Solat Tiang Agama


“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (QS Al-Isra’, 17/32)

Isnin, Julai 28, 2008

SEKILAS PELANCARAN KEMPEN ABJZ

Alhamdulillah syukur kepada Allah Raja Langit dan Bumi, selawat salam kepada Nabi Muhammad s.a.w kekasih Allah yang mengajarkan kita tentang Islam, Iman dan Ihsan serta para sahabat Nabi yang telah menyebarluaskan cara hidup Islam hingga kita semua dapat merasai nikmatnya hingga ke hari ini...

Syukur dipanjatkan sekali lagi kerana pada 27 Julai 2008 (Ahad), telah berlangsung Program Sayangi Remaja dan Majlis Pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina Negeri Selangor di Auditorium SIRIM Shah Alam. Kempen Anda Bijak Jauhi Zina anjuran bersama Wanita JIM Selangor, Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah dan Kelab Remaja JIM Selangor adalah salah satu usaha mengajak semua lapisan masyarakat diluar sana untuk bersama melakukan usaha yang berpadu menangani masalah kegawatan sosial, kebejatan akhlak dan maruah diri remaja pada hari ini...

Program yang telah dirasmikan oleh Dr Nik Rubiah Nik Abd Rashid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kesihatan Remaja, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia diharap dapat menjadi lonjakan kepada siri lanjutan seterusnya dan membina kerjasama yang lebih baik dengan semua institusi dalam usaha amar maaruf nahi mungkar ini...

Pada hari tersebut ummiroses diberi kesempatan dan ruang untuk bersama dalam Forum 'Berapa Harga Dirimu' bersama panelis Tuan Hj. Arbain Pinni - Penolong Pengarah Pelajaran Daerah Gombak. Perbincangan yang amat menarik dari pengalaman 2 panelis ini diharap dapat menjadi panduan kepada semua. Dalam forum tersebut, ummiroses menyeru agar semua lapisan masyarakat bersama berusaha mengembalikan anak-anak remaja mencari di mana harga diri mereka yang selama ini telah tersalah 'parking'...

Semoga laungan Ikrar Remaja di akhir program oleh peserta yang hadir pada program tersebut bersaksikan Allah, malaikat dan seluruh ciptaanNya akan menjadi ikrar setia untuk bersama seluruh gerak kerja RS melaksanakan pencegahan bermula dari peringkat diri sendiri dan seterusnya masyarakat sekeliling. Ikrar yang dipaterai dengan keikhlasan hati yang padu beserta keyakinan yang jitu akan membuahkan derap langkah yang mantap dalam mengharungi cabaran dunia hari ini. Semuanya bermula dengan diri anda sendiri. Ayuh!...buktikan pada dunia bahawa remaja Islam punyai metod yang kukuh dari ajaran Nabi Muhammad s.a.w dalam menghindar gejala sosial yang juga menjadi isu masyarakat sedunia...

IKRAR REMAJA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Saya, dengan bersaksikan Allah s.w.t berikrar


1. Menjunjung segala perintah Allah dengan menjadikan Rasul sebagai ikutan, Al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup.


2. Ikhlas dan bersungguh-sungguh beramal dengan amalan Islam.


3. Berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam agar saya dapat menghindarkan diri dari perkara-perkara menghampiri zina.


4. Meninggal dan menjauhkan diri saya dari segala unsur zina.



sedikit sedutan gambar sepanjang program dari kamera hand phone ummiroses



Laporan oleh
Jauharee

'YOU TUBE' DORONG SEKS BEBAS

SHAH ALAM - Rakaman video seks dan aksi lucah di laman web 'You Tube' dikatakan antara faktor yang memberi pengaruh besar terhadap golongan remaja terlibat dalam kegiatan seks bebas.

Kebimbangan itu disuarakan oleh Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor, Dr. Ruziaton Hasim dengan berkata, paparan perlakuan seks yang dirakam sendiri atau secara curi di laman web tersebut mampu membangkitkan nafsu ghairah di kalangan remaja.

"Lebih membimbangkan apabila ada rakaman video seks membabitkan pasangan Melayu dan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada remaja,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina peringkat negeri Selangor di Auditorium SIRIM di sini semalam.

Katanya, laman 'You Tube' yang semakin popular kini menjadi medium terbaru golongan remaja untuk mencari apa sahaja maklumat.

"Kita risau jika ada remaja yang menyalahgunakan kemudahan ini untuk melihat rakaman yang tidak elok," ujarnya.

Ruziaton memberitahu, paparan video seks dan gambar lucah di internet sukar disekat dan ia memerlukan campur tangan ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka.


Sumber : KOSMO 28 Julai 2008
lihat laporan di www.kosmo.com.my
dan web JIM

Isnin, Julai 21, 2008

JOM BERSAMA KAMI....KEMPEN ABJZ di SELANGOR


Assalamualaikum wbt,

Menjemput pembaca sekalian ke Majlis Pelancaran 'Anda Bijak Jauhi Zina' (ABJZ) Selangor akan diadakan seperti maklumat berikut:


Tarikh : 27 Julai 2008
Tempat : Auditorium SIRIM, Shah Alam
Masa : 8.00pagi - 1.00tgh
Peserta : Remaja, Kaunselor sekolah sekitar Selangor, sesiapa yang berminat dengan kebajikan dan kesihatan remaja serta ahli KRJ daerah seluruh Selangor (500 orang)
Yuran : Penyertaan adalah PERCUMA.
Anjuran : Wanita JIM dan KRJ Selangor


Untuk urusan pendaftaran sila hubungi Puan Hafsa Mahmud di talian 03-33933263 atau 012-6221681.

