Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Sabtu, April 19, 2008

TAK TERTANGGUH WALAU SESAAT PUN...

Terima panggilan hampir jam 6 petang waktu berjalan keluar dari ofis, “Ros, kak Sofi rasa tak sihat ni …” Terus kak Ros jawab “ok kak Sofi…jap Ros datang ambik kak Sofi ye, tunggu Ros…jap lagi Ros sampai…” Tak sampai setengah jam agaknye kak Ros tiba depan rumah kak Sofi, kakak kepada suami kak Ros dan terus menjemputnya masuk ke dalam kereta.

Dalam kereta, kak Ros bertanya, “kak Sofi rasa tak sihat macammana ye?” “Rasa letih sangat Ros…penat naik turun tangga di LRT agaknya. “ Terasa perlahan benar suara kak Sofi kali ni. Terasa sayu pulak. Elok benar kalau diajak makan bersama. Alhamdulillah sebelum mengambilnya, kak Ros singgah kejap di gerai dan membeli lauk kegemaran sebagai tambahan lauk pauk di rumah. Lagi pun dah lama benar tak berjumpa dengan kak Sofi. Bekerja setiap hari di Dewan Bahasa dan Pustaka dan hujung minggu pula ke Rawang bermain dengan cucu sulungnya di sana. Baru empat hari lepas kak Sofi menyambut hari lahirnya langsung menamatkan kerjayanya di ofis…pencen pada umur 56 tahun. Agaknya kak Sofi menunggu-nunggu saat ini untuk merehatkan dirinya dari mengharungi kegawatan pagi dan petang berebut-rebut menaiki LRT dan bas berulang alik dari rumah ke ofis. Tentu sangat meletihkannya.

Perasaan ingin tahu tentang kesihatannya membuat kak Ros terus bertanya samada beliau ada muntah tadi. Jawapannya “ada sekali” menjadikan kak Ros mengesyakki mungkin ada kena mengena dengan jantungnya. Namun, kak Sofi terus bercerita tentang perjumpaannya dengan suami kak Ros pagi tadi apabila beliau meminta adiknya itu menemaninya ke bank. Alhamdulillah..sempat mereka berdua makan pagi bersama. Kak Ros membiarkan kak Sofi bercerita tanpa menyampuknya…kelihatannya seperti sedang menzahirkan kegembiraannya.

Bila keadaan senyap, kak Ros ambik kesempatan bertanya “kak Sofi ada tak rasa sesak nafas ye?”… soalan yang tak mendapat jawapan…hanya kedengaran bunyi tarikan nafas yang kuat seperti dengkuran tidur. Terus kak Ros memalingkan muka kepada kak Sofi yang berada di sebelah tempat duduk kak Ros yang masih memandu ini. Eh..kak Sofi tiba-tiba menjadi kejang seluruh badannya….masyaAllah! Bila mukanya bergerak memandang kak Ros kelihatan mulut yang sudah berbuih. “Astaghfirullahhal ‘Adzim… kak Sofi kenapa ni?” Kak Ros terus memegangnya dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memandu menuju klinik yang berhampiran. Segala zikir yang kak Ros ingat dibacakan sekuatnya dan terasa badan ini makin menggigil.

Sebaik sampai klinik, kak Ros meminta tolong beberapa orang yang sedang berada di kedai berhampiran untuk membantu mengangkat kak Sofi masuk ke dalam klinik. Doktor berusaha keras memberi rawatan sewajarnya. Kak Ros membisikkan syahadah di telinga kak Sofi. Doktor mintak kak Sofi segera dihantar ke hospital berdekatan. Diangkat semula kak Sofi ke dalam kereta kak Ros oleh beberapa orang yang membantu tadi. Sebelum bergerak, doktor telah memegang tangan kak Ros dan berkata perlahan, “kak, saya tak jumpa nadinya tadi….”. Dalam hati kak Ros terus berdoa …Ya Allah, bantulah hambaMu ini…

Dengan dibantu oleh seorang sahabat JIM Gombak, Salman telah meminta kak Ros beralih tempat duduk supaya beliau yang memandu kereta untuk dibawak ke Hospital Selayang. Kak Ros sempat singgah mengambil Mashitah, anak kak Ros di rumah yang terus memangku kak Sofi. Dalam masa yang sama, Dr Samsuddin juga ahli JIM Gombak sekejap-sekejap menelefon kak Ros untuk memastikan kak Ros tidak sulit menghadapi keadaan yang mencemaskan ini. Sampai di hospital, kak Sofi telah disahkan meninggal dunia beberapa ketika sebelum tiba di sana. Adam, anak kak Sofi menangis sekuatnya kerana terkilan tak dapat menunaikan hasrat berjumpa emaknya.. Kak Sofi meninggalkan dua anaknya Adam dan Ani sebagai yatim piatu kerana suaminya telah pun pergi mengadap Ilahi 11 tahun dulu. Innalillahi wainna ilaihiraaji’uuun. Jenazah kak Sofi selamat dimandikan malam itu juga dan dikebumikan pagi esoknya. Alhamdulillah… segalanya telah pun selamat disempurnakan.

