Isnin 1 Ogos 2011, RS Pusat telah dihubungi oleh pegawai dari Kedutaan Amerika untuk mendapatkan ruang lawatan kerja dari Farah Anwar Pandith , Wakil Khas Setiausaha Negara Amerika , Hillary Clinton (khusus untuk Muslim Communities khasnya Gen Y). Walaupun permohonan dan pemakluman ini dalam waktu yang sangat singkat, kami bersetuju untuk menerimanya di RS Selangor. Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang menguruskan Rumah Bimbingan dan Perlindungan untuk Muslim serta berjumpa dan mendengar suara pelatih2 yang merupakan Gen Y. Beliau telah datang bersama Setiausahanya, Sarah dan seorang wakil Kedutaan Amerika di Malaysia, Celina. Farah berasal dan dilahirkan di Srinagar , Kashmir , India . Keluarganya berhijrah ke Amerika ketika dia berusia 1 tahun .
Selasa 2 Ogos 2011, mereka tiba tepat jam 2 petang seperti yang dijanjikan. Setelah 15 minit sesi penerangan bersama saya dan kak Yusnani Abdul Hamid (Pengerusi RS Selangor), Farah dan rombongannya dibawa berjumpa dengan pelatih-pelatih Raudhatus Sakinah (RS) yang seramai 25 orang berusia antara 14 hingga 25 tahun (15 orang berusia 14 - 17 tahun , 10 orang berusia 18 - 25 tahun ,7 pelajar IPTA dan IPTS , 3 bekerja).
Beliau telah memberi ruang kepada pelatih untuk bertanya apa sahaja soalan yang terfikir oleh mereka. Antara soalan2 yang menarik untuk kami kongsikan adalah:
i- Bagaimana beliau boleh menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Amerika
Jawapannya ringkas tapi padat . “Pelatih perlu ada fokus. Fokus yang kecil dahulu, seperti orang yang hendak menawan gunung , mustahil boleh ter
us berada di puncak . Sebagai pelajar, fokus untuk belajar dan lulus dengan cemerlang . Tidak wajar membabitkan diri dengan perkara2 yang menghilangkan fokus (seperti apa yang pelatih2 telah terlibat budaya bercouple , berseronok melampaui batas dan lain2). Apabila telah berjaya pada peringkat pertama teruskan usaha dan bina fokus seterusnya .
ii- Bagaimana beliau boleh menjawat jawatan yang dipegang sekarang dan adakah beliau suka pekerjaannya ini?
Beliau berkongsi pengalaman kesusahan apabila keluarganya berhijrah, mereka telah kehilangan keluarga besar di India . Di Amerika hanya ada ibu bapa, adik lelakinya dan dua orang bapa saudara . Kedua ibu bapanya bercerai ketika usianya 10 tahun . Ibunya seorang doktor pediatrik , terpaksa bekerja keras membesarkan mereka dua beradik dengan taraf hidup yang tinggi di Amerika. Mengenangkan pengorbanan ibunya, beliau telah belajar bersungguh-sunguh kerana mahu membalas jasa ibunya . (Perkongsian ini sangat bermakna kerana hampir 50% ibu bapa pelatih di RSS bercerai. Mereka selalu berdendam terhadap ibu bapa . Mereka selalu bertanyakan bagaimana nak buang rasa dendam ini). Beliau belajar hingga ke peringkat Sarjana di Universiti terkemuka di Boston.Tetapi apa yang lebih penting, sejak dari kecil beliau selalu dibawa ke masjid. Apabila berada di Elementary School (Sekolah Rendah), beliau membantu menjaga anak-anak kecil di m
asjid . Begitu juga di Sekolah dia sangat berminat dengan kerja2 kebajikan . Akhirnya beliau membina minat yang mendalam dalam kerja2 amal dan kebajikan . Ibunya mengharapkan dia menjadi seorang doktor tetapi 'passion'nya lebih kepada berjumpa masyarakat dan membantu meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
iii- Bagaimana untuk perolehi kepercayaan daripada mak ayah setelah berbuat kesilapan?
Farah telah menzahirkan rasa simpatinya terhadap apa yang telah dilalui oleh pelatih sebelum mereka masuk ke RS. Namun katanya, pelatih2 RS bertuah untuk berada dalam suasana sekarang. Semua orang hebat yang pernah ditemuinya tiada seorang pun yang tak pernah berbuat kesilapan. Maka, pelatih2 RS harus mengambil peluang untuk merubah dan mengupgrade diri. Setiap cabaran yang dihadapi harus dilalui dengan sabar dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Dan pastinya setiap usaha itu datang bersama pengorbanan. Kesilapan lampau bukan pengakhiran kehidupan mereka. Setiap yang terjadi ada hikmahNya yang tersendiri. Mereka harus terus berjuang meningkatkan diri menjadi yang terbaik dan bergerak maju ke hadapan. Kesungguhan untuk merubah diri bukan sahaja akan meyakinkan mak ayah bahkan juga diterima baik oleh keluarga dan masyarakat.
Setelah berkongsi berbagai cerita dan persoalan selama hampir sejam, pelatih2 RS sangat teruja untuk bertemu lagi dengannya. Farah mengesyorkan mereka untuk meng’add’nya dalam FB dan berkongsi perkembangan mereka kepadanya Seorang pelatih RS dari IPTA telah menzahirkan impiannya untuk bukan sekadar menjadi baik tapi juga mahu membaikkan orang lain (soleh wa musleh)..Farah juga terkesan dengan sikap dan penerimaan yang baik pelatih2 RS terhadap kunjungan mereka. Wakil US Embassy yang telah berurusan sejak awal untuk kunjungan ini (tak dapat hadir bersama) telah menghantar sms kepada saya; “She was very pleased. Thank you. I know I made the right choice when I suggested a visit to RS”. Alhamdulillahi rabbil’aalamiiin.
Mohon doa dari semua untuk kami di Raudhatus Sakinah...
RAMADHAN KAREEM!