Sekian, terima kasih.


p/s: tambahan di http://www.jim.org.my dan bahagian hebahan

SAMPAIKAN MESEJ INI....MUDAH JE...

Assalamualaikum semua...ini ada sedikit perkongsian bahan Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) untuk semua pembaca...simple tapi mesej nye sangat jelas...boleh ditambah dengan bahan sendiri...insyaAllah moga dipermudahkan Allah untuk menyampaikan kepada rakan-rakan, adik-adik atau sesiapa sahaja dan bahan yang praktikal untuk menegah nahi mungkar...be creative to make it nice, easy to bring it anywhere and can use it anytime when u really need it...ingat, jangan bertangguh untuk buat dakwah ni yer!...sampaikan walaupun satu ayat...

Rabu, Julai 09, 2008

JOM REMAJA ESQ-RS...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Menurut Daniel Goleman, seorang pakar psikologi di Amerika Syarikat, telah menyatakan didalam bukunya yang bertajuk ' Social Intelligence' bahawa 'we humans have a built-in bias towards empathy, cooperation, and altruism-provided we develop the social intelligence to nurture these capacities in ourselves and others'. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya manusia mampu untuk hidup secara sejahtera tanpa pergaduhan, kekacauan, masalah sosial dan perkara-perkara yang negatif sekiranya kita tahu untuk mendidik diri menjadi insan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Kemahiran Sosial yang lemah serta kegagalan individu untuk mengawal tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian boleh menyebabkan seseorang individu mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermanfaat sehingga menyebabkan prestasi hidup, kerjaya dan pembelajaran menurun ke tahap yang tidak produktif. Selain itu kegagalan mengawal tekanan ini juga mampu menyumbang kepada perkembangan negatif terhadap prestasi sesebuah organisasi, institusi pendidikan , institusi kekeluargaan dan seterusnya cara hidup sesebuah masyarakat.

Justeru itu, kami di Raudhatus Sakinah (RS) mengambil tindakan proaktif untuk menganjurkan program-program yang dapat membantu individu, organisasi mahupun masyarakat untuk menghadapi kehidupan yang lebih mencabar dewasa ini.

Salah satu program yang kami rasakan selaras dengan tujuan RS ialah program ESQ Way 165.

Butiran program adalah seperti dibawah

Tarikh; 26-27 Julai 2008
Tempat; Hotel Flaminggo, Kuala Lumpur
Masa; 8.00 am hingga 7.00 pm

Tarikh; 23-24 Ogos 2008
Tempat; Hotel Summit, Seberang Perai
Masa; 8.00 am hingga 7.00 pm

p/s: pertukaran tarikh pada risalah dibawah iaitu dari 23-24 Julai 2008 kepada 23-24 Ogos 2008 untuk Zon Utara.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Ummi Rose: 019-2386333 / 03-41073379
Roha Hassan: 012-4317948

Photobucket

Photobucket

Isnin, Julai 07, 2008

KENANGAN SEMALAM...

Salam kasih sayang untuk semua...Segala puji kepada Allah Yang Maha Mengatur lagi Maha Memperluas, hujung minggu yang lepas, ummi diberi kesempatan masa dan tenaga bersama dalam Roadshow Hidayah Center ke zon utara (Jawatankuasa Dakwah Pusat)...dan alhamdulillah Allah juga menyediakan ruang untuk ummi berziarah sambil mengeratkan lagi ukhuwwah yang terbina di bumi jelapang padi, Kedah Darul Aman...roadshow yang dah jadi serampang bermata-mata (bukan lagi serampang 2 mata)...hehe...terima kasih kepada insan yang berkenaan...tak lupa kepada JIM Perak yang menemani perjalanan lewat malam kami sewaktu pulang dari meeting HC dr Sungai Petani ke Changkat Jering (sempat kejar2 kereta tu)...kenangan catatan perjalanan kali ini, ummi abadikan dlm blog ini...



ini pula pemandangan sepanjang perjalanan pergi dan balik...cantik bangat! Subhanallah...matahari di waktu sore menjadi saksi perjalanan pergi kami manakala matahari di waktu pagi menjadi saksi perjalanan pulang kami...gunung-ganang yang terpasak kukuh serta kehijauan pokok yang indah menemani kami sepanjang jalan...sesungguhnya semua ini bertasbih kepada Allah dan kami tidak memahami tasbih mereka...



ini pula kenangan manis ditengah dan di hujung roadshow ini...dedikasi untuk 2 birthday boy (umur dah tua la...) 5 dan 6 Julai 2008... ziarah ke rumah Husaini dan makan2 bersama Abdullah Omar



ok, itu aje...dah byk dah tu...sekian dulu

Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. Jelasnya: adapun orang Yang memberikan apa Yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan Segala laranganNya), serta ia mengakui Dengan yakin akan perkara Yang baik, maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).....' ( Surah Al-Lail; ayat 1-7)

Followers

Linking to me from where??.....

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

AKTIVITI RS