Ketika munajat kepada Yang Maha Kuasa, Yang Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan…terasa begitu hampirnya Malaikat Maut dengan kak Ros pada saat kak Sofi menghembuskan nafas yang terakhir. Rupanya diri ini bersebelahan saja dengan hamba Allah yang taat menunaikan perintah mengambil nyawa manusia. Airmata ini tidak lagi boleh dibendung-bendung…betapa ia tidak melewatkan sedikit pun janjinya kepada Allah. AmanahNya menjemput kak Sofi telah tertunai tanpa diganggu. Siapa yang berani menyekat kedatangannya dan menghalang jemputannya? Subhanallah! Allah telah memilih kak Ros untuk merasai ketibaannya. Rasa begitu dekatnya dengan kematian.... “Sudah adakah bersamaku bekalan mengadap Allah ini nanti? Apakah aku bisa menjawab persoalan-persoalan sketsa kehidupan yang akan dibentangkan di hadapanku? Sedangkan mulut akan terus membisu….tiada alasan lagi untuk menidakkan kenyataan demi kenyataan yang dipertontonkan terhadap diriku! Bagaimana pulak insan lain yang ku kenali sebelumnya…adakah mereka akan membantu menyelamatkan diriku dari terus terhumban dari azab Allah? Cukupkah amalan yang sepatutnya menjadi penyumbang terbesar menaikkan saham sebagai pemberat timbangan untuk sampai mencecah kakiku ke dalam Jannah nanti? Cukup solehkah anak-anakku untuk diterima doa mereka di saat aku menantinya di alam barzah nanti? Macam-macam persoalan mula bermain di kepala…

Bagi sahabat-sahabat dan anak-anak yang dah lama kenal, maafkan kak Ros/ummi di atas segala kesilapan, kesalahan dan kealpaan selama ini Untuk sahabat yang baru ditemui baik di alam realiti atau di forum maya, mungkin ada yang tidak berupaya menerima kak Ros seadanya, kak Ros mohon berbanyak ampun dan maaf. Jika tidak kerana keluarga dan sahabat, mungkin jugak kak Ros akan terus leka dengan kepalsuan dunia… Alhamdulillah. Dengan izinNya jugak, kak Ros dipertemukan dengan segala macam ragam manusia…belajar mengharunginya, mendidik diri untuk kembali kepada Allah bukan hanya ketika menghadapi kesusahan malah lebih-lebih lagi pada saat gembira menemukan penyelesaiannya. Subhanallah…Ya Allah…jadikanlah kami ni hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur.

Umur kita mungkin sekadar ini atau mungkin lebih lagi…tak tahu bila akan dipertemukan lagi baik di sini atau di sana. Moga kita semua dijemput Allah dalam husnul khatimah…AlFatihah untuk kakak ipar kak Ros, Sofiah Binti Abdul Hamid - 16 April 2008 M / 9 Rabiulakhir 1429 H.



nukilan
ummiroses @ rosmawati zainal

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

subhanallah..
Allah Taala pilih umi berada di samping almarhum di akhir ajalnya. tak tawlaa macam mana rasanya 'melihat' izrail menjalankan tugas.

mudah2n menjadi peringatan untuk kita semua..

p/s: mafhum kalam rasulullah, sebijak2 manusia adalah yang paling kerap mengingati mati, dan yang paling bijak di kalangan itu adalah yang bersedia menghadapinya..

Tanpa Nama berkata...

Mase cRos cerite kat ofis aritu pon.. terase takut dan insaf betul.. rase mcm nak dok sorg2 dalam bilik menangis kenangkan segala dosa-dosa lepas.. apepun, hidup perlu diteruskan.. isikan hidup dengan menunaikan amanah selaku khalifah Allah.. teruskan perjuangan ar-Rasul s.a.w... berbakti kepada kedua ibu bapa..

Zaid berkata...

indeed it is a tazkiyatun nafs, i was very moved. jzkk cros kerana berkongsi.

saj berkata...

coach yang dikasihi... mohon maaf kerana lewat mwmbaca postingmu. Apapun, kematian yang pasti itu memang begitu menggerunkan. Gerun kerana tiada lagi amal yang boleh dibaiki selepas itu. Astaghfirullah hal 'azim, ampunilah aku yang Allah, ibu bapaku, guru-guruku, coach yang begitu berjasa kepadaku, rakan-rakan seperjuanganku......Temukanlah kami di syurga FirdausMu... Amin.

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS