Hatiku akan terus menangis setiap kali terfikirkan kecintaan yang mendalam Nabi Ibrahim ‘alahissalam terhadap anaknya Nabi Ismail yang kemudiannya diuji oleh Allah samada benar cinta ini ikhlas kerana Allah atau sekadar cinta sesama manusia. Terketuk minda dan emosiku memikirkan apakah selama mencintai ahli keluarga dan sahabat-sahabat, adakah cinta ini tidak melebihi cinta terhadap Allah SWT? Jawapan apa yang harus aku berikan jika persoalan terhadap cinta menjadi ukuran keikhlasan aku beramal kepadaNya? Bagaimana diri ini harus menjawab bila berhadapan dengan Allah nanti? Malu kepada diri sendiri sebenarnya….
Aku ingin mengajak sahabat-sahabat semua mengungkap kembali kisah Nabi Ibrahim ini yang dirakamkan Allah dalam surah As Shaffat : 102-109
102. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami)
Dengan penuh kesungguhan keduanya melaksanakan perintah itu. Mengikut riwayat si anak malah menyarankan kepada bapa supaya menanggalkan baju luarnya agar tiada kesan percikan darah yg tentunya akan menyayat hati ibunya bila melihatnya kemudian. Lalu si ayah merebahkan anaknya dan menggunakan pisau yang tajam dengan penuh nekad dan tawakkal melaksanakan penyembelihan itu. Bayangkan perasaan si ayah ketika itu yang sesungguhnya merasakan gejolak perasaan yang tidak digambarkan menyembelih anaknya sendiri. Pisau itu telah pun diletakkan dan secara fizikal dan pasti Nabi Ibrahim telah pun menyembelih anaknya. Kemudian apabila dibuka matanya barulah dilihat anaknya Ismail berada di sebelahnya dan Allah telah menggantikannya dengan seekor haiwan…. Subhanallah…AllahuAkbar!
Itulah Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail....diuji Allah untuk membebaskan diri dari segala kecintaan hatta kepada anak sendiri harta yang paling dicintai. Ternyata Allah itu ada cara tersendiri untuk menguji keimanan hambaNya. Setelah terbukti keimanan yang tidak berbelah bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail maka Allah berkenan menggantikan Nabi Ismail dengan seekor haiwan sembelihan yang besar....
104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
107. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
108. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
Lalu, aku muhasabah kembali diriku dengan merenungi semula ayat daripada Surah At Taubah : 24 mafhumNya
102. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami)
Dengan penuh kesungguhan keduanya melaksanakan perintah itu. Mengikut riwayat si anak malah menyarankan kepada bapa supaya menanggalkan baju luarnya agar tiada kesan percikan darah yg tentunya akan menyayat hati ibunya bila melihatnya kemudian. Lalu si ayah merebahkan anaknya dan menggunakan pisau yang tajam dengan penuh nekad dan tawakkal melaksanakan penyembelihan itu. Bayangkan perasaan si ayah ketika itu yang sesungguhnya merasakan gejolak perasaan yang tidak digambarkan menyembelih anaknya sendiri. Pisau itu telah pun diletakkan dan secara fizikal dan pasti Nabi Ibrahim telah pun menyembelih anaknya. Kemudian apabila dibuka matanya barulah dilihat anaknya Ismail berada di sebelahnya dan Allah telah menggantikannya dengan seekor haiwan…. Subhanallah…AllahuAkbar!
Itulah Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail....diuji Allah untuk membebaskan diri dari segala kecintaan hatta kepada anak sendiri harta yang paling dicintai. Ternyata Allah itu ada cara tersendiri untuk menguji keimanan hambaNya. Setelah terbukti keimanan yang tidak berbelah bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail maka Allah berkenan menggantikan Nabi Ismail dengan seekor haiwan sembelihan yang besar....
104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu".
106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
107. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
108. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu,dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
Ya Rabb…Kecintaanku kepada suami dan keluarga, sahabat-sahabat yang jauh dan dekat, anak-anak kurniaan Allah yang begitu ramai dititipkan kepadaku sentiasa membuahkan rindu yang bersangatan.…menjadikan aku begitu bersemangat untuk meneruskan cinta mengislah dan berdakwah keranaNya… Subhanallah….Alhamdulillah.
Ya Allah…kerana cintaMu yang sungguh meluas tersebar kepada hamba-hambaMu, ku panjatkan syukurku yang tidak terhingga atas nikmat anugerahMu ini….jadikanlah kecintaanku terhadap suami, keluarga, sahabat dan anak-anak ini sebagai penambah kekuatanku untuk terus mencintaiMu…Ya Wadud Ya Majid….aku sangat-sangat merinduiMu….
nukilan
ummiroses @ rosmawati zainal
2 ulasan:
Insyaallah, semuga Allah menerima segala usaha kita sentiasa memberi kita kekuatan.
AMEN
ya, kita selalu menunjukkan cinta itu kepada romeo dan juliet. terlupa dalam sebuah kitab, banyak kisah-kisah cinta yg benar-benar kudus tersedia untuk dibongkarkan.
Catat Ulasan