu dan amal bersama rakan-rakan yang mula menjejaki ruang islah dan dakwah, amanah yang dipertanggungjawabkan dalam jawatankuasa yang dilantik…..emmm apalagi ya... satu lagi cabaran ialah aku kembali menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak apabila suamiku dipohon bertugas di luar negara lagi….owh! tak apa-apa..jangan khuatir…udah kebiasaan sebenarnya cuma bila dah lama berada bersebelahan terasa jugak kehilangannya.
Teringat ketika mula berkahwin lagi sudah terpisah oleh jarak tugas. Kemudian sama-sama bermusafir mencari ilmu di luar negara selama 2 tahun. Sekembali suamiku terus mula bertugas, di ketika itu aku telah pun mempunyai dua orang anak yang dilahirkan di sana…tak bisa bekerja sebab mahu menjaga anak-anak sendiri…maklumlah macam-macam yang ku dengar tentang penjagaan anak yang sangat menakutkan. Tak lama kemudian, bermulalah kembali era berjauhan ni….sangat-sangat mencabar dalam membangunkan rumahtangga dan dalam masa yang sama mendidik anak-anak yang semakin meningkat kedewasaannya. Terpaksa mengakui betapa banyak airmata yang tertumpah sebab masih dangkal mengharungi kehidupan namun semuanya telah mematangkan aku. Aku yakin Allah memang sangat sayang kepadaku….aku belajar menjadi lebih sabar dan redha dengan setiap perolehan yang datang menghampiri…. betapa didikan Allah yang dianugerahkan terus terhadap diriku ini…
Agaknya jugak dengan tarbiah ini aku menjadi lebih ‘rugged’. Eh..bukanlah maksudnya penampilanku kian serabai atau ikut ala hippies …hehe. Aku beroleh semangat dan kekuatan untuk bekerja siang dan malam seolah-olahnya tanpa had…aku menjadi wanita tahan lasak! Jangan sebut kalau bertemu dengan manusia lain…ada saja peluang untuk aku berkenalan dan yang pasti akan ku menafaatkan ruang dan masa tersebut untuk islah dan dakwah. Pasti cabarannya besar namun diharungi jugak kerana rasa mendapat kepuasan dengan cara sebegini. Mungkin sahabat-sahabatku pernah dengar kata-kata ini……kalau takut pada risiko jangan bicara tentang perjuangan…inilah masa dan ketikanya kita beraksi untuk kaut keuntungan akhirat…ya kan?.
Bermula dengan luahan dan motivasi dari suami, aku yang pada awal serba kekurangan dan selalu saja takut menemui orang yang tidak dikenali rupanya boleh bertukar wajah (emmm…tentu bukan menjadi makhluk asing!) menjadi seorang tak boleh tidak, hampir wajib bertemu manusia asing setiap hari. Alangkah indahnya setiap kejadian yang dianugerahkan Allah ini. Semuanya ada sebab musabab izinNya sedemikian rupa. Namun, masih banyak yang harus dipelajari…makin dicari makin banyak pulak yang tidak diketahui…Subhanallah!
Ada seperkara lagi yang ingin sangat aku kongsikan… sewaktu membuka hadiah-hadiah di hari perkahwinan, suamiku mintak pilihkan hadiah yang paling aku suka dan sayang dan berikan kepada mak ayahku. Aduh..lemah jugak seketika menyerahkan benda yang kita suka, namun mak dan ayah adalah jugak yang paling ku sayang, ku relakan jua. Rupanya inilah pengajaran yang ku bawak dalam hidup…memberi apa yang kita suka dan kasih kepada orang lain kerana ianya bukanlah hakmilik total kita….semuanya pinjaman dari Allah swt semata-mata kan…Alhamdulillah. Moga didikan suamiku menjadi pemberat timbangannya menuju Jannah. Terima kasih bang…
Tahun ini saja apa yang dicitakan dan diidamkan sudah separuh ku dapatkan. Alhamdulillah.
Masih banyak peluang untuk diterokai. Makin ramai kenalan baru dan anak-anak yang memasukki ruang hidupku. Nikmat Allah yang dikurniakan tanpa batasan selagi mana kita terus tidak lupa menjadi hambaNya yang bersyukur. Subhanallah..Alhamdulillah. Ketika bersama anak-anak di Raudhatus Sakinah (RS) kelmarin, masing-masing menanyakan “ummi, ceritalah hal anak-anak ummi. Bila diaorang nak datang RS ye ummi?” Yang seronoknya anak-anak RS ini boleh ingat nama anak-anak angkatku. Emmm…akan ku angkut mereka ini datang ke RS berkongsi pengalaman sebagai penambah semangat kepada anak-anak di RS insyaAllah ...
Sahabat-sahabatku...
Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa yang melepaskan suatu kesusahan seorang mukmin di antara berbagai kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan darinya salah satu di antara berbagai kesulitan pada hari kiamat. Barangsiapa yang memudahkan orang yang mendapatkan kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan baginya di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah itu akan selalu membantu hamba jika ia mau membantu saudaranya. Dan barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan untuk menuju Syurga. Tidak ada suatu kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allah seraya membaca kitab Allah AlQuran dan mereka mempelajari AlQuran tersebut kecuali akan turun kepada mereka ketenangan dan mereka pun akan diliputi rahmat Allah serta mereka akan diliputi malaikat, bahkan Allah pun akan menyebut-nyebut mereka di hadapan makhluk lain di sisiNya. Serta, barangsiapa yang menangguhkan amal ibadahnya, maka tidak akan dipercepat keturunannya.” (Hadith Riwayat Muslim )
1 ulasan:
ops..mcm kenal? hehe
Catat Ulasan